Banyan Lake (Rong
Hu) dan Fir Lake (Shan Hu)
Setelah puas berjalan-jalan di situ, kami
bergerak menuju ke Banyan Lake (Rong
Hu) dan Fir Lake (Shan Hu) yang merupakan dua buah tasik yang terletak
ditengah-tengah bandar Guilin di mana ia dijadikan sebagai taman rekreasi oleh penduduk
tempatan. Kedua-duanya dibahagikan
antara pusat utara-selatan, Zhongshan Lu khususnya tempat yang disediakan untuk
bersiar-siar. Tasik Fir ini
terletak di sebelah timur di mana sepasang pagoda dibina yang diberikan nama
matahari dan bulan (the sun and moon pagoda). Dikenali sebagai pagoda berkembar, The Moon atau bulan mempunyai material kaca manakala The Sun atau matahari pula mempunyai material kuprum, emas dan glitter.
Terdapat sebuah laluan di bawah air
yang juga merupakan underwater terowong yang menghubungkan ke dua-dua pagoda tersebut. Sementara pula, tasik Banyan ini dinamakan sempena nama
sejenis pokok iaitu pokok banyan terletak di sebelah barat jalan Zhongshan.
Tasik ini lebih besar dan mempunyai beberapa tarikan di sekitar pantainya
termasuk astaka, patung, quaint “twin bridges”, south gate kuno dan 800 tahun Talang pokok selepas di mana nama
tasik diambil. Pagoda berkembar ini sangat cantik apabila kita lihat pada waktu
malam kerana diterangi dengan lampu-lampu dan pemandangan di sini sangat indah
jika kita datang melawat di waktu siang. Kebanyakan daripada kami mengambil
gambar di sini untuk dijadikan sebagai kenangan yang tidak akan kami lupakan.
The Sun and Moon Pagoda |
Pemandangan pada waktu malam. Yang berwarna kuning itu dipanggil Sun manakala berwarna putih dipanggil Moon |
Underwater Terowong , laluan yang menghubungkan antara The Sun and The Moon Pagoda |
Sungai Li
Orang kata, kunjungan ke Guilin memang tidak
bermakna dan tidak lengkap jika tidak dapat menyaksikan pemandangan landskap batu
kapur, lembah hijau dan aliran jernih sepanjang Sungai Li yang indah. Tidak
hairanlah mengapa bandar moden ini juga dianggap sebagai salah sebuah bandar terbersih di China. Sungai Li atau Lijiang ini pernah dimartabatkan
sebagai mutiara yang bersinar dan menjadi satu keistimewaan bagi masyarakat
Cina. Sungai yang panjangnya 437 kilometer itu bermula dari gunung Mao di
kawasan Xing'an, timur laut Guilin sehingga ke Yangshou.
Kami terus jatuh hati pada kali pertama
apabila menyaksikan pemandangan indah dengan melayari bot yang terdapat di
situ. Kita memang dapat menyaksikan keunikan cara penduduk kampung menangkap
ikan dengan menggunakan burung helang
sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini. Helang penangkap ikan mampu menyelam
jauh ke dasar sungai ini untuk memburu ikan dengan menggunakan paruhnya yang
besar. Untuk mengelakkan dan memastikan ikan yang ditangkap itu tidak dimakan
oleh helang, lehernya perlu diikat dengan menggunakan tali. Tuan kepada burung
itu hanya mengurut paruh burung itu untuk mengeluarkan ikan yang ditangkapnya
apabila ia naik ke bot.
Sungai Li yang indah |
Yangshuo
Akhirnya, pelayaran menyusuri Sungai Li yang memakan
masa lebih kurang dua jam setengah ini telahpun berakhir di Yangshuo.
