Countdown

22 December 2014

6 Barang Percuma Boleh Ambil Dari Hotel



Mungkin ada di antara anda yang gemar untuk membawa pulang barangan apabila menginap di hotel sebagai tanda kenang-kenangan. Di sini, kami ingin kongsikan sedikit barang-barangan yang selalu diambil dari hotel dan jangan risau kerana tiada sesiapa yang akan memarahi!

Sarapan Pagi
Pastikan sarapan pagi termasuk di dalam tempahan hotel. Jangan lupa untuk makan dan tambah banyak kali memandangkan ianya percuma. Jangan pula kupon itu dihilangkan kerana sesetengah hotel akan memeriksa kupon anda. 

Kelengkapan Dandan Diri (Toiletries)
Tidak perlu risau jika terlupa untuk bawa syampu dan sabun ada kerana selalunya, hotel ada menyediakan kelengkapan ini. Ianya mudah dibawa ke mana-mana kerana bentuknya yang kecil dan boleh untuk kegunaan yang lain.

Botol Mineral

Kadang-kadang, kita rasa teruja dengan botol mineral di hotel dan ingin membawanya pulang walapun rasanya sama sahaja. Mungkin kerana sesetengah hotel mempunyai labelnya yang tersendiri dan unik? Atau boleh membawa ketika berjalan-jalan supaya anda tidak perlu membeli minuman yang lain. Kan jimat!

Suratkhabar
Walaupun anda sudah tidak membaca suratkhabar dan hanya melihat di laman web, tetapi ianya percuma! Sekurang-kurangnya adan boleh gunakannya untuk membungkus barangan yang lain atau yang lain-lain.

WiFi
Ya! Ia adalah paling penting bukan sahaja ketika melancong tetapi ke mana-mana saja. Semua hotel menyediakan perkhidmatan Wifi secara percuma, walaupun ianya bukan barang tetapi ia sudah menjadi satu keperluan!

Jadi, selagi ianya percuma, tidak salahkan kalau kita ambil sebagai tanda kenang-kenangan?

15 December 2014

Lokasi Cuti Sekolah Anda Harus Pergi

ARTIKEL ASAL DARI LAMAN SESAWANG RASMI LIBUR.

I City Shah Alam & I City Water World

Lokasi Cuti Sekolah Anda Harus Pergi
Anda sudah mula menyusun cuti untuk dihabiskan sepanjang hujung tahun ini bersama anak-anak. Jika anda buntu mencari lokasi apa yang sesuai untuk dibawa bersama anak-anak sempena cuti sekolah ini, diharap entri kali ini boleh menyelesaikan masalah anda. Tidak perlu ke luar negara  kerana di Malaysia pun macam-macam ada!

Legoland, Johor
Taman Tema bertaraf antarabangsa yang terletak di Nusajaya ini dikatakan lokasi yang sentiasa ada di dalam 'wish list' kanak-kanak.  Legoland pertama di Asia dan yang keenam di dunia ini menyediakan pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik untuk dicuba. Selain taman tema, perkhidmatan hotel yang penuh dengan miniatur lego, permainan air, movie 4D dan banyak lagi memang untuk anda yang dibesarkan dengan permainan lego.

Aquaria KLCC, Kuala Lumpur
Aquaria KLCC atau Aquarium KLCC merupakan taman hidupan akuatik bawah tanah seluas 60000 kaki persegi di Menara Berkembar Petronas. Antara tarikan utama Aquaria adalah terowong air 90 meter dengan travelator di mana anda boleh melihat hidupan laut berenang. Anda juga boleh melihat penyelam terlatih memberi makan hidupan di sini selain mahu merasa pengalaman santai dengan berkunjung ke Spa Ikan untuk merasa gigitan kecil ikan menggigit kaki anda!

I City Shah Alam & I City Water World
Lokasi yang mudah dicari ini memang lokasi buat anda yang gemar berjalan-jalan di bawah lampu berwarna-warni lagi terang benderang. Selain tarikan lampu hampir satu juta lampu LED, tarikan lain adalah Red Carpet, muzium Trick Art, rumah salji Snowalk, taman tema air Waterworld dan banyak lagi. Kemudahan penginapan juga ada disediakan apabila hotel I City baru saja dilancarkan.

