Countdown

27 November 2014

Kesilapan Apabila Melancong Yang Perlu Dielakkan




Kadang-kala, perkara yang remeh kita jarang mengambil peduli. Namun, tahukah perkara yang remeh itulah selalu yang akan menyusahkan kita di kemudian hari. Ada beberapa kesilapan yang sering kali terlepas pandang ketika melancong di luar negara. Antaranya ialah:

Tiada check-list – Ia memang nampak mudah tetapi sangat-sangat penting apabila ingin melancong. Tidak perlu terlalu susah, hanya senaraikan barangan yang ingin dibawa, aktiviti yang ingin dilakukan, destinasi yang ingin dituju dan lain-lain lagi. Ia adalah penting bagi memudahkan percutian kita lagi-lagi tenpat yang kita kurang biasa.

Lupa atau tidak tukar duit – Haaa! Ini juga merupakan salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan. Adalah dinasihatkan untuk tukar mata wang terlebih dahulu di Malaysia. Biar duit itu terlebih tetapi jangan terkurang. Kalau tidak akan menyusahkan nanti. Nak mencari money changer pun satu hal juga kan? Sekaligus boleh menghilangkan mood bercuti anda.

Beg lebih muatan – Tidak perlu membawa pakaian terlalu banyak kerana kemungkinan anda akan membeli pakaian baru di sana. Sesetengah pakaian boleh diulang pakai seperti seluar jean atau jaket. Jadi, boleh menjimatkan ruang beg dan boleh diisi dengan barangan yang lain.

Tidak bawa ubat –  Ubat-ubatan perlu dibawa sebagai langkah pencegahan semasa melancong. Tidak perlu risau jika jatuh sakit yang tidak serius. Apa kata berjumpa dan dapatkan nasihat doktor sebelum bercuti. Jadi kita akan lebih berjaga-jaga agar tidak mudah jatuh sakit. Membazir jika jatuh sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik sana bukan? Antara ubat-ubatan asas yang perlu dibawa adalah minyak angin, pil sakit perut, anti septik, paracetamol, plaster dan pembalut jika perlu.

Tiada bekalan makanan – Bagi anda yang beragama Islam, mungkin agak sukar untuk mencari kawasan yang terdapat makanan halal bagi sesetengah negara. Maka, adalah lebih baik jika membawa bekal seperti roti, biskut, sambal ikan bilis, kudap-kudap atau mi segera agar tidak kebuluran ketika bercuti.

Tiada ketua – Mesti kita akan ada ketua apabila ingin melancong dan boleh menjadi ‘kepala’ yang boleh diharap untuk menyimpan semua dokumen-dokumen penting seperti tiket, passport, hotel, baucar dan lain-lain. Biasanya orang yang menjadi ‘kepala’ atau ketua sangat terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Membawa ketua membuatkan perjalanan anda lebih seronok, selamat & tidak perlu gusar!

*Terdapat beberapa lagi kesalahan-kesalahan ketika melancong. Bercuti ini memerlukan duit yang banyak, maka perancangan perlulah dilakukan dengan teliti agar tidak berasa ralat di kemudian hari. Anda ada tips melancong? Jom kongsi bersama kami di sini! :)

24 November 2014

Promosi AKHIR TAHUN "MALAYSIA AIRLINES WORLDWIDE"

Promosi AKHIR TAHUN "MALAYSIA AIRLINES WORLDWIDE". 

DAPATKAN SEKARANG! Promosi hanya sah sehingga 3 DISEMBER 2014.

Hubungi bahagian Ticketing di talian 0392001039 sekarang atau emel ke ticketinghq@pototravel.com.my

HARGA TIKET PENERBANGAN SAHAJA. 
TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT.








20 November 2014

Rancang Percutian Istimewa Anda bersama Warga Emas!




Berpeluang untuk ke luar negara sememangnya menjadi setiap idaman manusia. Melihat keindahan negara & menikmati kecantikannya, siapa tidak mahukan? Jika ingin melancong bersama warga emas, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil agar sesuatu perjalanan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang melanda.

          Periksa Kesihatan sebelum Bercuti

Pastikan anda membawa ibu bapa anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk memeriksa tahap kesihatan mereka. Tidak mustahil lagi-lagi pada usia sebegini pelbagai penyakit yang akan menimpa. Jika perlu, lakukan rawatan rapi sebelum melancong dan mengikuti apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

          Bekalan Ubat

Adalah dinasihatkan untuk sentiasa membawa bekalan ubat walaupun tidak mempunyai penyakit kronik sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau boleh, labelkan setiap ubat agar tidak keliru atau tersalah sewaktu kecemasan. Sentiasa bersiap-sedia dengan ubat-ubatan mengikut keadaan dan destinasi yang dituju.

