Countdown

5 December 2013

Dubai Shopping Festival 2014 - 20 Tempat Membeli-belah yang Menarik! (Part 1)



Dubai Shopping Festival (DSF) sememangnya masa yang paling sesuai bagi mereka yang suka membeli-belah. Untuk pengetahuan anda, DSF ini ialah festival membeli-belah tahunan yang terbesar di Dubai dan terulung di dunia dengan slogan “One World, One Family, One Festival”. Dengan lebih 50 pusat membeli-belah dan 6000 retail outlet yang menyertai festival ini, anda akan ditawarkan dengan harga diskaun berganda, hadiah menarik serta hiburan! Semua barangan berjenama, produk baru dan lain-lain ditawarkan dengan harga runtuh. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga pasti terhibur dengan pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang extravaganza ini.  POTO ada menawarkan pakej ke sini selama 4 hari 3 malam dengan harga RM 3199 dan anda boleh menikmati keseronokan berpanjangan yang berlangsung pada 2 Jan-2 Feb!  

Pakej ini merupakan halfboard di mana tarikh perlepasan adalah pada 28 januari 2014. Oleh kerana perlepasan ke sana adalah pada jam 3 pagi, maka anda perlu datang ke lapangan terbang KLIA sekurang-kurangnya sebelum jam 12.25 malam dan dianggarkan sampai ke sana pada jam 6.45 pagi. Anda akan menaiki bas untuk dibawa ke Etihad Travel Mall pada jam 8 pagi dan dijangka tiba pada jam 9.20 pagi untuk mengangkut bagasi. Pelancong akan disediakan dengan makanan tengahari dan malam pada hari pertama. Anda semua akan menginap di hotel City Max Bur Dubai yang berdekatan dengan free shuttle bas yang membolehkan anda menjelajah sendiri ke tempat-tempat membeli-belah yang anda suka untuk aktiviti bebas. 

Di sini terdapat sedikit informasi mengenai 20 pusat membeli-belah yang popular di Dubai yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk anda setibanya di sana!

Dubai Shopping mall

Dubai Shopping mall ini merupakan tempat membeli-belah dan pusat perbelanjaan yang terbesar di dunia. Berkeluasan sebanyak 1.124 juta meter persegi atau bersamaan lebih kurang 50 kali ganda luas padang bola sepak.  Mall ini dikeliling dengan sebanyak 1200 kedai  yang kebanyakan menjual barangan fesyen, termasuk lebih 160 kedai yang terdiri daripada makanan dan minuman. Dubai Mall juga merupakan tempat membeli-belah yang canggih di mana  anda boleh bersarapan lewat pagi (brunch) di luar mall sambil menikmati keseronokan skrin yang besar. Selain itu, terdapat tempat untuk meluncur ais serta aquarium yang terbesar yang menempatkan pelbagai haiwan jenis laut termasuklah Great White Shark.


Pemandangan luar di Dubai Mall



Aquarium yang terdapat di dalam mall

Ice Rink iaitu tempat meluncur ais

Mall of Emirates-Al Barsha

Mall of Emirates merupakan pusat membeli-belah yang kedua terbesar di Timur Tengah dengan keluasan sebanyak 6.5 juta kaki persegi. Di sini terdapat sebanyak 560 barangan berjenama dan lain-lain antaranya ialah fesyen, lifestyle, sukan, elektronik, barangan rumah dan juga Carrefour yang terbesar di bandar ini. Terdapat pusat hiburan untuk keluarga iaitu Magic Planet, Pawagam VOX Cinemas dan tempat bermain ski tertutup yang pertama ditubuhkan di Timur Tengah. Selain itu, terdapat juga wayang teater yang dipenuhi 500 tempat duduk ,pusat seni (DUCTAC) serta 90 tempat makan dan kafe yang bertaraf antarabangsa.


