Rasa-rasanya
ramai yang sudah mengenali pulau yang
dikatakan sangat popular di korea dan juga di dunia, iaitu Pulau jeju. Saya diantara orang yang berkeinginan ke sana, dan
hasrat saya telahpun ditunaikan apabila terdapat pakej yang menawarkan untuk berkunjung
ke pulau ini. Turut memegang nama sebagai Jejudo, pulau ini telah diwartakan
sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO seperti mana 7 keajaiban Semulajadi
yang lain.
Pulau
Jeju merupakan pulau terbesar dan terletak di timur
laut Korea Selatan. Dikatakan
berlaku pertikaian dengan negara jiran iaitu Republik Rakyat China dan Jepun
dari segi ekonomi mahupun politik di mana pulau ini berada di tengah-tengah
antara tiga kawasan perairan iaitu Selat Korea di Timur, Laut Kuning
(Laut Barat) di barat dan Laut China Timur
di selatan.
Pertama kali saya menjejaki ke sini, terus
saya jatuh cinta! Pulau jeju yang menjadi kebanggaan masyarakat
korea ini dikatakan mula popular di kalangan pelancong pada tahun 1940 dan
sering menjadi sebutan dan igauan para pengunjung dari seluruh dunia sehingga
ke hari ini dan dimartabatkan antara pusat peranginan yang terkenal
serta sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi percutian yang menarik.
Apabila menjejaki
pulau indah ini, tempat pertama dilawati ialah Sunrise Peak atau di dalam bahasa koreanya ialah Seongsan Ilchulbong. Di sinilah
terjadinya tempat pembentukan lahar bekas letupan gunung berapi yang wujud
sejak lebih daripada 100,000 tahun yang lalu. Mempunyai satu kawah yang
berbentul kon ais krim yang sangat besar dengan keluasan diameter kira-kira 600
meter dan ketinggian sebanyak 182 meter di atas puncaknya dengan 99 jenis batu
yang mengelilinginya, ianya dikatakan berbentuk seakan-akan
sebuah istana lama yang amat besar serta memberikan pelbagai imej dan
permandangan yang menarik!
Kawasan ini
cantik jika kita datang melawat dan melihat semasa matahari sedang terbit pada
waktu pagi tetapi tetapi kami tidak sempat memandangkkan kami tiba di pulau ini hanya sedikit
lewat. Namun saya mendaki ke puncak
rabung itu dan menyaksikan pemandangannya yang cukup menakjubkan!
Permandangan dari sudut yang jauh |
Antara tangga untuk mendaki |
Selepas itu, kami dibawa ke Seongeup Folk Village, sebuah kampung kecil tradisional atau
perkambungan budaya bagi masyarakat Jeju yang dipelihara sejak turun-temurun yang
terletak di kaki Gunung Hallayang yang menempatkan pelbagai warisan budaya. Rumah,
patung batu, kuil dan lain-lain ini dikekalkan sehinggalah sekarang. Selain
itu, terdapat juga tempat menjual
makanan dan minuman tradisi serta hasil kraftangan untuk para pengunjung yang
datang melawat ke sini.
Dikatakan rumah-rumah di sini diperbuat dari atap jerami manakala dindingnya pula dari batu dan tanah liat. Pernah menjadi pusat pentadbiran Jeju pada zaman Koryo, ia telah dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancongan kerana keunikannya yang mempamerkan zaman kehidupan penduduk Jeju pada ketika dahulu. Memang unik, terasa asing apabila saya memasuki kawasan kampung itu seperti saya kembali dan dibawa ke zaman itu. Masih ada lagi yang mendiami kawasan ini, namun kebanyakan daripada mereka ialah golongan-golongan orang tua sahaja.
Dikatakan rumah-rumah di sini diperbuat dari atap jerami manakala dindingnya pula dari batu dan tanah liat. Pernah menjadi pusat pentadbiran Jeju pada zaman Koryo, ia telah dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancongan kerana keunikannya yang mempamerkan zaman kehidupan penduduk Jeju pada ketika dahulu. Memang unik, terasa asing apabila saya memasuki kawasan kampung itu seperti saya kembali dan dibawa ke zaman itu. Masih ada lagi yang mendiami kawasan ini, namun kebanyakan daripada mereka ialah golongan-golongan orang tua sahaja.
