ARTIKEL ASAL DI LAMAN SESAWANG RASMI MAJALAH LIBUR.
Percutian anda mungkin kurang menyeronokkan apabila tidak mempunyai kenderaan untuk bersiar-siar. Ada beberapa panduan penting sebelum anda mengambil keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa ini demi keselamatan dan keselesaan. Paling penting, ia juga untuk mengelakkan kita 'patah kaki' kerana tiada kenderaan awam untuk bergerak dan bengkak kaki kerana berjalan terlalu banyak.
HARGA
Percutian lebih berbaloi apabila wang yang anda bawa banyak dihabiskan untuk membeli cenderamata. Elak membazirkan wang untuk menyewa kereta sewa yang mahal dan tidak masuk akal. Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan jika mahu menyewa kereta adalah harga yang berpatutan. Biasanya, anda akan dikenakan deposit terlebih dulu sebagai tempahan awal supaya ada kereta yang disediakan.
Walaupun setiap syarikat mengenakan bayaran yang berbeza, tetapi anda perlu tahu bahawa kereta jenis compact car seperti Kancil, Viva, MyVi dan sebagainya adalah bawah RM100 sehari pada hari biasa. Manakala, kereta jenis Sedan seperti Toyota Vios, Nissan Sentra, Nissan Latio dan sebagainya berharga lebih RM100 sehari pada hari biasa. Kereta MPV seperti Mitsubishi Grandis, Toyota Inova, Nissan Serena, Toyota Avanza dan sebagainya pula berharga lebih RM200 sehari pada hari biasa.
MUATAN
Apabila anda sampai di syarikat khidmat kereta sewa, pastikan anda memilih jenis kenderaan yang sesuai dengan muatan keluarga anda. Jika anda terdiri daripada tiga hingga empat orang, kereta jenis Sedan adalah paling sesuai. Bagi yang mempunyai keluarga besar, kereta jenis MPV adalah pilihan yang tepat. Bagi anda yang bercuti berpasangan, compact car sudah memadai. Buat apa anda membayar lebih sedangkan anda boleh berjimat?
KEADAAN
Ramai orang hanya memikirkan untuk mendapatkan kereta sewa yang menarik dan bersih tanpa menitikberatkan tentang keselamatan sepanjang bercuti. Misalnya, memastikan sama ada kenderaan sewa tersebut mempunyai insuran dan cukai jalan atau tidak. Perhatikan juga sama ada brek, lampu, penghawa dingin, signal dan sebagainya adalah di dalam keadaan selamat.
Tip terbaik untuk menyewa kenderaan adalah memilih kenderaan yang jimat minyak. Jangan kerana mahu kelihatan bergaya, anda telah membazirkan banyak wang semata-mata untuk menyewa kereta berbanding mengutip kenangan dan membawa pulang cenderamata. Selamat menyewa kereta dengan bijak!

Kalau datang ke Shah Alam boleh hubungi kami untuk dapatkan Kereta Sewa. Harga dijamin murah dan berpatutan. Lawati website kami untuk maklumat lanjut.
ReplyDeleteWan - Syarikat Kereta Sewa Shah Alam