Berpeluang untuk ke luar negara
sememangnya menjadi setiap idaman manusia. Melihat keindahan negara &
menikmati kecantikannya, siapa tidak mahukan? Jika ingin melancong bersama warga
emas, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil agar sesuatu perjalanan itu
berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang melanda.
Periksa Kesihatan sebelum Bercuti
Pastikan anda membawa ibu bapa anda
berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk memeriksa tahap kesihatan mereka.
Tidak mustahil lagi-lagi pada usia sebegini pelbagai penyakit yang akan menimpa.
Jika perlu, lakukan rawatan rapi sebelum melancong dan mengikuti apa yang boleh
dan tidak boleh dilakukan.
Bekalan Ubat
Adalah dinasihatkan untuk sentiasa membawa
bekalan ubat walaupun tidak mempunyai penyakit kronik sebagai langkah
berjaga-jaga. Kalau boleh, labelkan setiap ubat agar tidak keliru atau tersalah
sewaktu kecemasan. Sentiasa bersiap-sedia dengan ubat-ubatan mengikut keadaan
dan destinasi yang dituju.
Jaga Pemakanan
Biasalah tiap kali melancong, pantang
nampak makanan yang agak-agak macam tiada di Malaysia, mesti nak cuba. Namun
perlu diingatkan, makanlah pada kadar dan kuantiti yang sikit sekadar untuk
merasa. Jangan nanti ada pula yang kena sorong ke hospital.
Minum Air yang banyak
Minumlah air kosong dengan banyak
lagi-lagi bila tidak biasa dengan suasana empat musim bagi mengelakkan hidrasi.
Minum air yang banyak bukan sahaja tidak akan memudaratkan diri bahkan badan
akan sentiasa segar dan tidak mudah letih. Penyakit juga akan kurang menyerang.
Guna Kemudahan yang diberikan
Jika diri ini perlu menggunakan kerusi
roda, usah malu kerana ia masih boleh membawa mereka berjalan-jalan
mengelilingi dunia. Jangan jadikan berkerusi roda sebagai sekatan untuk
bersuka-ria mahupun menikmati keindahan negara asing.
Bukan itu sahaja, bawalah pakaian yang
sesuai dengan cuaca dan rehat yang mencukupi. Sekali-sekala apa salahnya
membawa warga emas berjalan-jalan kerana ia merupakan cuti rehat yang paling
berharga buat mereka! Jom melancong!
No comments:
Post a Comment