Countdown

24 July 2012

Buletin: Ikatan Termeterai Antara Jerai Holidays & POTO Travel

Bertempat di MATTA Fair Perlis Chapter, Dataran Sheikh Ahmad pada 18 Julai 2012 baru-baru ini telah berlangsung satu majlis menandatangani persefahaman kerjasama antara pihak POTO Travel dan Jerai Leisure Holidays.


23 July 2012

Santai POTO: Tazkirah Ramadhan @ POTO

Bulan Ramadhan menjelma lagi dan bersama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya kita dipanjangkan umur untuk merasai nikmat berpuasa dan terus diberi peluang untuk memohon keampunan daripada yang maha esa dalam bulan penuh kerahmatan dan keampunan ini.

Sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, POTO Travel akan melangsungkan pelbagai program mengisi kerohanian kakitangannya dengan majlis tazkirah oleh ustaz-ustaz dan lebai-lebai di dalam POTO sendiri dan juga diadakan majlis tadarus Al-Quran secara berkumpulan dengan tujuan bersama-sama memperbaiki bacaan dan sebutan dalam membaca Al-Quran selain bertujuan untuk mengkhatamkan Al-Quran.


Santai POTO: Fakta Tentang Airbus A380 MAS

17 July 2012

Santai POTO: Malaysia Airlines, Satay dan Raya


Pada 12 Julai 2012 yang lepas, Malaysia Airlines telah dianugerahkan status penerbangan 5* di SKYTRAX World Airline Awards di Farnborough, UK di atas konsistensi dalam penjagaan mutu produk dan servis kepada pelanggan. Status 5* ini meletakkan MAS sebaris dengan syarikat penerbangan unggul yang lain seperti Emirates Airlines, Etihad Airways dan lain-lain.

Santai POTO: Pesawat A380 Malaysia Airlines

Malaysia Airlines telah memperkenalkan pesawat Airbus A380 barunya yang membuat penerbangan ke London Heathrow Airport. Akhirnya dapat juga kita saksikan pesawat ni mendarat dan terbang di KLIA. Berkapasiti 494 tempat duduk dengan 350 kelas ekonomi di bahagian atas dan bawah dek, dilengkapi dengan kelas Pertama dan Bisnes. Menariknya kini kita boleh enjoy lihat view dari tail camera A380 tersebut. Lihat gambar-gambar di bawah yang sumbernya diambil daripada FB Malaysia Airlines dan sila tekan Like jika anda suka dan teruja. Kebanggaan negara!!

16 July 2012

LEGOLAND Malaysia Menanti Hari

Anda pernah bermain LEGO masa kecik dulu? Pernah terbayang 1 taman yang penuh dgn LEGO?

Kini hanya tinggal 60 hari sahaja lagi untuk pembukaan rasmi taman tema LEGOLAND Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor Bharu pada 15 September 2012. Bakal menampilkan pelbagai taman bertema antaranya The Beginning, Miniland, LEGO City, LEGO Technic, LEGO Kingdom, Land of Adventure dan banyak lagi. Selain tu, Hotel LEGOLAND akan dibuka pada tahun 2014. Maklumat lanjut sila tekan sini dan like FB mereka di sini.

Nantikan pakej perlepasan berkumpulan baru kami ke LEGOLAND ni ketika MATTA Fair Sept nanti. Dengar khabar Dept PD POTO bakal menggabungkan taman tema USS dan LEGOLAND. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Sebelum tu, silalah jengah gambar taman tema LEGOLAND ni kat bawah dulu.


13 July 2012

Santai POTO: Pendaki Everest

Tentu ada antara anda yang pernah ikut rombongan POTO melancong ke luar negara dengan diketuai oleh insan ini, Haji Zahidi Paiman yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Operasi di POTO KL.

Di pejabat kami panggilnya Ajie
Namun tahukah anda yang beliau merupakan salah seorang daripada 23 anggota pendaki ekspidisi Projek Malaysia-Everest 97 yang turut dianggotai oleh M. Magendran dan N. Mohanadas?



Sekarang anda tahu :) Lain kali jumpa beliau boleh tanya pengalaman menarik tersebut. Malaysia Boleh!

Sumber gambar dari persekutuanmendakimalaysia.blogspot.com

Santai POTO: Ahli keluarga baru

Selamat datang diucapkan kepada 5 orang pelajar yang baru menjalani latihan praktikal di POTO Travel KL. Timbalah ilmu di sini dengan sebaik-baiknya.

Dari kiri: Hanif, Maziah, Anis, Mashita dan Izzul
Khairul Anis Najwa Bt. Muhamad Fauzi
Bachelor of Tourism Management UUM
Department: Product Development

Mashita Bt. Hatta
Bachelor of Tourism Management UUM
Department: Operation

Mohd Hanif Bin Suaib
Bachelor of Hospitality & Tourism MSU
Department: MICE

Nur Maziah Bt. Zamzam
Diploma Pengurusan Pelancongan PSIS
Department: Customer Service

Muhammad Izzul Danial B. Roslan
Diploma Pengurusan Hospitaliti & Pelancongan PTPL
Department: Marketing