Countdown

20 December 2013

Merungkai Memori di Pulau Jeju (Part 2)



Selain mengunjungi ke Trick Art Museum, kami juga dibawa untuk mengunjungi galeri  yang mempunyai arca dan ukiran yang diperbuat daripada ais yang pertama di dunia, Ice Gallery Seoul yang dibuka sepanjang tahun.  Galeri ini mempunyai dua tingkat di mana tingkat pertama ialah sebagai pintu masuk (entrance) yang dikelilingi dengan meja dan juga kaunter menyambut tetamu atau pengunjung. Dengan bayaran sebanyak 5,000 won, bukan sahaja  kita dapat merasai bagaimana menjadi seorang pengarca ais, malah di sini anda akan diberikan pendedahan ilmu sedikit sebanyak mengenai ais dan juga  tunjuk ajar cara untuk membuat  ais daripada mereka yang berpengalaman.

Sebelum masuk ke dalam galeri, kami perlu memakai jaket yang telah disediakan dan diberi penerangan daripada pihak mereka.  Apabila pintu dibuka, kami bebas untuk pergi dan menerokai ke mana sahaja yang disukai. Saya mengambil peluang di sini dan telah berjaya membuat dan mengukir cawan ais, siap dengan pemegangnya! Sempat saya mengambil gambar sambil duduk di atasnya sebelum ia menjadi cair semula. Walaupun ruangnya agak kecil, namun sudah memadai dan cukup puas hati melihat keunikan  dan  keindahan arca-arca ais yang terdapat di sini. Suhu yang ditetapkan adalah dalam -5 darjah celcius, selesa untuk hari-hari musim yang panas dan lembap.

Terdapat beberapa bahagian yang berbeza di dalamnya tetapi yang menjadi tema utama ialah Isi Rumah Korea (Korean Household). Di sini saya menemukan replika berbentuk bahagian ruang tamu, tandas, dapur dan lain-lain lagi yang semuanya diperbuat daripada ais semata-mata. Di belakang bahagian galeri pula terdapat ukiran miniatur kecil yang juga daripada ais iaitu Menara Eiffel, Menara Condong Pisa dan banyak lagi!


















Tidak cukup dengan itu, kami disajikan pula dengan tempat yang terkenal dengan hikayat, iaitu Yongduam Rock. Di sini sememangnya popular dengan hikayat penduduk tempatan. Menurut bahan bacaan yang saya perolehi, dikatakan seekor naga telah disumpah menjadi batu ketika cuba mencuri untuk meminum air di tepi tebing laut tanpa meminta izin kepada penduduk kampung terlebih dahulu. Tetapi yang sebenarnya ialah naga itu telah terjatuh akibat terkena anak panah  di Yonduam dan terus tenggelam ke dalam laut semasa ia sedang cuba mencuri sebiji batu Jade dari gunung Halla. Badannya telah membeku ketika ia sedang memandang ke langit.  Mengikut kajian yang ada, di sinilah terjadinya pembekuan lava gunung berapi dan hakisan ombak yang menghasilkan batu itu berbentuk kepala naga.

Ketika saya menjejaki di sini, saya tidak menjumpai di mana letaknya batu yang berbentuk kepala naga ini kerana ia tidak kelihatan seperti tebing biasa sahaja. Kami berjalan-jalan sambil mencuci mata dan seperti lazimnya, dengan kamera yang disandangkan yang tidak lekang dari bahu untuk menangkap memori yang ada.







Yongduam Rock

Kerana keasyikan melawat ke tempat-tempat yang terdapat di Pulau Jeju ini, tidak sedar pula hari siang telah meninggalkan kami. Kami singgah di Tapdong Shopping Street atau Tapdong Market untuk melihat apa-apa yang boleh dibeli. Ianya terletak di Tapdong yang berhampiran dengan Pulau Jeju. Merupakan kawasan pelancongan utama bandar jeju, terdapat banyak hotel mewah disediakan untuk para pengunjung yang datang ke sini. Ia merupakan lokasi makanan masyarakat Korea dan juga menjual pelbagai barangan untuk keperluan seharian. Anda juga boleh menemukan makanan laut yang segar-segar di pasar ini. Dikenali sebagai Haechip Street kerana terdapat banyak restoran yang menyediakan ikan laut segar yang menjadi kawasan yang popular di kalangan pelajar kolej dan pasangan pengantin. 


Dalam kawasan Tapdong

Kedai menjual pakaian

Kedai menjual barangan kosmetik

Kedai minuman kopi

Cenderahati Teddy Bear

Kedai ais-krim

Hanya satu perkataan sahaja yang ingin saya luahkan, iaitu seronok! Jika diberi kesempatan yang ada, pasti saya akan ke sini lagi. Meluangkan sehari suntuk ke tempat-tempat yang terdapat di pulau indah ini telah banyak memberi memori dan kenangan yang menarik. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi ke Pulau Jeju di Korea ini. POTO sememangnya ada menawarkan pakej ke Korea Jeju di mana Pulau Jeju merupakan lokasi yang utama yang akan dilawati! Untuk sebarang maklumat lanjut layari laman rasmi sesawang POTO di www.pototravel.com.my atau hubungi kami di talian 03- 9200 6640.


No comments:

Post a Comment