Countdown

2 August 2013

Syurga Membeli-Belah di Citadel Outlets, Los Angeles



Melancong ke kawasan pantai barat Amerika Syarikat memanglah sangat seronok. Bandar-bandar utama seperti Los Angeles, Las Vegas dan San Francisco di sana menjanjikan pengalaman 'syok' yang tidak terdapat di tempat lain.

Los Angeles sinonim sebagai Bandar Superstars kerana terdapatnya pekan Hollywood. Di situlah terletaknya studio-studio perfileman canggih yang menjadi lokasi penggambaran filem-filem yang kita tonton di pawagam. Las Vegas pula disebut sebagai "Syurga Hiburan" kerana terdapat beratus-ratus pusat hiburan dan pertunjukan 5-bintang dengan lampu warna-warni yang berkerdipan di waktu malam. San Francisco, berbeza pula auranya. Ianya terkenal kerana topografinya yang berbukit-bukau. Ia juga popular kerana percampuran budaya yang unik oleh masyarakat tempatan dan yang datang berhijrah di situ. Penduduk San Fanscisco begitu energitic!

Ada satu lagi tarikan paling menarik sekiranya anda bertandang ke kawasan pantai barat Amerika Syarikat; pengalaman membeli-belah yang hebat!

Kalau ke Amerika Syarikat, bak kata orang, ongkosnya perlu besar! Kalau ke sana tetapi tidak bershopping, alahai begitu rugi!

(Sumber: www.luuux.com)
Di Los Angeles, terdapat satu pusat membeli-belah terkenal yang dipanggil Citadel Outlets. Inilah dia “sarang” terletaknya barangan berjenama pada harga runtuh! Lokasinya tidak jauh, kira-kira hanya 15-20 minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar Los Angeles.

(Sumber: www.flickr.com)
Sedikit sejarah mengenai Citadel Outlets ini; ianya diasaskan pada tahun 1918! Setelah hampir seabad umurnya, pusat membeli-belah ini telah berkembang dengan begitu pesat. Kini, ianya menjadi “rumah” kepada lebih 120 butik-butik barangan berjenama yang popular seperti COACH, Adidas, Nike, GAP, Levi’s, GUESS, Calvin Klien, Dockers, Kate Spade dan banyak lagi!

(Sumber: www.panoramio.com)
(Sumber: www.panoramio.com)
(Sumber: www.craigrealtygroup.com)
Pusat membeli-belah ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti restoran dan kafe. Setelah penat berjalan dan bershopping, pengunjung boleh berhenti seketika untuk snack break di Stackbucks atau Auntie Anne’s Pretzel.

Untuk memastikan pengalaman membeli-belah anda lancar, ini ada beberapa tips berguna daripada saya sendiri yang pernah ke sana:
  1. Untuk keselamatan diri anda, tidak perlulah membawa terlalu banyak wang tunai. Kesemua butik menerima bayaran dengan menggunakan kad kredit. Namun, pastikan anda membawa kad kredit yang diterima/diiktiraf di luar negara.
  2. Pakai pakaian yang selesa kerana anda akan melakukan banyak aktiviti berjalan di sana. Pastikan kasut anda juga selesa untuk pemakaian sepanjang hari.
  3. Bawa botol air dan snek sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan anda untuk makanan rapu di sana.
  4. Buat senarai barangan yang anda mahu beli sebelum pergi ke sana. Ini sangat penting bagi memastikan masa anda di sana digunakan dengan efisyen.
  5. Jangan berbelanja melebihi baget yang telah ditetapkan! Anda pasti rambang mata ketika di sana, jadi perlulah fokus kepada barangan yang penting sahaja. Stick to the plan!
Enjoy USA! Jom ke sana :-)

Kepada yang berminat untuk ke USA bersama-sama POTO, boleh klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut:




Hubungi kami sekarang!



3 comments:

  1. saya nak sgt sgt trip ke US ni dibuat sekali lagi untuk tahun awal 2015. sekarang ssh nak cari yang muslim package. mohon dipertimbangkan

    ReplyDelete
  2. Esk sya akan ke los angeles. Smua package prudential sponsor. Syok join prudential sbb stiap tahun ada trip ke oversea percuma.. jom join kami 0133743843

    ReplyDelete
  3. Masa pergi US tahun lepas kami tak pergi kat Citadel, LA.... tapi kami pergi kat Gilroy Premium Outlets, SFO

    ReplyDelete