Sambungan dari part 1...
Tanah Abang
Kami ke Jakarta semula selepas meluangkan masa selama
satu hari di Bandung. Jika Pasar Baru menjadi tarikan pelancong yang terbesar
di Bandung, di Jakarta pula apa kurangnya. Memang banyak tempat membeli-belah
di Jakarta seperti Mangga Dua, Cempaka Emas, Jati Negara, tanah Abang dan
lain-lain lagi. Namun, yang paling menarik hati lagi-lagi buat kepada sesiapa
yang ingin berniaga secara kecil-kecilan, bagi saya Tanah abang ialah tempat
yang paling sesuai sekali untuk memborong!
Dikatakan bahawa Tanah Abang ini mempunyai 40,000 orang
peniaga yang terdiri daripada kira-kira 10,000 peniaga orang berbangsa Cina
Indonesia dan bakinya ialah berbangsa pribumi Indonesia. Namun majoriti mereka
adalah ‘orang Padang’ yang merupakan suku kaum dari Sumatera dalam bangsa
pribumi ini. Walaupun mereka ini memang sangat mahir berniaga, tetapi masih
takut untuk mengambil barangan dari Negara China . Sebenarnya di Indonesia telahpun bermula dengan
pengilang cina dalam bidang perniagaan dari barangan China. Mereka ini akan
membuat barangan itu di sini untuk dibekalkan dan dijual kepada orang Padang.
Hanya dua tempat menjadi pilihan hati untuk bershopping sakan. Jika di Bandung, Pasar Baru dan Tanah Abang
jika di Jakarta. Orang selalu tertanya-tanya di antara dua tempat
membeli-belah, yang manakah yang paling murah dan banyak pilihan. Ia sebenarnya
terpulang kepada individu, kerana barangan yang dijual hampir sama. Ada di
antara kami yang memborong pakaian atau barangan lain di Tanah Abang. Bagi
saya, ia lebih mudah untuk memborong di Indonesia memandangkan budaya, bahasa
dan selok-belok perniagaannya adalah lebih kurang sama di malaysia.
|
Kompleks Tanah Abang |
|
Baju wanita |
|
Barangan beg berjenama |
|
Gerai tepi jalan Tanah Abang |
|
Salah satu kedai di blok A Tanah Abang |
Tugu Monas
Jika Menara Berkembar Petronas menjadi
mercu tanda Malaysia, Tugu Monas pula menjadi
mercu tanda kebanggan bagi Jakarta. Mempunyai ketinggian sebanyak 132 meter, para pengunjung
asing akan dibawa ke sini sebagai destinasi lawatan utama apabila berada di
Jakarta. Saya pun belum berpeluang ke sini semasa pergi trip secara
berseorangan. Dikatakan bahawa Monumen Peringatan ini didirikan sebagai
mengenang perjuangan rakyat Indonesia memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari
Kolonial Belanda. Apabila saya menaiki Monas, saya dapat saksikan permandangan
Kota Raya Jakarta. Menakjubkan! Pastikan datang ke sini awal kerana anda
mungkin akan terpaksa menunggu dengan lama kerana ramai pengunjung yang
berbaris menunggu giliran di sini. Nasib baik ketika ini orang tidak berapa
ramai dan kami tidak usah ternanti-nanti untuk menaikinya.
|
Tugu Monas |
|
Tugu Monas pada waktu malam |
Masjid Istiqlal
Sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain, kami semua
singgah di Masjid Istiqlal untuk menunaikan solat Jamak dan Qasar. Dikatakan ia merupakan masjid yang terbesar
di Jakarta yang terletak bersebelahan dengan Tugu Monas. Masjid ini menjadi kebanggaan umat Islam di Indonesia serta boleh
menampung jemaah lelaki dan wanita sebanyak 100,000 orang dalam satu masa. Masjid
ini diberikan nama “Istiqlal” atau di dalam bahasa arab yang membawa maksud
kemerdekaan kerana menurut sejarah, ianya dibina sempena kemerdekaan Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Sukarno.
Sambil bersolat sempat saya menikmati keindahan masjid
ini. Saya berterima kasih kepada agensi kerana memasukkan kunjungan ke Masjid
ini dalam aturcara program lawatan ke sini. Sambil bersolat, sambil itu boleh
menikmati keindahan yang terdapat di masjid ini.
|
Keindahan masjid Istiqlal |
|
Jemaah di dalam masjid Istiqlal |
ITC Mangga Dua
Lawatan hari akhir sebelum pulang ialah
berkunjung ke ITC Mangga Dua pada sebelah pagi. Ia agak dekat jika berjalan
dari hotel yang berdekatan di situ. Apa sahaja barangan juga boleh dicari di
Mangga Dua. Oleh kerana duit telah habis di Pasar baru dan Tanah Abang, maka
saya hanya cuci mata melihat pakaian dan barangan di sini. Kompleks ini dibuka
seawal jam 7 pagi dan biasanya akan ditutup lebih awal daripada biasa iaitu
sebelum atau pada waktu maghrib. Ada juga yang telah tutup pada jam 5 petang.
Pelik kerana di Malaysia selalunya ia ditutup paling kurang pun pada jam 10
malam. Di sini jika terlewat, kunjungan hanya sia-sia sahaja.
|
ITC Mangga Dua |
|
Pemandangan di dalam ITC Mangga Dua |
|
Banyak pilihan untuk membeli kasut |
|
Baju kanak-kanak juga boleh didapati di sini |
|
Beg untuk kanak-kanak |
|
Kasut kulit lelaki |
Percutian ke sana memang sangat memenatkan tetapi berbaloi
kerana puas dapat membeli-belah barang kesukaan. Kepada sesiapa yang kaki
shopping atau ingin membuat perniagaan kecil-kecilan, tak rugi anda datang ke
sini. Namun, lawatan ini bertambah menarik kerana juga diselitkan ke
tempat-tempat bersejarah supaya kita didedahkan dengan lebih informasi apabila berada di Negara orang.
Kepada sesiapa yang berminat, jom pergi ke Jakarta dan
Bandung bersama POTO dengan hanya RM
1,399 sahaja. Diskaun akan diberikan kepada warga emas dan juga kanak-kanak.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej ini, sila layari laman sesawang
POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau hubungi
kami di talian 03-9200 6640.
No comments:
Post a Comment