Countdown

2 December 2013

Guilin Yang Indah...(Part 2)

Sambungan dari part 1...


Banyan Lake (Rong Hu) dan Fir Lake (Shan Hu)
Setelah puas berjalan-jalan di situ, kami bergerak menuju ke Banyan Lake (Rong Hu) dan Fir Lake (Shan Hu)  yang merupakan dua buah tasik yang terletak ditengah-tengah bandar Guilin di mana ia  dijadikan sebagai taman rekreasi oleh penduduk tempatan. Kedua-duanya  dibahagikan antara pusat utara-selatan, Zhongshan Lu khususnya tempat yang disediakan untuk bersiar-siar. Tasik Fir ini terletak di sebelah timur di mana sepasang pagoda dibina yang diberikan nama matahari dan bulan (the sun and moon pagoda). Dikenali sebagai pagoda berkembar, The Moon atau bulan mempunyai material kaca manakala The Sun atau matahari pula  mempunyai material kuprum, emas dan glitter.  Terdapat sebuah laluan di bawah air yang juga merupakan underwater terowong yang menghubungkan ke dua-dua pagoda tersebut. Sementara pula, tasik Banyan ini dinamakan sempena nama sejenis pokok iaitu pokok banyan terletak di sebelah barat jalan Zhongshan. Tasik ini lebih besar dan mempunyai beberapa tarikan di sekitar pantainya termasuk astaka, patung, quainttwin bridges”, south gate kuno dan 800 tahun Talang pokok selepas di mana nama tasik diambil. Pagoda berkembar ini sangat cantik apabila kita lihat pada waktu malam kerana diterangi dengan lampu-lampu dan pemandangan di sini sangat indah jika kita datang melawat di waktu siang. Kebanyakan daripada kami mengambil gambar di sini untuk dijadikan sebagai kenangan yang tidak akan kami lupakan.

The Sun and Moon Pagoda

Pemandangan pada waktu malam. Yang berwarna kuning itu dipanggil Sun manakala berwarna putih dipanggil Moon

Underwater Terowong , laluan yang menghubungkan antara The Sun and The Moon Pagoda
 
Sungai Li
Orang kata, kunjungan ke Guilin memang tidak bermakna dan tidak lengkap jika tidak dapat menyaksikan pemandangan landskap batu kapur, lembah hijau dan aliran jernih sepanjang Sungai Li yang indah. Tidak hairanlah mengapa bandar moden ini juga dianggap sebagai  salah sebuah bandar terbersih di China. Sungai Li atau Lijiang ini pernah dimartabatkan sebagai mutiara yang bersinar dan menjadi satu keistimewaan bagi masyarakat Cina. Sungai yang panjangnya 437 kilometer itu bermula dari gunung Mao di kawasan Xing'an, timur laut Guilin sehingga ke Yangshou.  

Kami terus jatuh hati pada kali pertama apabila menyaksikan pemandangan indah dengan melayari bot yang terdapat di situ. Kita memang dapat menyaksikan keunikan cara penduduk kampung menangkap ikan dengan menggunakan  burung helang sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini. Helang penangkap ikan mampu menyelam jauh ke dasar sungai ini untuk memburu ikan dengan menggunakan paruhnya yang besar. Untuk mengelakkan dan memastikan ikan yang ditangkap itu tidak dimakan oleh helang, lehernya perlu diikat dengan menggunakan tali. Tuan kepada burung itu hanya mengurut paruh burung itu untuk mengeluarkan ikan yang ditangkapnya apabila ia naik ke bot.