Mall of Emirates
Indahnya pada waktu malam
Antara tempat menjual kasut yang esklusif
Pemandangan di dalam mall
Tempat meluncur ski tertutup
Antara kedai menjual barangan berjenama

Burjuman- Bur Dubai

Merupakan sebuah kompleks membeli-belah yang sangat cantik dari segi seni binaannya. Pertama kali ke sini, pasti menyangka ia adalah sebuah bandar yang biasa sahaja. Terdapat ayat al-quran beralun berkemandang memenuhi ruang legar di situ yang membezakan antara kompleks ini dengan tempat yang lain. Seni bina rekaan bangunan ini menggabungkan konsep teknologi canggih, kontemporari moden dan gaya Arabic. Di sini terdapat barangan berjenama antaranya ialah Calvin Klein, D&G, Diesel, Hermes, Polo Ralph Lauren, mangos, Nexts dan Zaras. Jika anda di dalam kategori yang suka membeli barangan berjenama, di sini memang tempat yang sesuai dengan harga yang murah! Bukan itu sahaja, di sini juga boleh ditemui pelbagai jenis minyak wangi, kosmestik dan barangan kemas. Fun city dan Fun World pula merupakan tapak permainan untuk kanak-kanak bersuka ria. 

Burjuman Mall


Tempat yang dikatakan selalu sibuk
Kedai berjenama di aras lima
Antara kafe yang terdapat di sini

Deira City Centre- Deira

Deira City Centre ialah pusat membeli-belah yang mempelopori konsep gabungan antara membeli-belah dan hiburan yang dilancarkan pada tahun 1995. Deira City Centre merangkumi ruang seluas 115,000 meter persegi serta  mempunyai 370 buah kedai yang terdiri daripada barangan fesyen, beberapa kedai elektronik yang terpilih, emas, tekstil, pasar, carrefour dan apa sahaja yang anda perlukan. Terdapat kemudahan hiburan untuk seisi keluarga yang disediakan antaranya ialah Magic Planet, Bowling City serta panggung wayang VOX Cinemas dengan disediakan sebanyak  3,000 tempat duduk. Selain menawarkan pengalaman membeli-belah yang hebat dan mudah, pusat ini juga telah menjadi tuan rumah lebih daripada 58 pilihan untuk tempat makan antarabangsa, kemudahan Fitness First, perkhidmatan pelancongan yang berdedikasi serta Stesen Metro yang berdekatan.

Deira City Centre


Restoran Hardee's
Magic Planet
Kedai barangan kemas

Festival Waterfront Centre- Dubai Festival City

Berkeluasan sebanyak 2.8 juta kaki persegi, ia merupakan satu-satunya pusat membeli-belah di tepi laut dan hiburan di Dubai yang menggunakan rekaan air sebagai sebagai daya tarikan yang luar biasa kepada para pengunjung.  Mengandungi lebih 600 kedai termasuk 100 buah restoran , 12 buah panggung wayang dan lain-lain lagi tempat hiburan. Keunikan dari segi rekaannya telah menarik banyak peruncit baru untuk menjual barangan jenama mereka termasuklah Anne Klein, Danier, Guru, Lancel, Lamarthe, Marc by Marc Jacobs, Marccain, Nougat of London, Sephora dan Paul Frank.

Suasana yang cantik di Festival Waterfront Centre



Ibn Batutta Mall- Sheikh Zayed Road

Merupakan pusat membeli-belah tema terbesar di dunia yang merevolusikan pusat kedai runcit dan hiburan di Dubai. Pusat ini sangat unik kerana dikatakan ianya direka untuk meraikan Ibn Batutta, seorang pengembara yang terkenal di Arab. Anda akan menemukan pelbagai jenis rekaan yang berbeza di setiap 6 zon atau court iaitu Egypt, China, India, Andalusia, Persia dan Tunisia. Terdapat lebih 275 kedai , 50 restoran dan kedai makanan, 21 skrin pawagam termasuk hanya IMAX teater UAE dan lain-lain lagi  sehingga menjadikan Ibn Batutta ini sebagai pusat membeli-belah yang berkembang dan maju. Ia terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Family & Convenience, Major Department Stores; Up-Market Brands & Lifestyles; dan Entertainment & Leisure. Anda akan menikmati pengalaman yang luar biasa di sini!

