Countdown

9 December 2013

Dubai Shopping Festival 2014 - 20 Tempat Membeli-belah yang Menarik! (Part 2)

Sambungan dari part 1...

Lamcy Plaza-Dubai UAE
Lamcy Plaza mempunyai konsep “membeli-belah terbuka” yang tersendiri, di mana pengunjung akan ditawarkan dengan harga yang menakjubkan merangkumi pelbagai produk dan perkhidmatan antaranya ialah pakaian, aksesori, kasut, minyak wangi, elektornik, jam tangan, barangan rumah, barangan kemas, bagasi dan suka, farmasi, pertukaran wang dan banyak lagi! Kombinasi yang unik antara gaya hidup dengan keperluan seharian ini anda boleh menemukan kira-kira 150 barangan berjenama bertaraf antarabangsa termasuklah Matalan, Style Studio, Bossini, Nayomi, Carter’s, ALDO, Damas dan Emax. Para pengunjung juga boleh meninggalkan anak mereka di Fun City di mana kanak-kanak akan dijaga dan diawas oleh kakitangan yang terlatih sementara mereka boleh terus membeli-belah tanpa perlu berasa risau.





Emax
Fun City
Style Studio

Mercato Shopping Malls-Jumeirah
Mercato merupakan salah satu pusat membeli-belah yang paling disukai di Dubai kerana suasananya yang tiada bandingannya! Walaupun pada asalnya ia adalah pusat membeli-belah masyarakat, tetapi telah berjaya menarik puluhan ribu pelancong dari seluruh dunia setiap tahun. Mempunyai keluasan sebanyak 643.067 kaki persegi dan 130 kedai, di sini anda akan menemukan pelbagai pakaian berjenama bukan sahaja untuk wanita tetapi untuk lelaki dan juga kanak-kanak. Selain itu, juga terdapat barangan lain seperti aksesori, kasut, barangan kemas dan banyak lagi! Bermula dari kesihatan sehinggalah peralatan rumah, semuanya ada di sini. Tarikan utama di Mercato ini ialah pasaraya Spinneys, pawagam VOX, Virgin Megastore dan Fun City. Anda juga boleh menikmati suasana dan bersantai di kafe dan restoran terbuka dengan pilihan menu antarabangsa dari masakan Itali dan Perancis yang segar!

Mercato Shopping Mall
Pintu Depan Mercato Mall


Smokers Centre
Barangan wanita Bullets & Butterflies
Pandora

Century Mall Dubai-Al Mamzar
Century mall ini pula mempunyai keluasan sebanyak 300 ribu kaki persegi yang terletak di kawasan Al Mamzar besebelahan dengan kelab Al Shabab. Pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai barangan dan produk yang terkini iaitu elektronik, telefon bimbit, fesyen, lifestyle, barangan hadiah, perhiasan rumah, kesihatan dan kecantikan. Terdapat kemudahan hiburan tema, Jungle Bungle yang bersebelahan dengan 9 outlet  atau cawangan medan selera dengan tempat duduk yang memuatkan seramai 240 orang. Selain itu, disediakan tempat letak kenderaan yang boleh menampung sehingga 800 buah kereta.

Century Mall

Kedai jahit dan tekstil
Fun City
Dragon Mart-Dubai Hatta Road
Di sini anda boleh menemukan bekalan-bekalan produk cina  di pasaran Timur Tengah dan dan Afrika Utara yang memenuhi keperluaran di pasaran yang besar ini. Merupakan pusat perdagangan produk cina  yang terbesar  di Tanah besar luar China, ia dirasmikan pada 7 Disember 2004 dengan panjangnya kira-kira 1.2 kilometer. Pusat ini mempunyai lebih kurang 3,950 kedai yang terlibat dalam perdagangan borong dan runcit dari pelbagai produk termasuklah peralatan rumah, alat tulis, peralatan pejabat, akustik, lampu, bahan binaan, perabot, mainan, tekstil, kasut dan banyak lagi. Dengan lebih 2500 tempat letak kereta disediakan, ia dibahagikan kepada 7 zon yang menawarkan pelbagai kemudahan yang berkualiti tinggi untuk pedagang dan pembeli, menjadikannya sebagai  salah satu pusat perdagangan yang terbesar di rantau MENA.

Dragon Mart





Kasut wanita
Dubai Marina Mall-Dubai Marina
Dubai Marina Mall yang terletak di tengah-tengah bandar Marina ini menjaminkan kepuasan yang berterusan  dengan destinasi membeli-belah dan gaya hidup yang  moden untuk penduduk dan juga pelancong  masyarakat Marina di Dubai. Dengan keluasan kira-kira 390 ribu kaki persegi dan lebih 130 kedai didirikan, Marina Mall ini menggabungkan pelbagai jenama fesyen, butik fesyen, tempat menjamu selera terbuka di tepi pantai, pasaraya serta hiburan yang menarik! Terdapat hotel 5 bintang yang menghubungkan dengan pusat membeli-belah ini. Marina Mall ini direka khas untuk mewujudkan persekitaran yang lebih santai dan bergaya di mana anda boleh meluangkan masa di sini dengan seronok, terasa seperti berada di rumah.

