Turki adalah salah sebuah negara Islam. Bagi pelancong yang pertama kali melancong ke sana, makanan halal bukanlah menjadi satu halangan kepada anda.
Menariknya mengenai makanan Turki ini, setiap hidangan pasti wajib dimakan dengan sup dan juga roti, disamping itu anda juga boleh memilih untuk dimakan bersama daging atau ayam.
Disini ada berberapa hidangan makanan Turki yang perlu dicuba sewaktu berkunjung ke sana, apa yang pasti anda akan sangat merindui makanan mereka setelah kembali ke tanah air.
Istanbul dibahagikan kepada dua iaitu sebelah Europe dan Asia. Makanan dua belah ni tak sama. Saya lagi suka makanan belah Asia sebab bagi saya, lagi sedap tapi hubby saya pulak cakap, makanan di Turki semua sedap. Tambahan pula, isu cari makanan halal hampir tak ada.
KUMPIR (HIGHLY RECOMMENDED)
Kami makan Kumpir banyak kali jugak lah. Seingat saya, dua kali di restoren nama Simit. Kumpir ialah kentang bakar yang besar, ditengahnya diletak pelbagai jenis bahan seperti buah zaitun, keju, sosej, mayonis, salad dan lain-lain. Bunyi macam tak sedap, tapi rasanya cukup sedap.
MANTAR DOLMASI
Dalam English, stuffed mushroom. Dua kali makan ni dan dua-dua sedap. Mushroom dibakar dengan keju, dan ada sos. Terbaiklah, jangan lupa makan Mantar Dolmasi jika anda ke Turki ya. Serius tak menyesal.
DONER
Datang Turki wajib makan kebab. Ia bukan kebab macam di Malaysia tapi mostly daging dan beberapa jenis side dish seperti salad dan lain-lain.
ISKENDER (HIGHLY RECOMMENDED)
Daging dihiris nipis-nipis makan dengan yogurt dan roti. Sungguh sedap, saya pernah makan Iskender di Bhosporus Restaurant di Pavilion. Mungkin anda juga boleh cuba
IKAN TROUT BAKAR
Ikan trout bakar ni saya makan selepas trekking di Ihlara Valley di
Cappadocia. Ikan segar yang dibakar dan dimakan dengan sayuran. Ikan ni sedap sebab segar je kot. Tapi kan, ikan apa-apa pun sedap kalau segar.
BALIK EKMEK
Balik (Ikan), Ekmek (Sandwich). Balik Ekmek boleh didapati di kedai-kedai sekitar Galata Bridge. Sedap juga, perah jus lemon atas ikan tu.
PIDE
Pide ni Pizza Turki. Roti macam pizza biasa tapi sedikit crunchy, dan toppingnya pun kita boleh pilih ikut kehendak atau berdasarkan menu. Ada banyak tempat yang jual makanan ni. Anytime boleh makan sebab ia agak famous di Turki.
ISLAMA KOFTE (HIGHLY RECOMMENDED)
Islama Kofte ini ialah makanan popular berasal dari Adapazari, Sakarya. Kofte tu maksudnya meat ball. Di makan dengan roti dan tomato bakar. Sedap jugak yang ni.
LOKUM
Lokum ni kueh tradisi Turki. Jika anda terbang dengan Turkish Airlines, memang mereka akan hidangkan Lokum sebaik je pesawat take off.
PISTACHIO AISKRIM
Entah kenapa, rajin dan gigih betul saya cari kedai aiskrim untuk rasa aiskrim pistachio. Lain kedai, lain rasanya. Sedap eh. Rasa pistachio yang sungguh kaw.
HAMSI (HIGHLY RECOMMENDED)
Yang ni saya sangat-sangat nak rekemen. Setakat ni, inilah ikan goreng celup tepung paling sedap pernah saya makan. Masuk mulut sekor-sekor, rasa macam keropok lekor tapi ianya ikan sebenar. Anda boleh dapat di mana-mana restoren ikan. Senang je nak jumpa restoren ikan atau seafoods ni, cari restoren yang tulis Balek, contohnya Istanbul Balek Restaurant. Balek tu maksudnya ikan.
Lepas baca ni, tak ada rasa lapar ke? Atau, tak ada rasa nak pergi melancong ke Turki? Hihi