Countdown

29 January 2015

Kenangan Indah Hari Pertama di Star Cruise Libra (Hari ke-2)

Kami memulakan hari kedua dengan bersarapan di Four Season Restoran. Seperti mana yang sedia maklum sebelum ini,  hanya terdapat satu restoran sahaja yang mendapat pengiktirafan Halal dari Jakim  iaitu Spices Restaurant. Walaubagaimanapun, restoran Spices ini tidak dibuka untuk sarapan pagi. Tapi jangan risau. Terdapat restoran-restoran yang boleh untuk bersarapan antaranya Restoran Four Season dan juga Marine Buffet yang bercirikan “Pork Free”. Ingin dimaklumkan bahawa terdapat sebuah restoran yang TIDAK HALAL iaitu Restoran Ocean Palace.  Kami memulakan sesi sarapan pada jam 9 pagi.

Pada jam 9.30pagi kami memulakan sesi “recce” kami dengan melawat bilik-bilik yang terdapat di dalam kapal ini. Untuk pengetahuan semua, terdapat pelbagai jenis kategori bilik yang disediakan antaranya ialah

1.     Bilik Dalaman
2.     Bilik Bertingkap pemandangan laut terhalang
3.     Bilik pemandangan laut berpintu angin
4.     Bilik pemandangan laut bertingkap
Sekiranya inginkan bilik yang lebih mewah, bolehlah menempah bilik mewah dengan pemandangan laut iaitu Bilik Suite Junior ataupun bilik Suite Eksekutif


Bilik pemandangan laut (L shape)


Bilik mewah pemandangan terhalang


Selain dari melakukan pemeriksaan terhadap bilik, kami turut melakukan pemeriksaan terhadap perkhidmatan – perkhidmatan lain antaranya “Golf Cage”, Gelanggang Bola Keranjang, Gimnasium dan pelbagai lagi. Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, jangan risau kerana terdapat perkhidmatan “Child Care Centre”. Pusat jagaan kanak-kanak ini dibuka setiap hari. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan ada disediakan.



Child care centre

Gimnasium


Basketball court

Tanpa kami sedari hampir 3 jam kami menjalankan  tugas pemeriksaan bilik dan kemudahan di atas kapal. Perut pun berbunyi mohon untuk diisi. Tanpa berlengah, kami terus menuju ke Spices Restaurant untuk menikmati hidangan makan tengahari. Pelbagai menu disediakan untuk makan tengahari yang menyelerakan.
Hari ini juga hari yang dinantikan kerana kami akan keluar dari kapal untuk mengadakan lawatan ke Phuket. Aturcara hari ini, kapal berlabuh di Pelabuhan Laut Dalam Ao Ma Kham. Tepat jam 12.30 tengahari, kami diminta untuk berkumpul di Stardust Lounge mengikut pelekat-pelekat pakej lawatan pilihan yang telah dibeli. Pakej lawatan tambahan yang kami pilih adalah lawatan sekitar Phuket dan juga membeli belah (Shopping & Sightseeing).



Lebih kurang jam 1 petang, kami bergerak keluar dari kapal menuju ke Bas yang ditetapkan. Bas yang kami naiki bernombor 19 dan pemandu pelancong kami adalah En. Godi.

Destinasi pertama kami di Phuket adalah Promthep Cave. Perjalanan dari pelabuhan mengambil masa selama 40 minit. Setibanya kami di sana, kami dapat melihat pemandangan yang amat menakjubkan. Kami diberi masa selama 20 minit untuk mengambil gambar sebagai kenangan.




Dah nama pun “Shopping & Sightseeing”, destinasi kami seterusnya adalah membeli belah di kedai gajus, Gedung barang perhiasan dan juga Phuket Premium Outlet. Di sana pengunjung dapat membeli baju dan kraftangan tempatan untuk di bawa pulang sebagai cenderamata untuk keluarga dan sahabat-handai.



