Countdown

5 November 2012

Santai POTO: Pin-pin Ampang Superbowl Diserang


Tanggal 3 November yang lepas POTO Leisure Group (PLG) telah menganjurkan Pertandingan Bowling PLG 2012 yang telah berlangsung di Ampang Superbowl Berjaya Times Square.



Sejak pukul 2.30 petang lagi Ampang Superbowl ini telah dipenuhi oleh gerombolan berbaju oren PLG walaupun pertandingan akan hanya bermula pada pukl 3.00 petang. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini telah disertai oleh kesemua syarikat yang bernaung di bawah PLG dan ground operator yang kami jemput bagi memeriahkan acara di mana sebanyak 30 buah pasukan telah bertanding yang melibatkan seramai 66 orang peserta.

Syukur Alhamdulillah pertandingan ini telah berjaya dengan jayanya. Begitu juga dengan objektif utamanya iaitu untuk mengumpulkan semua kakaitangan beramai-ramai dan mengeratkan lagi talian silaturrahim di antara semua yang bernaung di bawah PLG telah tercapai.


Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang kurang bernasib baik, terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka dan boleh tajamkan lagi skill anda untuk tahun hadapan. Heh heh heh...

Sampai kita bertanding lagi di tahun hadapan tahun 2013.