Countdown

24 April 2012

Tip Ketika Melancong Ke Luar Negara

Barangkali sudah menjadi tanggungjawab agensi pelancongan untuk sama-sama memberi tip-tip keselamatan bagi tetamu yang ingin ke luar negara. Di pihak kami, keselamatan para tetamu sentiasa kami pastikan namun kadangkala ia berlaku juga kerana kelalaian para tetamu sendiri.

Jadi di sini POTO cuba membantu berdasarkan pengalaman yang ada untuk sama-sama kita selamat pergi dan pulang.

Bercuti bersama bintang ABP Berita Harian & POTO di Langkawi 2011

Ikut Kami Melancong: Eropah-London (Bahagian 1)

Perhatian: Untuk segala pertanyaan, sila ajukan melalui email kepada info@pototravel.com.my. Terima kasih

Melawat 6 negara utama Eropah dalam masa 10 malam bersama POTO Travel pastinya satu peluang terbaik yang tidak patut dilepaskan. Setiap negara yang dilawati; Jerman, Switzerland, Perancis, Belanda, Belgium dan England diketahui mempunyai tarikan, sejarah dan keunikannya yang tersendiri.

Di Jerman contohnya setiba di kotaraya kewangan Frankfurt, bangunan Gothic kurun ke-14 yang dikenali sebagai Romer sedia menanti para pelawat. Bangunan-bangunan ini asalnya merupakan rumah orang-orang kaya Rom yang tingal berdagang pada zaman Holy Roman Empire sebelum dijadikan dewan bandaraya pada kurun ke-15. Perkara menarik tentang salah satu bangunan di Romer yang dikenali sebagai Zum Romer ialah dewan ini menjadi saksi pertabalan beberapa raja Jerman pada zaman dahulu termasuklah Frederick Barbarossa yang terkenal.

Bangunan Zum Romer