Countdown

9 December 2013

8 Lokasi Bulan Madu Indah

Artikel asal di laman sesawang rasmi Majalah LIBUR

Jika anda mempunyai bajet ekstra, selain lokasi-lokasi dalam negara, apa kata kita cuba lokasi bulan madu indah di luar negara pula. Keindahan, privasi dan keistimewaan tempat ini pasti meraikan kedatangan anda sebagai pasangan pengantin yang sedang berbuah cinta.

PARIS


Dikenali sebagai kota cinta ini memang agak sinonim dengan pasangan yang sedang hangat bercinta sambil menikmati keindahan bangunan, suasana dan juga makanan.Tidak ada siapa yanga akan marah apabila anda menyalakan lilin dihadapan menara Eiffel, berjalan-jalan di Champs Elysees dan berkelah di taman. Disebabkan itu Paris terkenal untuk pasangan bercinta sejak dari dulu lagi.

HAWAII


Hawaii merupakan destinasi bulan madu yang terbesar dan terkenal di dunia terutamanya di kalangan warga Eropah. Tidak kisahklah sama ada anda berada di pulau besar atau Maui, Hawaii menyediakan banyak tarikan buat pasangan kekasih. Pantai tropika, hutan trokika, suit yang mewah, aktiviti layar dan hidupan liar yang masih terpelihara benar-benar membuatkan lokasi ini seperti 'syurga' buat pengunjung.

VENICE


Terletak di Itali, tidak sah jika anda tidak menaiki gondola yang sememangnya simbol kepada bandar romantik ini. Menyelusuri di bawah terusan  bersama tersayang sambil menikmati keindahan Venice sepanjang berjalan mencatat sejuta kenangan yang tidak mungkin boleh dilupakan. Anda juga boleh menikmati makanan Itali sepanjang terusan membuatkan anda akan jatuh cinta sekali lagi.

TAHITI


Terletak di kepulauan Society Islands di selatan laut pasifik, terdapat banglo-banglo mewah di sepanjang pantai membuatkan pengunjung gemar berenang di pagi hari. Bersantai di pasir putih dengan dihiasi pokok palma yang rendang sambil menyaksikan matahari terbenam memberikan anda suasana senja yang paling menarik.

MALDIVES


Sebanyak 23 pulau terletak di tengah-tengah Indian Ocean ini mempunyai terumbu karang kecil di atas air laut dan di sekeliling hidupan air. Lokasi yang agak terpencil dan senyap menjadikan ia lokasi yang paling sesuai untuk percutian romantik yang mewah.

SEYCHELLES


Pulau-pulau di lautan Hindi dari pantai Afrika ini sering menjadi lokasi pengunjung yang banyak wang untuk bercuti. Mana tidak, lokasi yang hebat dan eksotik ini bakal menjadi lokasi percutian yang menarik kerana terdapat padang golf, spa, port memancing dan lokasi untuk menikmati minuman buah tropika. Jika anda berbulan madu di sini, kami pasti anda tidak mahu berganjak.

BELIZE


Belize merupakan resort popular dan menjadi destinasi percutian yang terkenal untuk pasangan bercinta. Pulau ini menawarkan suasana lebih privasi di pantai dan anda dibenarkan memberi ikan-ikan comel di pantai tersebut. Menariknya, anda dibenarkan menangkap ikan dengan kebenaran tawaran yang diberikan. Jika tidak, anda masih boleh menikmati pasir halus dan pokok-pokok palma.

ST. THOMAS


Terletak di Pulau Virgin, St. Thomas memang terkenal dengan pantainya dan pusat membeli-belah dan tempat penginapan yang sesuai untuk pasangan bercinta dan keluarga. Lokasi percutian ini sesuai buat anda yang mahukan ketenangan, suasana damai, senyap tetapi pada masa yang sama boleh membeli-belah.

Lokasi di atas hanya sebahagian lokasi percutian yang romantis yang sering menjadi sebutan pengunjung. Pastinya suasana mendamaikan, keindahan dan iklim lebih sejuk mengiringi rasa cinta yang bersemi...

1 comment:

  1. The signature Murray to Mountains Rail Trail tour is an all-inclusive small group guided weekend tour, taking cyclists along the rail trail from Beechworth to Bright. limo maui

    ReplyDelete