Melaka Wonderland, Melaka
Terletak di Ayer Keroh dengan jarak kira-kira 15 minit dari bandar raya Melaka ini dilengkapi taman tema air. Melaka Wonderland yang dikelilingi hutan seluas 360 hektar ini menyediakan  Tornado Chaser, Adventure Island, Kamikaze, 1Big Wave dan pelbagai aktiviti lasak untuk dicuba. Melaka Wonderland ini bermula jam 11 pagi hingga 7 malam pada setiap hari termasuk cuti umum dan cuti persekolahan.

Zoo Taiping & Night Safari, Perak
Zoo waktu malam yang pertama di Malaysia ini bukan saja menjadi lokasi kegemaran kanak-kanak melihat binatang tetapi menjadi pusat ilmu pengetahuan buat mereka. Baru-baru ini, Zoo Taiping Night Safari telah menerima kelahiran baru seekor anak cimpanzi dan dua burung keria mahkota pada bulan September dan Oktober lalu. Terdapat dua pameran baharu diwujudkan membabitkan gajah Sungai Perak dan dan Pandu Lalu Savanah Afrika.

The Carnival Waterpark, Kedah
Meskipun keluasannya kecil sedikit berbanding taman tema yang lain tetapi lokasi ini sesuai buat anda yang tidak suka suasana 'serabut'. Sekurang-kurangnya anda tidak pening kepala mengejar anak-anak anda yang aktif! Antara tarikan The Carnival Waterpark ini terdapat padang paintball, jalan-jalan naik motosikal tiga roda sekitar Carnival, permainan air, panggung wayang 7D dan banyak lagi. Paling menarik, perbelanjaan di sini lebih murah!

Kinabalu National Park, Sabah
Digelar sebagai Warisan Pertama Dunia Malaysia oleh UNESCO atas nilai sejagat dan tempat puncak paling tinggi di Asia Tenggara, Taman Kinabalu adalah rumah kepada pelbagai tumbuhan yang unik seperti  periuk kera. Jika anda penggemar burung, terdapat lebih dari 250 spisis burung boleh didapati disini. Taman ini adalah tempat percutian yang paling digemari samada untuk tinggal sehari atau berminggu bagi menerokai khazanah eko yang tidak kehabisan dan jarang dijumpai.

Kampung Budaya, Sarawak
Hanya 45 minit dari bandar Kuching, Kampung Budaya digelar muzium hidup yang dibina untuk pengunjung mengetahui kehidupan masyarakat etnik Sarawak dengan lebih dekat. Di sini, anda boleh merasa pengalaman masuk ke dalam replika rumah etnik pelbagai kaum. Paling menarik, terdapat tempat meletak kepala musuh yang dipenggal pada zaman dahulu serta tempat menyimpan senjata penduduk yang tinggal di rumah panjang.

Ini hanyalah sebahagian lokasi yang pernah dikunjung oleh rakan-rakan. Nah... Terbukti Malaysia mempunyai banyak lokasi menarik untuk dituju sempena cuti sekolah. Sambil bergembira, anak-anak juga boleh menimba ilmu. Tak gitu?

27 November 2014

Kesilapan Apabila Melancong Yang Perlu Dielakkan




Kadang-kala, perkara yang remeh kita jarang mengambil peduli. Namun, tahukah perkara yang remeh itulah selalu yang akan menyusahkan kita di kemudian hari. Ada beberapa kesilapan yang sering kali terlepas pandang ketika melancong di luar negara. Antaranya ialah:

Tiada check-list – Ia memang nampak mudah tetapi sangat-sangat penting apabila ingin melancong. Tidak perlu terlalu susah, hanya senaraikan barangan yang ingin dibawa, aktiviti yang ingin dilakukan, destinasi yang ingin dituju dan lain-lain lagi. Ia adalah penting bagi memudahkan percutian kita lagi-lagi tenpat yang kita kurang biasa.

Lupa atau tidak tukar duit – Haaa! Ini juga merupakan salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan. Adalah dinasihatkan untuk tukar mata wang terlebih dahulu di Malaysia. Biar duit itu terlebih tetapi jangan terkurang. Kalau tidak akan menyusahkan nanti. Nak mencari money changer pun satu hal juga kan? Sekaligus boleh menghilangkan mood bercuti anda.

Beg lebih muatan – Tidak perlu membawa pakaian terlalu banyak kerana kemungkinan anda akan membeli pakaian baru di sana. Sesetengah pakaian boleh diulang pakai seperti seluar jean atau jaket. Jadi, boleh menjimatkan ruang beg dan boleh diisi dengan barangan yang lain.

Tidak bawa ubat –  Ubat-ubatan perlu dibawa sebagai langkah pencegahan semasa melancong. Tidak perlu risau jika jatuh sakit yang tidak serius. Apa kata berjumpa dan dapatkan nasihat doktor sebelum bercuti. Jadi kita akan lebih berjaga-jaga agar tidak mudah jatuh sakit. Membazir jika jatuh sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik sana bukan? Antara ubat-ubatan asas yang perlu dibawa adalah minyak angin, pil sakit perut, anti septik, paracetamol, plaster dan pembalut jika perlu.

Tiada bekalan makanan – Bagi anda yang beragama Islam, mungkin agak sukar untuk mencari kawasan yang terdapat makanan halal bagi sesetengah negara. Maka, adalah lebih baik jika membawa bekal seperti roti, biskut, sambal ikan bilis, kudap-kudap atau mi segera agar tidak kebuluran ketika bercuti.

Tiada ketua – Mesti kita akan ada ketua apabila ingin melancong dan boleh menjadi ‘kepala’ yang boleh diharap untuk menyimpan semua dokumen-dokumen penting seperti tiket, passport, hotel, baucar dan lain-lain. Biasanya orang yang menjadi ‘kepala’ atau ketua sangat terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Membawa ketua membuatkan perjalanan anda lebih seronok, selamat & tidak perlu gusar!

*Terdapat beberapa lagi kesalahan-kesalahan ketika melancong. Bercuti ini memerlukan duit yang banyak, maka perancangan perlulah dilakukan dengan teliti agar tidak berasa ralat di kemudian hari. Anda ada tips melancong? Jom kongsi bersama kami di sini! :)

24 November 2014

Promosi AKHIR TAHUN "MALAYSIA AIRLINES WORLDWIDE"

Promosi AKHIR TAHUN "MALAYSIA AIRLINES WORLDWIDE". 

DAPATKAN SEKARANG! Promosi hanya sah sehingga 3 DISEMBER 2014.

Hubungi bahagian Ticketing di talian 0392001039 sekarang atau emel ke ticketinghq@pototravel.com.my

HARGA TIKET PENERBANGAN SAHAJA. 
TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT.








20 November 2014

Rancang Percutian Istimewa Anda bersama Warga Emas!




Berpeluang untuk ke luar negara sememangnya menjadi setiap idaman manusia. Melihat keindahan negara & menikmati kecantikannya, siapa tidak mahukan? Jika ingin melancong bersama warga emas, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil agar sesuatu perjalanan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang melanda.

          Periksa Kesihatan sebelum Bercuti

Pastikan anda membawa ibu bapa anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk memeriksa tahap kesihatan mereka. Tidak mustahil lagi-lagi pada usia sebegini pelbagai penyakit yang akan menimpa. Jika perlu, lakukan rawatan rapi sebelum melancong dan mengikuti apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

          Bekalan Ubat

Adalah dinasihatkan untuk sentiasa membawa bekalan ubat walaupun tidak mempunyai penyakit kronik sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau boleh, labelkan setiap ubat agar tidak keliru atau tersalah sewaktu kecemasan. Sentiasa bersiap-sedia dengan ubat-ubatan mengikut keadaan dan destinasi yang dituju.

          Jaga Pemakanan

Biasalah tiap kali melancong, pantang nampak makanan yang agak-agak macam tiada di Malaysia, mesti nak cuba. Namun perlu diingatkan, makanlah pada kadar dan kuantiti yang sikit sekadar untuk merasa. Jangan nanti ada pula yang kena sorong ke hospital.

    Minum Air yang banyak

Minumlah air kosong dengan banyak lagi-lagi bila tidak biasa dengan suasana empat musim bagi mengelakkan hidrasi. Minum air yang banyak bukan sahaja tidak akan memudaratkan diri bahkan badan akan sentiasa segar dan tidak mudah letih. Penyakit juga akan kurang menyerang.

    Guna Kemudahan yang diberikan

Jika diri ini perlu menggunakan kerusi roda, usah malu kerana ia masih boleh membawa mereka berjalan-jalan mengelilingi dunia. Jangan jadikan berkerusi roda sebagai sekatan untuk bersuka-ria mahupun menikmati keindahan negara asing.


Bukan itu sahaja, bawalah pakaian yang sesuai dengan cuaca dan rehat yang mencukupi. Sekali-sekala apa salahnya membawa warga emas berjalan-jalan kerana ia merupakan cuti rehat yang paling berharga buat mereka! Jom melancong!

