Ada beberapa kesilapan yang selalu dibuat ketika bercuti di luar negara. Ikuti entri ini untuk mengetahui kesilapan klise yang selalu dibuat ketika percutian luar negara.

Beg lebih muatan – Jangan sesekali membawa beg yang terlebih muatan. Jika anda ke luar negara, kemungkinan anda akan membeli pakaian baru di sana. Jadi buat apalah bawa baju lebih-lebih. Sesetengah pakaian seperti jaket dan seluar jean kan boleh diulang pakai?

Tak ada ‘check-list’ – Tidak perlu yang terlalu rumit. Cukuplah sekadar satu senarai yang memudahkan anda tentang apa yang perlu dibawa, ke mana mahu pergi, dan aktiviti apa boleh dibuat ketika bercuti. Memandangkan kita tidak biasa dengan tempat itu, eloklah ada ‘check-list’ untuk memudahkan percutian kita.

Tinggal ubat – Ketika bercuti, anda perlu bawa ubat-ubatan asas. Bukan apa, jika sakit yang tidak serius, anda boleh merawatnya sendiri. Bukankah membazir jika anda jatuh sakit ketika bercuti dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik di sana? Jadi bersedialah dengan membawa ubat-ubatan seperti paracetamol, minyak angin, minyak urut, pil sakit perut, anti septik, dan mungkin plaster dan pembalut.

Tak tukar duit – Tak bagus! Sebaiknya sebelum anda keluar negara, tukarlah matawang di Malaysia terlebih dahulu. Kita sudah tahu tempat yang bagus dan urusannya juga lebih mudah. Bawa duit lebih tidak mengapa, jangan kurang. Menyusahkan nanti!

Tak ada ‘kepala’ – ‘Kepala’ yang dimaksudkan adalah seseorang yang boleh diharap untuk menyimpan semua dokumen penting seperti pasport, tiket, baucer hotel, dan apa sahaja yang penting. biasanya ‘kepala’ adalah orang yang lebih terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Membawa ‘kepala’ ketika bercuit membuatkan anda lebih yakin dan selamat, terutamanya jika anda jenis yang ‘main redah’ saja.

Tak bawa bekal – Bagi anda yang beragama Islam, mungkin sukar untuk mencari tempat makan halal di negara-negara tertentu. Jadi, bawalah bekal seperti sambal ikan bilis, roti, biskut, dan mi segera supaya anda tidak kelaparan ketika melancong.

*Banyak lagi kesalahan ketika melancong, tetapi ini yang paling asas. Percutian ke negara luar dan memerlukan belanja yang agak besar memerlukan perancangan yang teliti. Apa tip anda ketika bercuti di luar negara?

Jom follow media sosial kami di :
Facebook : www.facebook.com/majalah.libur
Instagram : @majalahlibur
Twitter : @MajalahLibur             
Youtube : majalah libur