Antara
tumpuan utama aktiviti membeli-belah di Saigon ialah Pasar Ben Thanh. Terletak
di persimpangan Le Loi, Ham Nghi, Tran Hung Dao Avenues dan Le Lai Street,
pasar ini tidak pernah sunyi daripada hiruk-pikuk penduduk bandar metropolitan
tersebut.
Pasar
Ben Thanh dibina pada tahun 1870 dengan nama asal Les Halles Centrales sebelum
ianya ditukar nama pada 1912. Dengan ciri-ciri binaan kolonial Perancis, pasar
ini telah menjadi pusat jualan hasil-hasil tanaman dan tangkapan laut oleh
masyarakat tempatan sejak awal zaman pembukaannya.
Kini,
Pasar Ben Thanh yang umur lebih seabad ini bukan sahaja menjadi pasar utama
bagi penduduk Saigon, malah semakin popular di kalangan pelancong asing yang
ingin berbelanja buah tangan dan merakam gambar-gambar menarik.
Untuk
pergi ke Pasar Ben Thanh tidaklah sukar. Pengunjung boleh menaiki bas awam,
teksi ataupun Cyclo, yang serupa
seperti beca tetapi menggunakan motor bertayar tiga bukannya basikal. Tambang
yang dikenakan amatlah berpatutan dan ianya selamat untuk dinaiki.
Setiap
pagi, Pasar Ben Thanh dipenuhi penjaja yang menjual sarapan pagi, makanan
kering, pakaian dan barangan kelengkapan rumah. Menjelang lewat tengahari
sehingga larut malam, kedai-kedai di dalam pasar ini akan ditutup.
Namun
begitu, akan ada banyak restoran-restoran dan warung-warung kecil dibuka di bahagian
luar pasar tersebut dan di kawasan sekelilingnya. Jadi, tidak kira pada waktu
apa pengunjung tiba di sini, pasti sesuatu yang istimewa bakal dijumpai.
Bagi
mereka yang datang ke sini untuk mengisi perut yang kosong, selera pasti
terbuka dengan pelbagai pilihan menarik yang tersedia. Terdapat makanan seperti
mihun sup, Vietnamese rolls,
buah-buahan segar, bubble tea dan
sebagainya.
Pengunjung
beragama Islam semestinya perlu berhati-hati sebelum membeli makanan di Pasar
Ben Thanh. Pastikan makanan yang ingin dibeli Halal ataupun vegetarian.
Sebenarnya,
mendapatkan makanan Halal di sekitar Pasar Ben Thanh bukannya sukar. Oleh
kerana terbiasa dengan kunjungan para pelancong dari Malaysia, Indonesia,
Brunei, Singapura dan negara-negara Timur Tengah, kebanyakan penjaja di sini
memahami konsep Halal dan menyediakan makanan dengan cara tersebut.
Kunjungan
ke Pasar Ben Thanh tidak akan lengkap sekiranya tidak membeli-belah di situ.
Terdapat bermacam-macam produk pakaian, kain sutera, beg, kasut, seni
kraftangan, lukisan dan makanan segar dijual di pasar ini.
Pelancong
Malaysia ternyata digemari di kalangan komuniti penjaja Saigon. Penjaja di Ben
Thanh Market yang rata-ratanya kaum wanita boleh berbahasa melayu yang
ringkas. Berbelanja di sana memang
seronok kerana segalanya dijual pada harga yang sangat murah, dan harga
barangan boleh ditawar-menawar.
Sedikit
tips mengenai membeli-belah di Pasar Ben Thanh. Selalunya penjaja di sana akan
meletakkan harga sesuatu barangan dua atau tiga kali ganda lebih tinggi
daripada harga yang sebenar.
Jadi,
pastikan anda tidak terus bersetuju dengan harga yang dinyatakan. Jangan
malu-malu untuk menawar harga dengan penjaja supaya barangan dapat dibeli pada
harga yang termurah.
Dengan kerjasama dengan akhbar Sinar Harian, POTO Travel & Tours bakal
menganjurkan satu lawatan istimewa ke Saigon selama 4 hari 3 malam pada 14
November sehingga 17 November 2013. Beberapa tempat tarikan pelancongan yang
menarik bakal dilawati termasuklah Pasar Ben Thanh.
Pakej lawatan yang berharga RM 1499 untuk setiap orang
dewasa ini telah pun dilancarkan dan sedia menerima tempahan orang ramai.
Setiap pendaftaran akan menerima sehelai t-shirt yang ditempah khas untuk acara
ini. Harga diskaun istimewa akan diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak.
Kepada yang berminat, sila layari laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau telefon di 03-9200 6640 untuk keterangan lanjut.
Kepada yang berminat, sila layari laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau telefon di 03-9200 6640 untuk keterangan lanjut.
Bangunan Pasar Ben Thanh pada waktu pagi |
Kedai-kedai pakaian di Pasar Ben Thanh |
Penjaja buah-buahan di Pasar Ben Thanh |
Pasar malam di luar bangunan Pasar Ben Thanh |
Penjaja yang menjual makanan kering dan basar di dalam Pasar Ben Thanh |
Terdapat peniaga yang menjual pakaian muslimah |
Sarapan pagi yang dijual di tepi Pasar Ben Thanh |
No comments:
Post a Comment