Sungai Li yang indah

Leher yang perlu diikat untuk proses menangkap ikan

Yangshuo
Akhirnya, pelayaran menyusuri Sungai Li yang memakan masa lebih kurang dua jam setengah ini telahpun berakhir di Yangshuo. Dimaklumkan bahawa Yangshuo ini merupakan sebuah bandar kecil namun ia memiliki satu tarikan yang luar biasa termasuklah pusat komersial, jalan barat serta jeti yang kecil yang menempatkan pelbagai kafe, restoran dan kedai cenderamata. Bandar ini menjadi tumpuan warga asing yang ingin mempelajari di dalam bahasa Mandarin di mana suatu ketika dahulu, ada sejarah mengatakan bahawa bandar ini bermula dengan aktiviti perdagangan yang sudahpun melampaui 1500. Tidak jauh dari situ, kami ada menemui Land of Peach Blossom yang juga mempunyai suasana perkampungan etnik dengan kincir air, tasik dan persembahan hiburan. Kebanyakan kami hanya mengambil gambar dan membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia seketika nanti. Jika di Yangshou, makanan halal yang boleh ditemui ialah di depan stesen bas yang terkenal dengan menu mee tarik. Selain itu, terdapat juga makanan yang lain seperti sate kambing, nasi goreng cina dan banyak lagi! Memang sedap lagi-lagi sate kambing kerana dagingnya yang lembut serta rasanya tidak seperti “rasa kambing”. Jadi, bagi sesiapa yang tidak gemar memakan daging kambing seperti saya tidak perlu risau dan boleh makan tanpa rasa was-was. 

Sekitar bandar di Yangshuo
 
The Land of Peach Blossom

Restoran Halal yang terkenal dengan mee tarik
 
Sate Kambing yang tak terasa kambing
 
Mee tarik yang dibuat sup
Yang ni mee tarik yang digoreng. Sedap!

Elephant Trunk Hill
Bagi sesiapa yang bertandang ke Guilin, jangan lupa datang melawat  Elephant Trunk Hill yang merupakan  simbol dan menjadi tarikan utama dan lambing pelancongan kota bandar Guilin. Bukit Belalai Gajah ini terletak di pertemuan Sungai Lijiang dengan Sungai Taohua. Kami dapat lihat bentuknya seperti seekor gajah yang sedang minum dengan hujung belalainya terbenam di sungai.  Ia digelar  sebagai Gua "Water Moon" iaitu bulan dan air kerana pada waktu malam pantulan bulan dapat dilihat melalui gerbang ini dan kelihatan seperti terapung-apung di permukaan air. Memang cantik!

Terdapat satu legenda tentang Bukit Belalai Gajah ini di mana pada ketika dahulu, Maharaja Langit mempunyai sekumpulan gajah. Gajah-gajah itu tertarik dengan pemandangan yang indah di Guilin dan enggan pulang ke syurga lagi selepas itu. Walaupun Maharaja Langit telah memerintahkan agar kesemua gajah itu pulang namun tiada seekor pun yang menurut perintahnya untuk meninggalkan tempat itu. Gajah itu akhirnya tinggal di tepi Sungai Lijiang buat selama-lamanya apabila dibunuh oleh Maharaja Langit akibat marah dengan mereka. Kami sempat memasuki Taman Bukit Belalai Gajah dan menemui sebuah dinding yang memperkenalkan pengetahuan tentang pelbagai jenis gajah, seperti gajah Asia, gajah Afrika dan lain-lain.

Elephant Trunk Hill
Keindahan pada waktu malam

Secara jujurnya, Bandar Guilin sangat menarik dan pemandangan yang cantik membuatkan saya teringin pergi buat kali kedua jika masih diberikan kesempatan dan umur yang panjang. Namun sayangnya masih ramai tidak mengetahui mengenai Bandar ini. Pemandangan yang terlalu indah sehingga ia kelihatan seperti lukisan di dalam poskad, hingga membuatkan saya speechless dan tidak jemu tiap kali menghayati pemandangan di bumi Allah ini.

POTO Travel & Tours ada menawarkan pakej ke Guangzhou Guilin selama 5 hari 4 malam di mana bukan sahaja akan melawati di Bandar Yangshou dan Guilin, malah turut ke Guangzhou untuk pergi ke tempat yang menarik di sana. Tarikh berlepas ialah pada 8 Januari dan 19 Februari dengan hanya RM 2699 untuk dewasa dan harga diskaun diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak. Sila layari laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau terus hubungi kami di talian 03-9200 6640 untuk sebarang maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment