Countdown

14 May 2015

Musim Luruh Yang Indah di Balkan



Musim luruh di Balkan adalah musim yang menarik untuk dilawati ke 5 buah negara itu. Yang menariknya ialah hampir keseluruhan di semenanjung Balkan ini dihiasi dengan pemandangan bukit-bukau. Warna-warnanya yang bertukar kepada kemerahan, kekuningan, jingga dan coklat ini datangnya dari pokok-pokok dan juga rumput. Suhu udara di bandar Bosnia dan Herzegoniva ketika ini adalah diantara 10 sehingga 20 darjah celcius, Croatia pula antara 12 sehingga 17 darjah celcius dan Montenegro mencapai maksimum 25 darjah celcius.

Croatia sememangnya cantik, namun Mostar, Bosnia  lebih indah lagi! Udaranya segar serta sungai yang berwarna kehijauan. Bayangkan ketika musim luruh, betapa cantik dan sedap mata memandang pemandangan di situ.  Singgah di Kravice Waterfall dan Buna Spring River di Blagaj dalam perjalanan ke Mostar sambil menikmati makan tengah di tepi sungai yang nyaman itu. Mostar juga terkenal dengan kawasan bandarnya yang lama dan jambatan tua “stone bridge”, iaitu salah satu dari 20 jambatan paling indah di dunia!

Paling menarik adalah di Vrelo Bosne. Pemandangan alam semulajadi yang cukup indah dan terkenal di rantau ini. Jika diamati, kelihatan seperti pemandangan di dalam cerita-cerita dongeng seperti Snow White, atau The Swan Princess.  Sugguh menakjubkan!

Jom ikut POTO melancong ke Balkan selama 14 hari 11 malam. Balkan terkenal dengan alam semulajadi, sejarah dan budaya! nikmati keindahan ciptaan ilahi serta pelajari budaya dan peninggalan sejarah mengenai negara itu sendiri.

Dapatkan harga promosi 'early bird' sehingga 31 Julai 2015 sahaja.  Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi bahagian khidmat pelanggan di talian 039200 6640, atau layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my!

Luruh di Sarajevo

Kravice Waterfalls

Buna Spring River

Buna Spring River

Buna Spring River


Buna Spring River

Buna Spring River

Mostar

Mostar


Mostar

Mostar

Vlero Bosne

Vlero Bosne

Vlero Bosne

Vlero Bosne

Vlero Bosne



No comments:

Post a Comment