Kedai menjual Gajus


Destinasi seterusnya sebelum kembali ke kapal adalah melawat sekitar Pantai Patong. Kami diberi masa selama 2 jam untuk bersiar-siar di kawasan sekitar. Terdapat banyak kedai makan dan juga tempat membeli belah. Memandangkan kami tidak sempat untuk makan malam di dalam kapal, kami telah menikmati makan malam di sebuah kedai makan yang terdapat di medan selera di Jungceylon Shopping Complex.  Terdapat 2 buah kedai makan yang halal. Pelbagai menu makanan yang dijual dan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Antara menu hidangan yang dipilih adalah nasi putih tomyam, telur dadar, nasi goreng tomyam dan pelbagai lagi. Makanannya sangat sedap!


Pemandangan matahari terbenam di Pantai Patong



Jungceylon Shopping Complex. 

Apabila selesai sahaja menikmati makan malam yang sangat lazat, kami meneruskan perjalanan kembali ke kapal. Kami telah dinasihatkan untuk kembali ke kapal selewat-lewatnya  2 jam sebelum kapal bergerak dari pelabuhan Phuket. Kapal akan mula bergerak pada jam 1 pagi. Walaubagaimanapun, kami mengambil langkah selamat untuk kembali ke kapal sebelum jam 10 malam.
Sebelum masuk ke dalam kapal, sekali lagi kami melalui pemeriksaan keselamatan. Hal ini bertujuan untuk memastikan tiada barang-barang yang dilarang di bawa masuk ke dalam kapal. Antara barang yang terlarang adalah perkakas tajam, buah-buahan yang berair dan berbau seperti durian, longan, laici 


Setelah selamat masuk ke dalam kapal, kami meneruskan aktiviti malam ke 2. Seperti biasa, rujukan kami berpandukan kepada Navigator. Pada jam 10.30 malam terdapat persembahan “Colours of Asia” A crew show extravaganza di Stardust Lounge.

Persembahan ini dipersembahan oleh staf cruise sendiri. Terdapat nyanyian dan nyanyian yang mewakili negara-negara di Asia. Mewakili Negara Malaysia adalah tarian yang ditarikan melatarbelakangkan lagu Dikir Puteri nyanyian penyanyi Noraniza Idris. Persembahan ini mengambil masa selama 45 minit.

Selepas itu kami meneruskan aktiviti menyaksikan persembahan STAR-18 Laugh Out loud. Walaubagaimanapun, persembahan ini terdapat bayaran tiket masuk. Kami telah menempah tiket tersebut sebelum keluar lawatan sekitar Phuket. Harga untuk menonton persembahan ini adalah RM 30 seorang. Sepanjang 1 jam tempoh persembahan, kami tidak berhenti ketawa melihat keletah dan aksi yang dimainkan. Persembahan ini sangat menghiburkan. Sangat berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.


Selesai sahaja persembahan tersebut, kami semua kembali ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri. 

BERSAMBUNG...

21 January 2015

Kenangan Indah Hari Pertama di Star Cruise Libra


Masih teringat-ingat pada 12 Oktober 2014 yang lalu merupakan tarikh keramat bagi kami berempat kerana berpeluang merasai pengalaman yang cukup terindah  disamping bekerja. Kami telah diamanahkan oleh syarikat POTO Travel & Tours untuk membuat ‘recce’ dengan kapal persiaran mewah, Superstar Libra Star Cruise. Recce trip ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pihak kami supaya memastikan pelanggan-pelanggan kami mendapat maklumat yang lengkap sekiranya mereka memilih pakej ini untuk melancong.

Seperti yang dimaklumkan, perkhidmatan Cruise ini bermula dari pelabuhan Pulau Pinang. Oleh hal yang demikian, terdapat 3 alternatif perjalanan sekiranya bermula dari Kuala Lumpur. Sama ada memandu kereta sendiri, membeli tiket penerbangan atau menaiki bas persiaran. Kami memulakan recce ini dari Kuala Lumpur dengan menaiki Bas Ekspress. Bas Ekspress menjadi pilihan kami adalah ALISAN GOLDEN COACH. Bayaran tiket bas pula sebanyak RM 38 seorang manakala tempoh perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam.



Apabila tiba di Butterworth, tidak perlu risau kerana hentian bas Butterworth terletak bersebelahan dengan terminal feri. Hanya perlu berjalan dalam jarak 100 meter untuk tiba ke Terminal Feri. Bayaran feri pula adalah RM1.20 untuk sehala manakala untuk arah pulang ke Butteworth pula adalah percuma. Sekiranya tiada duit syiling, jangan risau, anda boleh tukarkan di kaunter sebelah pintu masuk. Waktu menunggu feri mungkin mengambil masa lebih kurang 20 – 30 minit dan tempoh perjalanan dari terminal feri Butterworth ke terminal feri Pulau Pinang mengambil masa selama 45minit.