Dubai Marina Mall

Iconic
Waitrose

Cole Haan
Reel Cinemas
GAMEZONE SEGA
Shakespeare and Co
Dubai Outlet Mall-Dubai Outlet City
Di sini tempat yang boleh menawarkan harga diskaun menarik antara 30% sehingga 90% yang terdapat di 240 kedai, 365 hari dalam setahun! Dubai Outlet Mall adalah satu-satunya  konsep membeli-belah  “outlet” di Timur Tengah, lebih 1200 premium dan fesyen berjenama yang terkemuka di pelbagai kedai seperti Paris Gallery, Gucci, Valentino, Mark Jacobs, Christian Dior, Alexander McQueen, Stella McCartney, Prada, Missoni, Carolina Herrera, Etoiel, Cacharel, Boutique 1, DKNY, Mango, Massimo Dutti, Mexx, Rodeo Drive, Gap, Banana Republic, Diesel, Aizone, Bally, Aftershock, GAP, Bebe, Tommy Hilfiger, Kenneth Cole, Adidas, Puma, Nike, Tchibo dan THE One. Fokus utama adalah menyediakan perkhidmatan pelanggan  yang boleh membantu anda/pelancong di dalam 15 bahasa yang berbeza. Terdapat juga tempat istirehat untuk menunggu teksi dalam keadaan yang mewah dan selesa serta yang pertama di Dubai.

Dubai Outlet Mall

French Bakery
Medan selera
Si fashion Galerie Outlet
The One
Splash
Rivoli Eyezone
Priceless
Barangan kasut untuk wanita
Allied Factory Outlet
Jumeirah Beach Centre-Jumeirah Beach Road
Merupakan sebuah pusat membeli-belah yang terletak di jalan pantai Jumeirah. Di sini terdapat 2 tingkat untuk bahagian membeli-belah dan hiburan. Kedai-kedai yang ada di sini merangkumi Benetton, Emirates Sports dan The Body Shop di tingkat bawah, manakala anda akan menemukan harga diskaun yang menarik untuk pelbagai jenis barangan fesyen  yang terdapat di  Blue cactus serta kraftangan hasil buatan tempatan di Sunny Days yang terletak di bahagian tingkat atas. Selain itu, tekstil dan permaidani dari Parsi juga boleh didapati di sini. Jika ingin berehat sementara serta melihat persekitaran yang tenang, bolehlah bersantai di La Brioache sambil menghirup kopi yang segar.

Jumeirah Beach Centre
Skin Care Clinic
Restaurant & Grill
Chinese Pavilion restaurant
Sumo Sushi & Bento
Coffee Bean & Tea Leaf
Khan Murjan-Wafi City
Khan Murjan ini terletak di tingkat bawah (underground floor), Wafi Shopping Mall. Di sini ada diberikan kejutan dan terpesona dengan keajaiban zaman purba di sini. Bangunan ini telah diilhamkan oleh pasaran purba Baghdad , sempena nama Khan Murjan yang terletak di bawah tanah. Tempat ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Mesir, Syria, Turki dan Maghribi yang mempunyai ciri-ciri elemen yang berlainan, di mana anda akan dapat melihat keindahan mozek marmar serta ukiran pintu yang unik menggunakan  hasil tangan sendiri. Hanya barangan hasil buatan tangan sahaja dijual di antara 150 kedai seperti tenunan karpet dari Parsi, pakaian tradisional, mozek mutiara dan banyak lagi!

Khan Murjan - Wafi City
Keunikan di dalam Khan Murjan


Menjual barangan dari hasil tangan
Oasis Centre-Sheikh Zayed Road
Berpusat di Jalan Sheikh Zayed, Oasis centre menawarkan pengalaman yang menarik serta persekitaran membeli-belah yang mesra. Berkeluasan sebanyak 1.44 juta persegi dan ruang retail kira-kira 1 juta kaki persegi di serata 4 tingkat, ia merangkumi pelbagai barangan berjenama dan kategori. Pelbagai kedai yang terdapat di sini antaranya ialah Home Centre, Babyshop, Splash, Shoe Mart, Lifestyle & Beauty Bay, kedai elektronik E-max dan Q Home Décor, barangan hiasan yang unik dan mewah. Selain itu, anda juga boleh menemukan fesyen yang merupakan trend terkini di kedai termasuklah as Splash, Max, New Look, Koton, Aeropostale dan barangan berjenama yang lain. Bukan itu sahaja, di sini juga menyediakan tempat permainan kanak-kanak iaitu Fun City, kedai salun seperti  Spaces Salon & Spa, Balance Wellness 360 Spa, pasaraya Carrefour, Fitness First untuk wanita, Sun & Sand Sports dan Nike serta banyak lagi.

Oasis Centre
Splash Tokyo
Makanan cina dan thai, Wok & Spice
Suasana dalam Oasis Centre
Toys R Us
Marina Pharmacy
Starbucks
The Oriental Chef
Spinneys
Palm Strip Shopping Mall-Jumeirah Beach Resort
Palm Strip Shopping mall telah menjadi salah satu tempat tumpuan tarikan pelancong untuk membeli-belah di kawasan Jumeirah yang dilancarkan sejak pada tahun 1977. Dibina dengan ala-ala gaya arkitek California dengan teres yang diukir, landskap hijau yang cantik, kedai pereka, galeri seni, tempat kedai makanan yang terpilih dan kafe terbuka menjadikan mall ini sebagai pusat membeli-belah yang canggih di Barat dan tradisi  semenanjung Arab. Berdekatan dengan Dubai Marine Resort dan pantai telah menambah gaya yang mewah serta imej yang baik untuk mall. Oleh kerana Palm Strip Shopping Mall ini mempunyai lokasi yang strategik, gabungan gaya dan elegan, suasana yang santai, kemudahan untuk mengakses ke tempat letak kereta, secara tidak langsung menjadikan ia sebagai tempat yang ideal untuk membeli-belah, menjamu selera dan menenangkan fikiran.

Palm Strip Shopping Mall

Betina's Closet


Mediacast

No comments:

Post a Comment