Kadang-kala, perkara yang remeh kita jarang mengambil peduli. Namun, tahukah perkara yang remeh itulah selalu yang akan menyusahkan kita di kemudian hari. Ada beberapa kesilapan yang sering kali terlepas pandang ketika melancong di luar negara. Antaranya ialah:
Tiada check-list – Ia memang nampak mudah tetapi sangat-sangat penting apabila ingin melancong. Tidak perlu terlalu susah, hanya senaraikan barangan yang ingin dibawa, aktiviti yang ingin dilakukan, destinasi yang ingin dituju dan lain-lain lagi. Ia adalah penting bagi memudahkan percutian kita lagi-lagi tenpat yang kita kurang biasa.
Lupa atau tidak tukar duit – Haaa! Ini juga merupakan salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan. Adalah dinasihatkan untuk tukar mata wang terlebih dahulu di Malaysia. Biar duit itu terlebih tetapi jangan terkurang. Kalau tidak akan menyusahkan nanti. Nak mencari money changer pun satu hal juga kan? Sekaligus boleh menghilangkan mood bercuti anda.
Beg lebih muatan – Tidak perlu membawa pakaian terlalu banyak kerana kemungkinan anda akan membeli pakaian baru di sana. Sesetengah pakaian boleh diulang pakai seperti seluar jean atau jaket. Jadi, boleh menjimatkan ruang beg dan boleh diisi dengan barangan yang lain.
Tidak bawa ubat – Ubat-ubatan perlu dibawa sebagai langkah pencegahan semasa melancong. Tidak perlu risau jika jatuh sakit yang tidak serius. Apa kata berjumpa dan dapatkan nasihat doktor sebelum bercuti. Jadi kita akan lebih berjaga-jaga agar tidak mudah jatuh sakit. Membazir jika jatuh sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik sana bukan? Antara ubat-ubatan asas yang perlu dibawa adalah minyak angin, pil sakit perut, anti septik, paracetamol, plaster dan pembalut jika perlu.
Tiada bekalan makanan – Bagi anda yang beragama Islam, mungkin agak sukar untuk mencari kawasan yang terdapat makanan halal bagi sesetengah negara. Maka, adalah lebih baik jika membawa bekal seperti roti, biskut, sambal ikan bilis, kudap-kudap atau mi segera agar tidak kebuluran ketika bercuti.
Tiada ketua – Mesti kita akan ada ketua apabila ingin melancong dan boleh menjadi ‘kepala’ yang boleh diharap untuk menyimpan semua dokumen-dokumen penting seperti tiket, passport, hotel, baucar dan lain-lain. Biasanya orang yang menjadi ‘kepala’ atau ketua sangat terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Membawa ketua membuatkan perjalanan anda lebih seronok, selamat & tidak perlu gusar!
*Terdapat beberapa lagi kesalahan-kesalahan ketika melancong. Bercuti ini memerlukan duit yang banyak, maka perancangan perlulah dilakukan dengan teliti agar tidak berasa ralat di kemudian hari. Anda ada tips melancong? Jom kongsi bersama kami di sini! :)
No comments:
Post a Comment