Sebelum tiba di Jeti Feri Pulau Pinang yang terletak di Terminal Feri Pangkalan Raja Tun Uda, sudah kelihatan Starcruise  Libra yang seolah-olah melambai-lambai menunggu kedatangan kami. Perasaan teruja semakin membuak-buak dalam diri ini. Wah, tak sabarnya!


Setibanya kami di terminal feri Pulau Pinang, kami bersepakat untuk berjalan kaki lebih kurang 10 minit menuju ke terminal Cruise yang terletak di Swettenham Pier Cruise Terminal. Ingin saya maklumkan bahawa terminal Feri adalah berbeza dengan terminal Cruise. Apabila sampai di terminal feri, kelihatan ramai pelancong-pelancong dari luar negara yang turun dari Bas Persiaran. 


Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengambil aturcara program cruise sepanjang 4 hari 3 malam. Program ini lebih dikenali dengan panggilan Star Navigator. Semua maklumat disediakan dalam Star Navigator tersebut antaranya waktu makan tengahari, waktu makan malam , lokasi tempat persembahan “Deck” dan pelbagai lagi.



Urusan daftar masuk sama seperti urusan di lapangan terbang. Perlu membawa passport dan juga “confirmation voucher” ketika urusan di kaunter daftar masuk. Sekiranya berkumpulan, hanya seorang sahaja sudah cukup untuk membuat proses daftar masuk. Akan tetapi, jangan lupa membawa semua passport setiap peserta.


Selesai sahaja urusan daftar masuk, setiap peserta diberikan access card. Pelbagai kegunaan access card ini antaranya sebagai kunci pintu, kad untuk membeli-belah dan yang paling penting adalah sebagai kad pengenalan diri. Hal ini kerana apabila melepasi sahaja kaunter imigresen, passport setiap peserta perlu diserahkan kepada pihak cruise. Jadinya, sepanjang 4 hari 3 malam peserta hanya bergantung kepada access card ini sahaja.




Sebelum memasuki cruise, setiap peserta turut diadakan sesi bergambar dan diberikan tuala lembap untuk refreshment.  

Masuk sahaja ke dalam cruise, setiap peserta dikehendaki scan beg yang dibawa masuk. Tujuan utama adalah untuk memastikan barang-barang yang dilarang tidak dibawa masuk ke dalam cruise. Antaranya seperti gambar di bawah.



Oh ya! Jangan lupa ya untuk membuat tempahan bagi makan malam Gala setelah masuk ke dalam cruise. Hal ini kerana terdapat tempoh masa untuk membuat tempahan iaitu dari jam 3:15 petang hingga 4:30 petang bertempat di Stardust Lounge di Deck 5. Tempahan ini berdasarkan first-come first served basis. Jadinya, kalau lambat, pasti anda akan terlepas menikmati makan malam yang sangat istimewa.

Selepas itu, kami meneruskan pencarian ke bilik kami. Bilik tidur kami terletak di Deck 3. Kategori bilik ini adalah jenis CC.



Tepat sahaja jam 4.45 petang, setiap peserta perlu berkumpul di assembly station untuk aktiviti safety drill for all guests. Aktiviti ini wajib disertai oleh setiap orang kerana staff cruise sendiri akan menerangkan prosedur keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.


Selepas sahaja mendengar taklimat mengenai keselamatan, kami menuju ke Pool Deck yang terletak di tingkat 9 untuk menyertai Octoberfest Sail Away Party. Aktiviti ini seolah-olah menyambut kedatangan kami ke cruise yang serba mewah ini. Di sana kami berkenalan dengan kapten yang mengemudi cruise ini.  Setiap kali ada party, mestilah disertakan dengan makanan yang beraneka jenis. Makanannya pula, semua yang sedap dan menyelerakan!


Selepas sahaja menyertai Welcoming Party, kami ke tingkat 10 untuk melihat dan menikmati pemandangan sewaktu matahari terbenam. Subhanallah! Saya cukup terkesima dengan ciptaan Illahi. Pemandangan sangat indah dan sangat tenang. Amat sesuai bagi sesiapa yang inginkan kedamaian dan ketenangan.

