Nota: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan.
Brazil
Meriah! Murah! Happening! Air Terjun Devil’s Throat! Dan... Copacabana!
Air terjun Iguazu: Terbesar dan tercantik di dunia. Ia dikongsi tiga negara, iaitu Argentina, Brazil dan Paraguay. Terdapat 275 air terjun dalam keluasan sekitar 2.7 kilometer. Anda pasti akan terpukau melihat keindahannya.
Air terjun yang pelbagai bentuk dan ketinggian itu pula menumpahkan 1.7 hingga 2.5 juta meter padu air sesaat, menghasilkan 'tirai' air setinggi beberapa ratus meter di udara. Pemandangannya seperti sekawah air yang sedang mendidih, manakala jaluran pelangi pula menjadi rantai berliannya.
Paling tinggi, paling besar dan paling memukau adalah Air Terjun Devil’s Throat. Air terjun setinggi 82 meter, 150 meter lebar dan 700 meter panjang.
Lawatan akan bermula di bahagian Argentina dahulu. Aktiviti paling menarik ialah menaiki bot mendekati air terjun Pulau San Martin. Percikannya, wow! Pakaian kita akan habis lencun.
Dari Pulau St. Martin, kita akan menaiki bot ke sempadan Brazil. Makan di restoran, kemudian ke sebelah Brazil. Pemandangan dari sebelah Brazil ini berbeza. Di Argentina, kita akan melihat tiga sisi – atas, bawah dan menghampirinya di Pulau St. Martin.
Di sebelah Brazil pula, kita akan mendekati dan menikmati kehebatan air terjun itu dengan menyusuri jetinya. Bayangkan, di bawah jeti adalah arus sungai yang lebar dan deras, manakala Devil’s Throat yang begitu besar, tinggi dan bising berada beberapa puluh meter saja dari kita. Pelangi yang terbias dari panahan cahaya matahari, bagaikan sejengkal saja dari tangan. Ia mengekori setiap langkah kita.
Kalau mahu nikmati keindahan dan keajaibannya, jangan pakai baju hujan. Biarlah badan kita basah lencun. Enjoy time! Alang-alang dah sampai, baik mandi sekali, kan?
Rio de Jeneiro: Tempat paling `panas’. Paling menarik ialah pantai Copacabana dan Ipanema.
Copacabana: Laut Atlantik yang membiru, pulau dan bukit bukau yang menghijau, pasir yang memutih serta pengunjungnya yang sentiasa padat. Cuma awas, mata tu kena jaga sikit. Banyak `ikan duyung’ terdampar di tepi pantai!
Mandi-mandalah di Copacabana. Ombaknya memang kuat, melambung kita dibuatnya. Tetapi airnya lembut dan tidak terlalu masin.
Pemandangan di Ipanema pun hampir sama. Sambil menikmati pemandangan yang indah itu, anda boleh membeli cenderamata yag dijual oleh penjaja-penjaja. Berhampiran Copacabana ada pasar malam yang menjual pelbagai cederamata seperti T-shirt, jersi, beg kain, keychain, selipar dan sebagainya.
Semua murah di Brazil. Kadar tukaran ialah ASD1: 2.5 reas. Untuk sehelai T-shirt, shawl dan beg kain, harganya sekitar 15 Reas saja, iaitu lebih kurang lebih kurang RM20. Lagi banyak anda beli, lagi murah mereka beri. Jangan risau, boleh tawar harga. Fridge magnet pula hanya 5 Reas (RM6) untuk tiga unit.
Apa lagi yang cantik di Brazil? Tentulah kehijauan hutan serta keindahan muka buminya. Naiki kereta kabel ke puncak Gunung Corcovado (710 meter, tempat letaknya patung gergasi Christ the Redeemer), kemudian disambung ke Gunung Sugar Loaf (396 meter) pula. Dari situ kita dapat melihat keindahan Rio de Janeiro 360 darjah.
Jangan lupa persembahan Samba. Meriah dan 'panas'!
Ringkasnya:
Lawatan ke Amerika Selatan sangat menyeronokkan. Ia meliputi pelbagai keindahan – tradisi, hiburan, keajaiban senibina, sejarah, kehijauan alam, keramahan penduduk dan shopping.
Nikmati kepelbagaian geografi serta cara hidup masyarakat yang anda takkan dapat lihat di tempat-tempat lain. Meriah, tetapi ada sentimen sejarah yang wajar dihayati.
Empat negara dalam satu kembara, mana nak dapat? Makan minum, solat dan penginapan, jangan risau. Semua sudah diatur. Ingat fakta ini, sehingga kini belum ada agensi pelancongan bumiputera negara yang menganjurkan pakej ke Amerika Selatan. POTO adalah pengasasnya.
Apa tunggu lagi, jadilah orang yang pertama menyertai pakej ini. Hubungi POTO Travel sekarang di Tel: 03-92006640 / www.pototravel.com.my.
Makanan halal mcm mana? bole email sy the details norhidayu.othman@gmail.com.
ReplyDeleteBoleh emel saya ke mastershahirmarsha@gmail.com
ReplyDeleteSaya berminat pakej ni
hi. saya sangat2 berminat utk melancong ke Brazil. I went to poto official website but i can't find any offer to Brazil. Really hope u guys can email me once u have any package to Brazil
ReplyDeleteAin: neea_nizar@yahoo.com
Thank u! :D
Patagonia pegi tak?
ReplyDeletepakej 2015? gibbon_87@yahoo.com
ReplyDeleteWechat saya ...muney96
ReplyDeleteWechat saya ...muney96
ReplyDeleteWechat saya ...muney96
ReplyDeleteBole saya tau x pasal CPF Brazil? Dan Macamana nak apply?
ReplyDeleteemail iqramnadira@gmail.com
ReplyDeletepackage south america include antartica exploration. email bangnyan62@gmail.com
ReplyDeletecould u send to me the cheapest package to brasil in rio, fullboard .
ReplyDeleteThanks for your consideration and time .
amy.iezatie@yahoo.com