11 November 2014

Melancong Ke Buat Salah?

Artikel asal dari laman sesawang LIBUR.


Ada beberapa kesilapan yang selalu dibuat ketika bercuti di luar negara. Ikuti entri ini untuk mengetahui kesilapan klise yang selalu dibuat ketika percutian luar negara.

Beg lebih muatan – Jangan sesekali membawa beg yang terlebih muatan. Jika anda ke luar negara, kemungkinan anda akan membeli pakaian baru di sana. Jadi buat apalah bawa baju lebih-lebih. Sesetengah pakaian seperti jaket dan seluar jean kan boleh diulang pakai?

Tak ada ‘check-list’ – Tidak perlu yang terlalu rumit. Cukuplah sekadar satu senarai yang memudahkan anda tentang apa yang perlu dibawa, ke mana mahu pergi, dan aktiviti apa boleh dibuat ketika bercuti. Memandangkan kita tidak biasa dengan tempat itu, eloklah ada ‘check-list’ untuk memudahkan percutian kita.

Tinggal ubat – Ketika bercuti, anda perlu bawa ubat-ubatan asas. Bukan apa, jika sakit yang tidak serius, anda boleh merawatnya sendiri. Bukankah membazir jika anda jatuh sakit ketika bercuti dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik di sana? Jadi bersedialah dengan membawa ubat-ubatan seperti paracetamol, minyak angin, minyak urut, pil sakit perut, anti septik, dan mungkin plaster dan pembalut.

Tak tukar duit – Tak bagus! Sebaiknya sebelum anda keluar negara, tukarlah matawang di Malaysia terlebih dahulu. Kita sudah tahu tempat yang bagus dan urusannya juga lebih mudah. Bawa duit lebih tidak mengapa, jangan kurang. Menyusahkan nanti!

Tak ada ‘kepala’ – ‘Kepala’ yang dimaksudkan adalah seseorang yang boleh diharap untuk menyimpan semua dokumen penting seperti pasport, tiket, baucer hotel, dan apa sahaja yang penting. biasanya ‘kepala’ adalah orang yang lebih terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Membawa ‘kepala’ ketika bercuit membuatkan anda lebih yakin dan selamat, terutamanya jika anda jenis yang ‘main redah’ saja.

Tak bawa bekal – Bagi anda yang beragama Islam, mungkin sukar untuk mencari tempat makan halal di negara-negara tertentu. Jadi, bawalah bekal seperti sambal ikan bilis, roti, biskut, dan mi segera supaya anda tidak kelaparan ketika melancong.

*Banyak lagi kesalahan ketika melancong, tetapi ini yang paling asas. Percutian ke negara luar dan memerlukan belanja yang agak besar memerlukan perancangan yang teliti. Apa tip anda ketika bercuti di luar negara?

Jom follow media sosial kami di :
Facebook : www.facebook.com/majalah.libur
Instagram : @majalahlibur
Twitter : @MajalahLibur             
Youtube : majalah libur

31 October 2014

BERITA BAIK! BONANZA 6- PROMOSI "EARLY BIRD" DILANJUTKAN SEHINGGA 9 NOVEMBER 2014!


Atas permintaan ramai serta sebagai penghargaan kepada pelanggan setia yang tidak putus-putus menyokong kami, POTO Travel & Tours dengan rasa berbesar hati ingin melanjutkan promosi "early bird" Bonanza 6 sehingga 9 November 2014.

Tempah destinasi impian anda sekarang!
Hubungi 0392006640 atau emel ke info@pototravel.com.my
Lawati website kami: www.pototravel.com.my

Boleh juga terus walk-in ke pejabat kami di alamat 68-3-3, Aras 3, Dataran Shamelin, No 68, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

Operasi waktu pejabat:
Isnin-Jumaat (9pg-5.30ptg)
Sabtu (9pg-1ptg)
Ahad & cuti umum (tutup)

Hubungi cawangan terdekat anda!
Putrajaya: 03 8888 8640/ putrajaya@pototravel.com.my
Seremban: 06 763 0112/ seremban@pototravel.com.my
Segamat: 07 943 6643/ segamat@pototravel.com.my
Johor Bahru: 07 234 6640/ jb@pototravel.com.my
Kuching: 08 224 1098/ kuching@pototravel.com.my
Kuantan: 019 649 4479 (Pn Zarina)

21 October 2014

Pakej Melancong Bonanza Siri 6 Perlepasan Januari - Mac 2015