Perjalanan
diteruskan ke tempat yang digemari untuk menikmati pemandangan sambil mencuci
mata, iaitu Gellert Hill. Mempunyai
ketinggian sebanyak 235 meter atau 771 kaki yang menghadap ke Sungai Danube, Gellert Hill ini diberi nama sempena kematian Saint Gerard yang telah dicampak dari bukit ini sehingga maut,
iaitu seorang paderi yang menyebarkan agama kristian ke Hungary pada tahun 1406 akibat pergolakan dan pemberontakan puak Magyar.
Di
puncak Gellert Hill ini terbinanya
benteng oleh Habsburg Austria antara
tahun 1850 sehingga 1854, bertujuan untuk melindungi dan mengawal bandar ini
selepas berlakunya perang kebebasan Hungary
yang dipanggil Hungarian War of
Independence. Benteng yang terletak di atas bukit ini berukuran kira-kira
200 meter panjang dengan dinding dalam linkungan 6 meter tinggi serta 3 meter
tebalnya. Hak milik kubu petahanan ini dikembalikan kepada bandar apabila Hasburg meninggalkan Budapest akibat berlaku kompromi antara Austria
dan Hungary pada tahun 1867.
Mereka
telah merobohkan sebahagian daripada dinding ini sebagai simbol kemenangan
terhadap Austria. Walau bagaimanapun,
benteng ini digunakan lagi untuk menempatkan tentera-tentera Hungary. Terlalu banyak kisah-kisah yang
disimpan mengenai Gellert Hill membuatkan
saya begitu khusyuk mendengar penjelasan tourist
guide yang membawa ke sini. Memang betul kata orang, kawasan Buda ini memang mengukir dan menyimpan
pelbagai sejarah di samping seni bina bangunannya yang lebih antik berbanding
dengan Pest yang lebih kepada moden.
Pemandangan boleh dilihat dari Gellert Hill |
Saint Gerard yang dicampak sehingga mati dari puncak bukit Gellert Hill |
Terdapat
satu tempat yang dikatakan menjadi salah satu tarikan untuk dikujungi di Budapest. Ramai pengunjung datang
melawat ke sini dengan menaiki pengangkutan awam metro yang menurunkan
penumpang ke Heroes Square sejak
ia dibuka pada tahun 1896, sehingga ia diwartakan dalam Tapak Warisan Dunia.
Dataran Heroes dibina pada akhir abad
ke-19 sempena ulang tahun ke-1000 bagi memperingati penaklukan puak Magyar di Hungary pada tahun 895 bersama Varosliget,
sebuah taman bandar yang terletak bersebelahannya.
Perayaan
diadakan lewat setahun memandangkan ianya belum siap sepenuhnya dalam masa yang
ditetapkan. Dataran Heroes hanya
menerima namanya pada tahun 1932, selepas tiga tahun Millennium
Monument telah siap dibina. Dataran ini dijadikan sebagai tempat
untuk melangsungkan acara-acara khas termasuklah perayaan atau sambutan
percutian Sosialis semasa era Komunis Negara.
Pada tahun 1989, ia juga dijadikan sebagai tempat istiadat acara pengebumian
Imre Nagy, iaitu seorang pemimpin
yang menentang penjajahan dan penaklukan Soviet
pada tahun 1956.
Berbalik
kepada Millenium Monument, ia
merupakan tugu yang direka oleh Albert
Schickedanz pada tahun 1894 yang terletak di tengah-tengah Heroes Square dan telah siap sepenuhnya
pada 35 tahun kemudian. Patung-patung yang terdapat di situ pula direka oleh Gyorgy Zala. Ia terletak di atas Heroes Square yang menjadi tumpuan utama Millennium Monument di mana dihiasi dengan patung malaikat di atas tiang tugu itu.
Terdapat
deretan patung-patung lelaki di mana mereka telah mengukir nama pada sejarah Hungary yang berbentuk separa bulatan di
belakang tiang tugu di mana setiap patung yang terdapat di atas bulatan itu
melambangkan peperangan, keamanan, kerja dan kebajikan serta pengetahuan dan
kemuliaan. Di sekeliling tugu yang mana menempatkan patung malaikat itu tadi
terdapat beberapa patung bagi menghormati tujuh ketua dari puak suku Hungary
yang diketuai oleh Arpad, menakluki
kawasan yang kini dikenali sebagai Hungary.
Heroes Square dan juga Millenium Monument |
Patung malaikat yang terletak di atas tugu Millennium Monument |
Patung-patung yang terdapat yang direka oleh Gyorgy Zala di Millennium Monument |
Millennium Monument berbentuk separa bulatan |
Lawatan
terakhir di Budapest ialah Parliament Building yang dibina pada
tahun 1885 dan menjadi bangunan parlimen yang terbesar di dunia selepas ia
telah siap 17 tahun kemudian pada tahun 1902. Mempunyai keluasan 268 meter
panjang dan 118 meter lebar, bangunan ini terdiri daripada 10 halaman tengah
serta mengandungi tangga yang melebihi 20 km panjangnya dan dilengkapi dengan
691 bilik! Ia dihiasi dengan 27 menara serta kubah yang menakjubkan, jika dilihat
dari jarak jauh ia seperti mencapai ketinggian sebanyak 96 meter.
Apabila
cuba memasuki ke dalamnya, saya terpana seketika. Subhanallah, cantiknya!
Dikatakan bahagian dalaman ini direka oleh artis yang terbaik dari Hungary
dengan digayakan gabungan Neo-Gothic
dan Renaissance di bawah pengaruh Byzatine, terutamanya pada tangga dewan
yang direka dengan begitu cantik dan teliti serta tiang granit Corinthian, hiasan emas dan juga lukisan
yang terdapat di siling oleh artis terkenal, Karoly Lotz!
Terdapat
beberapa bahagian daripada bangunan ini dijadikan sebagai dewan negara dan juga
dewan persidangan apabila Hungary
menerima perlembagaan baru yang berdasarkan dan berasaskan kepada perundangan sekitar
pada tahun 1989.
Sangat cantik permandangan di Parliament Building atau Parliament House |
Pemandangan pada waktu malam |
Pemandangan di atas siling |
Antara bahagian dalam yang terdapat di Parliament Building |
Bilik Mesyuarat |
Mungkin
orang tidak berapa mengenali Budapest ini, tetapi pada pandangan saya, ia perlu
disenaraikan sebagai salah satu destinasi yang mesti kita kunjungi. POTO Travel & Tours ada menawarkan pakej ke Eropah Timur
selama 13 hari 10 malam yang menawarkan
pelbagai tempat yang menarik, bukan sahaja ke Budapest tetapi juga dapat melawat di sekitar Kavlory Vary, Prague, Bratislava dan banyak lagi! Harga RM 7299 untuk
dewasa dan harga diskaun diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak. Sila layari
laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau hubungi kami di talian 03-9200 6640 untuk sebarang maklumat
lanjut.
No comments:
Post a Comment