China Court
India Court
Egypt court
Persian Court
Tunisia Court
Andalusia Court
Elephant Clock di India Court
Pawagam di China Court
Starbucks di Persian Court

Wafi Mall- Sheikh Rashid Road

Jika dilihat pada luaran, mall ini disangka seperti muzium kerana binaanya dilihamkan dari senibina Mesir purba yang dihiasi dengan patung firaun, lukisan dinding, taman-taman, tulisan hieroglifik dan piramid. Ia lebih kepada  pusat permainan arcade untuk kanak-kanak  dan pusat untuk shopping dengan pelbagai jenis barangan yang berjenama. Mall ini mempunyai 200 buah kedai yang meliputi barangan fesyen, elektronik, jam tangan dan juga barang kemas seperti Claires, Chinese palace dan Tanagra. Terdapat juga pusat hiburan, perkhidmatan, majlis acara dan tempat menjamu selera untuk seisi keluarga. Segalanya ada di sini!

Wafi Mall yang kelihatan seperti muzium
Manisan dan pencuci mulut yang terdapat di dalam mall
Arca yang diperbuat daripada cermin yang sangat menakjubkan!
Antara kedai yang terdapat di dalam mall
Suasana dengan keunikan pada rekaannya
Wafi Gourmet

Al-Ghurair City- Deira

Pusat ini adalah khas kepada sesiapa yang ingin membeli-belah pakaian kebangsaan gaya abaya. Abaya adalah jubah moden yang boleh digayakan dalam pelbagai fesyen dan diperbuat dalam pelbagai saiz, termasuk untuk kanak-kanak yang sesuai dipakai pada majlis keagamaan atau hari raya serta juga shaylas (tudung). Sandal kulit yang berkualiti serta baju lelaki yang dipanggil dishdashas juga boleh didapati di sini. Selain itu, anda boleh menemukan beberapa barangan fesyen dari France seperti  Mexx, Guess dan kedai-kedai yang lain yang menjual segalanya bermula dari barangan kemas arab sehinggalah hasil tangan tenunan untuk permaidani.

Al-Ghurair City
Barangan bayi
Food Court
Suasana dalam pusat membeli-belah



kedai buku Jashanmal
Seattle's Coffee

Jumeirah Plaza- Jumeirah Beach Resort

Walaupun pusat ini tidak sebesar kompleks membeli-belah yang lain namun ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri dengan bangunannya yang berwarna merah jambu lembut. Terdapat kedai cenderamata iaitu Susan Walpole dan kedai buku terpakai atau 2nd hand iaitu House of Prose. Di sini anda boleh mendapatkan kedai yang mereka t-shirt dan kedai ubat-ubatan yang menjual barangan dari herba. Di bahagian atas kompleks pula terdapat kedai kraf, permaidani dan juga tapak permainan yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak.



Shopping Complex yang berwarna merah jambu lembut
Kedai menjual buku terpakai
Kedai cenderamata
Circle cafe
Jumeirah Beach Resort yang berdekatan dengan Jumeirah Plaza
Pemandangan sekitar di Jumeirah Beach Resort

Souk Madinat-Al Sufouh

Melawat ke sini akan membuatkan anda selalu diberikan kejutan sepanjang masa. Pusat membeli-belah yang dibina ala-ala tradisional arab yang dipenuhi dengan 75 kedai butik yang kebanyakannya menjual barangan antik, pakaian dan pelbagai barangan perhiasan. Anda boleh bersiar-siar di dalam bazar ini sambil melhat tanglung-tanglung yang dinyalakan sepanjang lorong dan laluan air. Di sini terkenal dengan butik terapi yang menawarkan perkidmatan dari atas hingga ke bawah di mana anda tidak akan jumpa tempat yang lebih baik dari sini. Kepada sesiapa yang menyukai rawatan untuk manicure, pedicure dan lain-lain, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke sini.

Souk Madinat
Barangan Antik
Rekaan dalam yang simple tapi unik
Ruang menjamu selera
Ruang rehat di Talise Spa
Pool kecil untuk memanjakan diri
Salah satu tempat menjamu selera

No comments:

Post a Comment