Countdown

2 December 2013

Guilin Yang Indah... (Part 1)

Bandar Guilin
Pertama kali saya mendengar mengenai Guilin, saya tertanya-tanya adakah ianya terletak di Negara China? Selama ini kita sering mengunjungi ke Beijing, Shanghai mahupun Hong Kong tetapi tidak ke Guilin. Apabila saya  melihat dan menilik gambar-gambar pemandangan di situ, hati saya terus terpikat dan teringin sangat ke sana.  Akhirnya, impian dan hajat saya direalisasikan kerana berpeluang pergi ke Guilin apabila POTO ada menawarkan pakej ini dengan harga yang sangat berpatutan!
Guilin ini terletak di Utara Guangzhou yang mempunyai keistimewaan dan keindahan yang tersendiri. Sejak pada tahun 314 masihi lagi dikatakan bahawa penempatan awal di Guilin ini adalah bermula di tebing sungai Li atau Lijiang.
Walaupun namanya tidak semegah atau terkenal seperti bandar metropolis lain di China, namun  ia telah lama berkembang baju serta disenaraikan sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di tanah besar China dengan penduduknya yang dianggarkan seramai 5 juta orang.

Restoran Halal di Guilin
Tidak susah untuk mencari makanan yang halal setibanya di Guilin, antaranya  ialah Muslim food, Islam Restaurant dan beberapa lagi. Namun restoran halal yang paling popular dan disyorkan pada ketika itu ialah Endian Halal Restaurant yang terletak di jalan Chongsan. Restoran ini kelihatan mewah dan dihiasi dengan cantik. Menu utama adalah nasi goreng ayam, nasi goreng daging, jagung goreng manis, ubi caramel dan sate kambing ataupun shahilik! Air yang dihidangkan di situ cuma teh cina sahaja. Air-air lain seperti milo, tembikai, epal semua tidak dijual. Antara makanan yang paling sedap dan mesti cuba jika pergi ke sini ialah jagung goreng manis. Kata orang, sekali cuba memang akan terbawa-bawa ke mimpi dan pasti nak lagi. Apabila saya sendiri mencubanya, ternyata memang sedap kerana terasa kerangupan jagung itu. Secara umumnya, restoran ini saya berikan 4/5 bintang kerana kawasannya yang bersih, makanan yang lazat dan harga yang berpatutan serta boleh melayari internet dengan percuma. 

Suasana di luaran Endian Halal restaurant

Ruangan dalam restoran

Jagung goreng manis!



Ubi Sira atau Caramel




Daging kambing atau shahilik


Muslim Food yang menjual pelbagai makanan ringan yang halal
Islamic Hotel restaurant. Sedap tapi agak mahal harganya


Masjid Chongshan
Apabila perut sudah diisi, bolehlah terus menunaikan solat di Masjid Chongshan yang terletak di jalan Chongshan, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, yang betul-betul terletak di belakang restoran Endian. Masjid ini dikatakan mula dibina pada tahun 1797 Masihi ketika dibawah pemerintahan Maharaja Yongzheng pada zaman dinasti Qing. Terdapat kemudahan-kemudahan yang diperlukan seperti dewan solat, bilik penginapan imam,dewan ceramah, bilik wuduk dan sebagainya telah disediakan.  Masjid ini telah disenaraikan sebagai tapak perlindungan artifak penting kerajaan bandar Guilin pada tahun 1979 dan menjalani beberapa kegiatan membaik pulih sebelum itu. Keluasan masjid sekarang ini telah mencapai 1,247 meter persegi. Air di sini sangatlah sejuk sehingga bibir saya menjadi kebiruan. Saya terfikir, bagaimanalah orang di sini mengambil wuduk. Rupa-rupanya, terdapat paip yang berisi air panas. Ya Allah, patutlah orang lain kelihatan tenang sahaja, ingatkan kulit mereka di sini memang tebal! Namun, di sini agak janggal dan pelik apabila saya melihat terdapat wanita-wanita yang memakai kopiah datang ke masjid walhal sepatutnya mereka memakai hijab ataupun telekung sahaja. 

Masjid Chongsan di Guilin


Zhengyang Pedestrian Street
Antara tempat lawatan yang dikunjungi di Guilin ialah Zhenyang Pedestrian Street. Pasar ini kelihatan lebih meriah dan cantik pada waktu malam berbanding pada waktu siang. Ia terletak di pusat Bandar Guilin yang berdekatan dengan Zhong Shan Road dan bertentangan dengan pintu masuk istana purba putera raja Dinasti Ming. Saya bersama rombongan yang lain bersiar-siar di sini sambil mencuci mata memandangkan saya tiada mempunyai mood untuk bershopping di sini. Kawasan ini digelar sebagai  the first commercial shopping street in western China di mana ia merupakan salah satu landmark baru Guilin. Jalan yang mempunyai panjang dalam lebih kurang 666 meter ini sememangnya terkenal dengan tempat membeli-belah barangan  seperti butik pakaian berjenama, butik salun rambut merah, dan restoran yang menawarkan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan. Selain kedai komersil terdapat juga gerai-gerai di tepi jalan yang kita boleh singgah untuk membeli cenderamata. Sebenarnya, di sebalik bangunan-bangunan lama yang dipelihara oleh mereka, rupanya terdapat satu kawasan yang sedang membangun dengan pesat. Siapa  sangka sebenarnya  bandar Guilin yang disangka hanyalah sebuah bandar yang kecil, tetapi rupa-rupanya terdapat sudut yang berbeza mengenai cara hidup penduduk Guilin yang dikatakan lebih maju. 

Pemandangan di Zhengyang Pedestrian Street

Pemandangan pada waktu malam
 Bersambung.....

2 comments: