Countdown

6 August 2015

Ke Busan Kita (Bahagian Pertama)

Percutian merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Sekurang-kurangnya, dapat memecilkan diri dari dunia kerja yang sangat memenatkan. Hari-hari melalui masa yang sama, bangun pagi, mandi, pergi kerja, balik kerja, memasak dan tidur. Apabila dapat peluang untuk bercuti, hati bukan main lagi gembira tidak kepalang. Baru-baru ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman melancong ke negara Korea. 

Selalunya kita dengar-dengar orang gemar melancong dan tahu serba-sedikit mengenai Seoul, Korea Selatan. Mana tidaknya, hari-hari kita melihat drama korea yang penuh air mata dan tidak terlepas juga mendengar bait-bait lagu Kpop di corong radio atau MP3. Ada yang sanggup melanggan chanel khas Korea agar tidak terlepas menyaksikan artis baru video clip Kpop dan drama-drama terbaru yang hangat di laman sosial.

Tetapi mungkin tidak ramai mengenai Busan. Sebelum pergi melancong, saya membuat persediaan mengenai Busan. Pagi-pagi lagi saya akan sudah terduduk di depan laptop untuk membuat sedikit ‘research’ mengenai destinasi lawatan yang dikatakan telahpun mula menitip di bibir orang ramai. Jom baca!

Busan merupakan kota kedua terbesar di Korea Selatan setelah Kota Seoul yang terletak di tenggara Korea Selatan dan dikenali sebagai kota pelabuhan. Untuk pengetahuan anda, Busan pernah menjadi tuan rumah Sukan Asia 2002 ke-14, perlawanan akhir Korea/Jepun Piala Dunia 2002 dan sejak dari tahun 1995 telah menjadi tuan rumah setiap tahun Pusan ​​Festival Filem Antarabangsa.
Busan juga dikenali dengan “Ibu Kota Musim Panas” dimana disini pelancong dapat menemui pantai terbesar, sungai terpanjang dan landskap semulajadi yang paling indah di negara ini. Senyuman mesra yang sering dilemparkan oleh para penduduknya dan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun menjadikan busan sebagai sebuah tempat tarikan pelancong dan tempat percutian utama di hati penduduk tempatan.
Apa yang ingin saya kongsikan ialah tempat lawatan yang sayang kunjungi sepanjang berada di sana. Antaranya ialah Gamcheon Culture Villlage. Ia dikenali sebagai Macchu Picchu Korea kerana keindahan struktur bangunannya yang unik dan berdindingkan warna-warna pelangi yang tersusun di lereng bukit yang memang menarik minat bagi sesiapa yang memandang. Sebenarnya, ia merupakan kawasan perkampungan setinggan yang diubah menjadi sesuatu kelainan untuk tarikan pelancongan. Ya, sememangnya ia merupakan tempat kegemaran para pelancong jika datang ke Busan. Anda akan dapat lihat lukisan mural yang sangat cantik.  
Apabila menuju atau masuk ke Gamcheon Culture Village, dapatkan “Tourist Information Centre”, iaitu laluan map agar perjalanan dalam menerokai tempat ini lebih lancar dan tidak sesat kerana boleh dikatakan agak besar kawasan ini. Takut-takut nanti pening tidak tahu mana ingin dituju terlebih dahulu. Belum lagi kalau yang jenis yang suka mengambil gambar di setiap sudut. Terdapat satu tangga yang digelar sebagai “ Stairway of Stars” – If you climb the stair, you can see the stars on your head. Namun ianya sekadar metafora di mana tangga yang dinaiki itu tersangatlah tinggi. Bagus juga untuk senaman kalau pergi pada waktu pagi, boleh menguatkan jantung dan stamina!





Lawatan seterusnya adalah Yongdusan Park. Ia merupakan salah satu gunung yang popular di Busan. Ada maksud disebalik nama Yongdusan. “Yongdu” maksudnya kepala naga, dan “san” bermaksud gunung. Dengar-dengar ada yang mengatakan bahawa taman gunung ini menyerupai kepala naga yang baru muncul dari laut. Kiranya, orang ramai berfikir bahawa terdapat suatu semangat atau roh untuk menentang dan menghalau musuh yang cuba datang ke laut. Entah betul entah tidak.