Dimaklumkan bahawa Yangshuo ini merupakan
sebuah bandar kecil namun ia memiliki satu tarikan yang luar biasa termasuklah
pusat komersial, jalan barat serta jeti yang kecil yang menempatkan pelbagai
kafe, restoran dan kedai cenderamata. Bandar ini menjadi tumpuan warga asing
yang ingin mempelajari di dalam bahasa Mandarin di mana suatu ketika dahulu, ada
sejarah mengatakan bahawa bandar ini bermula dengan aktiviti perdagangan yang
sudahpun melampaui 1500. Tidak jauh dari situ, kami ada menemui Land of Peach Blossom yang juga
mempunyai suasana perkampungan etnik dengan kincir air, tasik dan persembahan
hiburan. Kebanyakan kami
hanya mengambil gambar dan membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang ke
Malaysia seketika nanti. Jika di Yangshou, makanan halal yang boleh ditemui
ialah di depan stesen bas yang terkenal dengan menu mee tarik. Selain itu,
terdapat juga makanan yang lain seperti sate kambing, nasi goreng cina dan
banyak lagi! Memang sedap lagi-lagi sate kambing kerana dagingnya yang lembut
serta rasanya tidak seperti “rasa kambing”. Jadi, bagi sesiapa yang tidak gemar
memakan daging kambing seperti saya tidak perlu risau dan boleh makan tanpa
rasa was-was.
Sekitar bandar di Yangshuo |
Restoran Halal yang terkenal dengan mee tarik |
Yang ni mee tarik yang digoreng. Sedap! |
Elephant Trunk Hill
Bagi sesiapa yang
bertandang ke Guilin, jangan lupa datang melawat Elephant
Trunk Hill yang merupakan simbol dan
menjadi tarikan utama dan lambing pelancongan kota bandar Guilin. Bukit Belalai
Gajah ini terletak di pertemuan Sungai Lijiang dengan Sungai Taohua. Kami
dapat lihat bentuknya seperti seekor gajah yang sedang minum dengan hujung
belalainya terbenam di sungai. Ia digelar sebagai Gua "Water Moon" iaitu bulan
dan air kerana pada waktu malam pantulan bulan dapat dilihat melalui gerbang
ini dan kelihatan seperti terapung-apung di permukaan air. Memang cantik!
Terdapat satu
legenda tentang Bukit Belalai Gajah ini di mana pada ketika dahulu, Maharaja
Langit mempunyai sekumpulan gajah. Gajah-gajah itu tertarik dengan pemandangan
yang indah di Guilin dan enggan pulang ke syurga lagi selepas itu. Walaupun Maharaja
Langit telah memerintahkan agar kesemua gajah itu pulang namun tiada seekor pun
yang menurut perintahnya untuk meninggalkan tempat itu. Gajah itu akhirnya
tinggal di tepi Sungai Lijiang buat selama-lamanya apabila dibunuh oleh Maharaja
Langit akibat marah dengan mereka. Kami sempat memasuki Taman Bukit Belalai
Gajah dan menemui sebuah dinding yang memperkenalkan pengetahuan tentang pelbagai
jenis gajah, seperti gajah Asia, gajah Afrika dan lain-lain.
Elephant Trunk Hill |
Keindahan pada waktu malam |
Secara jujurnya, Bandar Guilin sangat menarik dan pemandangan yang cantik membuatkan saya teringin pergi buat kali kedua jika masih diberikan kesempatan dan umur yang panjang. Namun sayangnya masih ramai tidak mengetahui mengenai Bandar ini. Pemandangan yang terlalu indah sehingga ia kelihatan seperti lukisan di dalam poskad, hingga membuatkan saya speechless dan tidak jemu tiap kali menghayati pemandangan di bumi Allah ini.
POTO Travel & Tours ada menawarkan pakej
ke Guangzhou Guilin selama 5 hari 4 malam di mana bukan sahaja akan melawati di
Bandar Yangshou dan Guilin, malah turut ke Guangzhou untuk pergi ke tempat yang
menarik di sana. Tarikh berlepas ialah pada 8 Januari dan 19 Februari dengan
hanya RM 2699 untuk dewasa dan harga diskaun diberikan kepada warga emas dan
kanak-kanak. Sila layari laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau
terus hubungi kami di talian 03-9200 6640 untuk sebarang maklumat lanjut.
Guilin memang indah. Berbagi artikel tentang Sungai Li di http://stenote-berkata.blogspot.com/2017/12/perjalanan-sepanjang-sungai-li.html
ReplyDeleteLiat juga video di Youtube di : https://youtu.be/XSWPEBUfdHY