          Jaga Pemakanan

Biasalah tiap kali melancong, pantang nampak makanan yang agak-agak macam tiada di Malaysia, mesti nak cuba. Namun perlu diingatkan, makanlah pada kadar dan kuantiti yang sikit sekadar untuk merasa. Jangan nanti ada pula yang kena sorong ke hospital.

    Minum Air yang banyak

Minumlah air kosong dengan banyak lagi-lagi bila tidak biasa dengan suasana empat musim bagi mengelakkan hidrasi. Minum air yang banyak bukan sahaja tidak akan memudaratkan diri bahkan badan akan sentiasa segar dan tidak mudah letih. Penyakit juga akan kurang menyerang.

    Guna Kemudahan yang diberikan

Jika diri ini perlu menggunakan kerusi roda, usah malu kerana ia masih boleh membawa mereka berjalan-jalan mengelilingi dunia. Jangan jadikan berkerusi roda sebagai sekatan untuk bersuka-ria mahupun menikmati keindahan negara asing.


Bukan itu sahaja, bawalah pakaian yang sesuai dengan cuaca dan rehat yang mencukupi. Sekali-sekala apa salahnya membawa warga emas berjalan-jalan kerana ia merupakan cuti rehat yang paling berharga buat mereka! Jom melancong!

11 November 2014

Melancong Ke Buat Salah?

Artikel asal dari laman sesawang LIBUR.


Ada beberapa kesilapan yang selalu dibuat ketika bercuti di luar negara. Ikuti entri ini untuk mengetahui kesilapan klise yang selalu dibuat ketika percutian luar negara.

Beg lebih muatan – Jangan sesekali membawa beg yang terlebih muatan. Jika anda ke luar negara, kemungkinan anda akan membeli pakaian baru di sana. Jadi buat apalah bawa baju lebih-lebih. Sesetengah pakaian seperti jaket dan seluar jean kan boleh diulang pakai?

Tak ada ‘check-list’ – Tidak perlu yang terlalu rumit. Cukuplah sekadar satu senarai yang memudahkan anda tentang apa yang perlu dibawa, ke mana mahu pergi, dan aktiviti apa boleh dibuat ketika bercuti. Memandangkan kita tidak biasa dengan tempat itu, eloklah ada ‘check-list’ untuk memudahkan percutian kita.

Tinggal ubat – Ketika bercuti, anda perlu bawa ubat-ubatan asas. Bukan apa, jika sakit yang tidak serius, anda boleh merawatnya sendiri. Bukankah membazir jika anda jatuh sakit ketika bercuti dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik di sana? Jadi bersedialah dengan membawa ubat-ubatan seperti paracetamol, minyak angin, minyak urut, pil sakit perut, anti septik, dan mungkin plaster dan pembalut.

Tak tukar duit – Tak bagus! Sebaiknya sebelum anda keluar negara, tukarlah matawang di Malaysia terlebih dahulu. Kita sudah tahu tempat yang bagus dan urusannya juga lebih mudah. Bawa duit lebih tidak mengapa, jangan kurang. Menyusahkan nanti!

Tak ada ‘kepala’ – ‘Kepala’ yang dimaksudkan adalah seseorang yang boleh diharap untuk menyimpan semua dokumen penting seperti pasport, tiket, baucer hotel, dan apa sahaja yang penting. biasanya ‘kepala’ adalah orang yang lebih terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Membawa ‘kepala’ ketika bercuit membuatkan anda lebih yakin dan selamat, terutamanya jika anda jenis yang ‘main redah’ saja.

Tak bawa bekal – Bagi anda yang beragama Islam, mungkin sukar untuk mencari tempat makan halal di negara-negara tertentu. Jadi, bawalah bekal seperti sambal ikan bilis, roti, biskut, dan mi segera supaya anda tidak kelaparan ketika melancong.

*Banyak lagi kesalahan ketika melancong, tetapi ini yang paling asas. Percutian ke negara luar dan memerlukan belanja yang agak besar memerlukan perancangan yang teliti. Apa tip anda ketika bercuti di luar negara?

Jom follow media sosial kami di :
Facebook : www.facebook.com/majalah.libur
Instagram : @majalahlibur
Twitter : @MajalahLibur             
Youtube : majalah libur