Kini, Yongdusan Park merupakan taman yang paling popular di Busan. Dari Yongdusan Park anda boleh lihat 360 darjah panorama seluruh Busan dengan pemandangan laut biru, pelabuhan, bukit-bukit, jambatan yang mengagumkan, kapal dan bot nelayan kecil. Taman Yongdusan juga telah menjadi tempat berkumpul warga Busan dari segala usia. Ada permainan kanak-kanak, pedagang makanan dan pemandangan yang indah, menjadikan taman Yongdusan selalu dikunjungi terutama pada petang hari. Setiap hujung minggu, taman ini akan dipenuhi oleh manusia kerana terdapatnya pertunjukan tari tradisional dan kesenian.

Sambil itu, boleh melawat Menara Busan yang terletak di dalam Yongdusan Park. Menara yang mempunyai ketinggian 118 meter ini menawarkan panorama indah seluruh kota Busan menjadikan lokasi ini sebagai tarikan pelancong yang popular. Menara yang menjadi landmark kota Busan ini dibangunkan pada tahun 1973.
Sebagai sebuah kota pelabutan yang ke-5 tersibuk di seluruh dunia, di menara ini anda akan dapat menyaksikan kapal kargo yang sedang beroperasi. Pelabuhan ini tidak pernah sepi dan panorama kota pada malam hari adalah sangat indah. Disini anda boleh merakam pelbagai aktiviti harian kota Busan. Serupa seperti di Menara Seoul, disini juga anda boleh meterai cinta anda dengan meletak mangga kunci yang menghiasi pagar disekeliling menara, atau anda boleh berikan jagung kepada merpati yang ada di sana.








Menjadi suatu keinginan atau “bucket list” untuk melawat ke Masjid Busan apabila sampai di sana. Kata orang, tidak lengkap perjalanan kalau tidak singgah di sana. Masjid ini adalah di antara masjid terbesar di Busan. Terdapat restoran halal berhampirannya, iaitu makanan Turki. Bolehlah menjamah setelah selesai menunaikan solat. Menjadi satu kewajipan untuk melawat masjid yang ada,  kerana saya ingin melihat rumah Allah dari pelbagai tempat. Dikatakan masjid Busan ini merupakan masjid kedua yang dibina di Korea Selatan. Ianya telah didirikan pada tahun 1980, daripada hasil kutipan derma oleh Dr al-Falaq, iaitu dermawan Libya.
Oleh sebab itu, ia menjadi tumpuan para muslim di sekitar Ulsan, Gyeongnam, daegu dan Gyeongbuk untuk beribadah. Masjid ini juga telah menerima sumbangan dari kerajaan Turki untuk pengubahsuaian bahagian dalaman masjid agar lebih kepada berkonsepkan seni islam. Ruangan masjid agak “spacious” dan bersih membuatkan diri ini sangat selesa untuk menunaikan solat . Jangan risau jika anda pergi ketika musim sejuk, kerana tempat air wuduknya mempunya air panas dan juga sejuk. Pusing pili air itu ke kanan dan tunggu beberapa seketika sehingga air terasa hangat. Jangan pula dipusingkan ke kiri, nanti tidak panas-panas airnya nanti.



Ok, selesai mengenai masjid Busan, sekarang saya ingin kongsikan pula mengenai Gukje Market. Di sinilah anda boleh “shopping souvenir” untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti. Adalah kenangan sepanjang anda berada di Busan, bukan? Anda boleh juga dapatkan jaket, seluar senaman atau kasut ala-ala “korean style” di sini. Gukje market juga popular dengan ais krim Turki. Ramai orang korea sanggup beratur panjang untuk dapatkan ais krim terhangat di pasaran ini.
Kalau ingin dapatkan barang cenderahati yang lebih murah seperti beg duit, mangkuk dan baju-baju boleh cuba beli di terowong bawah tanah pasar ini. Saya sempat membeli key chain, fridge magnet, beberapa helai baju sebagai tanda kenang-kenangan. Ha! Ada juga bantal herba. Yang menariknya, anda akan dapat menghidu bari wangi herba bila anda baring di bantal itu.