Oleh kerana makanan yang dijual dikhuatiri
halalnya, maka saya hanya mengalas perut dengan berbekalkan sandwich. Sambil
makan saya duduk di kedai minuman yang menjual air kopi Brazil yang berharga RM
12. Sempat saya melihat teknik membancuh kopi yang ternyata bukan sekadar tuang
sahaja, namun perlu teknik dan juga gaya yang betul. Saya menghabiskan masa di
situ dengan berjalan-jalan sambil mencuci mata.
Kawasan rumah Tradisional |
Patung batu yang terdapat disekitar rumah tradisional |
Selesai bersiar-siar di situ, seterusnya kami
menuju ke Mysterious Road. Apa yang
misterinya jalan ini? Bagi yang tidak tahu, ia terletak di antara Seogwipo-si
dan Jeju-si. Menurut informasi yang ada, terdapat tarikan graviti di mana
kenderaan akan tetap berjalan menaiki bukit walaupun enjin telah dimatikan atau
gear berada di dalam keadaan neutral! Betul ke?
Tidak berapa
percaya dengan maklumat yang saya terima, maka tourist guide kami
bercadang untuk membuat sedikit demo untuk ditunjukkan kepada kami semua. Semasa
melalui Mysterious Road itu, pemandu
bas yang membawa kami telah menukarkan gear dalam keadaan bebas. Bas tidak
berundur ke belakang! Sebaliknya bergerak ke hadapan.
Kami masih
tidak percaya, kemungkinan besar beliau menekan pedal brek untuk hanya memberi kejutan
atau suspend sahaja. Tidak puas
dengan apa yang berlaku, kali ini beliau terus mematikan enjin. Memang betul,
bas masih bergerak ke hadapan walaupun jalan itu berbukit sedikit. Kami menuruni
bas dan diberikan sebotol air mineral. Tourist
guide telah menuangkan air di atas jalan-raya untuk kami perhatikan ke mana
air itu mengalir. Betul-betul misteri
ni! Air yang sepatutnya mengalir ke bawah jalan itu telah mengalir ke atas
bukit. Kami pun mencuba membuat eksperimen ke atas jalan itu dan masing-masing
kelihatan sangat teruja.
Eksperimen |
Graviti yang menarik segala kenderaan atau barang berakhir di sini |
Kami dibawa
pula ke 5D Art Museum atau Trick Art Museum yang merupakan muzium
pertama di Korea yang mempamerkan seni ilusi optik. Terletak di Seogwipo City dan berdekatan dengan Folk Village Seongeup, ia merupakan lukisan 2D yang dipamerkan
pada dinding dan lantai yang memberikan impak dalam
bentuk tiga dimensi di mana ia adalah gabungan seni “helah” sebagai daya
penarik. Pameran ini terdiri
daripada tujuh bahagian yang bertemakan
zon Parody (lukisan dan arca yang terkenal),
Zon Haiwan, Zon Jurassic, Zon
Akuarium, Zon Mesir, Zon Magik, dan Zon Illusi.
Muzium ini bukan sahaja menawarkan seni silap mata tetapi juga berasaskan daripada
teknologi canggih. Mempunyai keluasan
dalaman kira-kira 3,300 meter persegi, dari luar ia kelihatan seperti Muzium
British kerana keindahan tamannya ala-ala gaya Perancis yang berada di luar
muzium itu. Pelbagai ragam dan gaya saya lihat mereka beraksi di depan kamera. Begitu
bersemangat! Saya pun apa kurangnya, memang banyak saya mengambil gambar untuk
dijadikan kenangan yang paling tidak dapat dilupakan. Ia perlukan kreativiti
sendiri untuk menjadikan gambar itu hidup dan menarik, walhal ia adalah lukisan semata-mata.
bersambung....
No comments:
Post a Comment