Apabila menjelang malam, kami bergerak ke Spices Restaurant untuk menikmati juadah makan malam. Melancong dengan cruise tidak sah kalau perut asyik diisi dengan juadah yang beraneka dan sedap. Terdapat juga makanan laut yang segar serta menyelerakan!

Untuk makluman semua, Spices Restaurant merupakan satu-satunya restoran yang mendapat pengiktirafan sijil halal yang diluluskan oleh JAKIM. Jadinya, anda tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati juadah yang disediakan di SPICES RESTAURANT.



Selepas sahaja menikmati makan malam, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai. Apalagi, Star Navigator la yang menjadi sumber rujukan utama. Antara persembahan yang kami sertai adalah Showtime: Richard Burr and Josette. Persembahan ini ala-ala magik yang sangat menarik dan menghiburkan. Selain dari menyaksikan persembahan percuma, terdapat juga beberapa persembahan berbayar. Sekiranya terkeliru, jangan risau kerana terdapat ramai anak-anak kapal yang sudi membantu  anda!

Aturcara program hari pertama berakhir dengan movie time. Movie yang disediakan adalah Captain America The Winter Soldier. Tayangan ini bermula pada jam 12.00 tengah malam sehingga jam 2.15 pagi. Seharian berpenat lelah dari Kuala Lumpur sehingga ke Penang dengan pelbagai program dan persembahan yang kami sertai, maka tibalah masanya kami berundur ke kabin masing-masing untuk mengecas tenaga dan merehatkan diri ini.

BERSAMBUNG...


Hadiah Menarik bagi pakej Perth, Korea Selatan, Saigon & Hong Kong!



8 January 2015

Selamat Tinggal 2014, Assalamualaikum 2015

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru. Seperti baru masuk tahun 2014, pejam celik pejam celik, kita sudahpun melangkah ke tahun 2015. Banyak memori dan kenangan indah tidak dapat dilupakan sepanjang tahun 2014. Suka duka, pahit manis, gembira mahupun sedih. Namun itu semuanya asam garam dalam kehidupan.


Bersyukur kepada-Nya, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup dan bernafas di muka bumi ini. Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Dikejutkan dengan berita duka dengan kehilangan MH 370,  kemalangan MH 17 dan QZ 8501 yang meragut ratusan nyawa. Diduga juga dengan bencana banjir yang hampir menghanyutkan di beberapa negeri, namun kita masih bersyukur kerana kita diuji oleh-Nya agar sentiasa mengingatinya dan meminta pertolongan daripada-Nya.

Biarkan segala memori itu disimpan rapi untuk 2014, kita buka lembaran baru untuk mencorakkan kehidupan yang lebih baik pada tahun ini. Rancanglah apa yang terbaik agar sentiasa diredhai-Nya.
Doakan kami POTO Travel agar terus menjadi syarikat bumiputera yang terulung dan dapat berikan terbaik untuk buat pelanggan yang mengikut kami melancong.



Kami daripada pihak POTO Travel ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang banyak memberi sokongan agar kami terus gah berdiri, Alhamdulillah. Tahun 2014 kami telah menerima anugerah Etihad Airways Outstanding Performance Agent Award 2014 & Vietnam Airlines Top Muslim Package Sales Agent. 


Kemenangan ini bukan sahaja buat kami tetapi juga kepada para pelanggan dan juga business partner yang sentiasa bersama kami. Tanpa anda semua, tidak mungkin kami berada di tempat sekarang. Teruskan berdoa kejayaan kami semua agar sentiasa dapat berikan servis yang terbaik.

Sebagai penghargaan, kami menawarkan harga menarik bagi pakej musim bunga dari April hingga Jun dan juga musim panas pada Julai & Ogos. Harga termurah dan berkualiti yang jangan dilepaskan begitu sahaja, kerana harga promosi "early bird" adalah lebih murah dari harga MATTA Fair.

Harga tawaran ini akan berakhir pada 28 Februari, jadi jom ikut kami melancong ke destinasi impian anda! 

Warnai percutian anda bersama kami!


Layari www.pototravel.com.my
039200 6640
info@pototravel.com.my