Kimchi!
Bagi yang sukakan suasana pantai, mesti pergi ke Gwangalli Beach. Pantai ini mempunyai panjang sekitar 1.4 km, luas sebesar 64 m serta pasirnya yang halus mulus. Pantai ini menjalankan program pembersihan untuk membersihkan air. Hal ini membuatkan ramai nelayan yang tertarik, di samping pengunjung boleh menikmati ikan mentah yang baru ditangkap.
Di sini juga boleh melakukan aktiviti seperti surfing dan ski air. Rata-rata pantai ini selalu dibanjiri oleh golongan berumur 20 hingga 30-an. Mungkin kerana terdapat panggung konsert, iaitu Busan Ocean Festival yang mempunyai pelbagai program atau acara diadakan. Kawasan ini mempunyai muzium, pusat kebudayaan dan pawagam untuk teater dan filem.  Bukan itu sahaja, terdapat juga galeri seni, stesen televisyen serta kedai-kedai  menjual barangan fesyen berjenama Korea dan luar negara yang lain.
Yang menarik mengenai pantai ini ialah terdapat satu jambatan yang dipanggil sebagai Diamond Bridge. Anda akan nampak kecantikan ketika waktu malam kerana ianya dihiasi dengan lampu-lampu. Ketika itu jam menunjukkan jarum 6. Sanggup tunggu hingga malam semata-mata ingin melihat keindahan jambatan itu.




Saya pun membeli secawan kopi panas untuk menghangatkan badan ini seketika. Yang kelakarnya, apabila dapat menangkap gambar jambatan itu bila malam sudah menjelma, saya pulang ke hotel. Mungkin kerana impian sudah tercapai, walaupun terpaksa menunggu agak lama.

Malam itu saya rehatkan diri di hotel, mengecas badan yang agak lemau sehari suntuk berjalan-jalan. Penat tapi seronok! Harap hari esok akan lebih menggamit banyak memori indah untuk dibawa pulang kenangan itu ke Tanah air nanti. (bersambung…)

9 comments:

  1. terimakasih banyak sangat membantu sekali...

    ReplyDelete
  2. Inyaallah satu Hari nanti akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  3. mohon quatation ke busan dan seol email me at roslinda@mpc.gov.my for next year around march cuti sekolah TQ

    ReplyDelete
  4. mohon quatation ke busan dan seol email me at roslinda@mpc.gov.my for next year around march cuti sekolah TQ

    ReplyDelete
  5. salam, maaf di atas kelewatan.
    8H 6M KOREA JEJU
    (ALL IN HALFBOARD)


    TEMPAT LAWATAN : Itaewon Market - Everland - Jeju Island - Nami Island
    TARIKH PERLEPASAN : 19 Mar' 16
    Dewasa
    RM 4,466

    6H 4M KOREA SAIGON
    (ALL IN HALFBOARD)


    TEMPAT LAWATAN : Nami Island - Everland - Namdaemun Market - Ben Thanh Market
    TARIKH PERLEPASAN : 27 Jan' / 23 Feb' / 22 Mar' 16
    Dewasa
    RM 3,393

    8H 6M KOREA BUSAN
    (ALL IN HALFBOARD)


    TEMPAT LAWATAN : Busan - Namiseom - Everland - Seoul
    TARIKH PERLEPASAN : 20 Feb' 16
    Dewasa
    RM 4,326

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum
    selamat pagi
    saya berminat membawa anak ke korea untuk melancong
    dari tiket flight .. perbezaan ketara ketibaan di seoul dan busan
    jika mendarat di busan adakah apa-apa yg terlepas atau kekurangan
    harap dapat resppnd
    terimakasih
    wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam
    Jika tidak keberatan, mohon saudari kongsi itinerary hidayah.ermana@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Gambar2 yang dipaparkan sangat cantik...

    ReplyDelete
  9. Salam. Menarik itinerary ni. Boleh try jugak pergi ke Oryukdo Skywalk dan Dongbaek Island. Salam kenal dari saya dari Ulsan, Korea

    ReplyDelete