Sambungan dari bahagian pertama...
Sebahagian
projek ini masih di dalam proses pembinaan yang mempunyai ciri-ciri gaya moden
serta futuristik. Tinjauan yang dibuat ke atas kawasan muara sungai Skudai yang
sebelum ini terbiar dan terdapat mendapan lumpur sehingga mengakibatkan banjir
ini telah berubah menjadi sungai yang sangat cantik dengan arus air yang
mengalir serta diisi dengan hidupan marin, burung-burung serta memberi rezeki
kepada nelayan di kawasan tersebut.
Antara
projek yang telah berjaya disiapkan di kawasan sekitarnya ialah Danga Walk, Apartmen Danga Bay, Festive Street Mall, restoran
antarabangsa, menaik taraf landskap dan Pusat Persidangan, Danga City Mall, Casa Almyra serta jeti mewah di Selat tebrau.
|
Casa Almyra |
Menurut informasi yang
saya terima ialah Teluk Danga ini telah dirancang untuk menjadi pembangunan waterfront perdana dan satu sorotan
Iskandar Malaysia yang menawarkan keseronokan dengan aktiviti riadah, hartanah
mewah, serta kedai runcit. Danga Bay
Integrated Waterfront City ini dapat dilihat sebagai salah satu kawasan
yang menarik pada pembangunannya dalam Iskandar Malaysia. Pelbagai projek yang
dirancangkan iaitu hab baru hotel, pameran dan pusat konvesyen, kewangan dan
perdaganganm marina dan hartanah kediaman mewah di mana tapak ini boleh
dihubungi melalui rangkaian jalan-jalan utama, Lapangan Terbang Antarabangsa,
hab kargo dan pelabuhan.
Yang menariknya di
sini yang menjadi bualan mulut orang ramai ialah Country Garden yang sesak
dengan orang ramai termasuklah yang dari Singapura. Tertanya-tanya, apa yang
menariknya di sini? Sebenarnya ia merupakan pembinaan kondominium mewah
bertaraf 5 bintang. Walaupun ianya masih belum siap sepenuhnya, namun ramai
orang kunjungi ke sini untuk melihat keadaan suasananya. Semasa saya menjejaki
ke sini, fuh! Memang cantik!
Kawasan ini
dikelilingi dan dipenuhi pokok kaktus di sana sini. Dikatakan semasa pelancaran
oleh pemaju Country Garden, ianya telah dijual lebih 5 ribu unit dari 7 ribu
unit yang ditawarkan di mana 60% adalah dari warga tempatan, 30% dari Singapura
manakala yang selebihnya adalah mereka dari Taiwan, China, Korea, Jepun dan
Indonesia. Projek ini dijangka bakal siap pada tahun 2017. Tak sabar pula
rasanya untuk menunggu apabila ianya siap sepenuhnya.Di sini, kita disajikan
dengan tempat rekreasi dan bersantai bagi keluarga. Sangat seronok! Boleh melihat
pantai yang berdekatan, taman-taman yang dikelilingi patung-patung kecil yang
comel, dan banyak lagi.
|
Fun fair! |
Terdapat sebuah
restoran yang dipanggil “Singgah Selalu” yang dibuka 24 jam dimana boleh
menemukan pelbagai jenis hidangan termasuklah makanan khas masyarakat Johor.
Kini, agak sukar untuk meletakkan kenderaan, sehingga ada yang terpaksa parkir
di kawasan simpang masuk ke Jalan Istana Bukit Serene di sana, kira-kira 1
kilometer dari kawasan pusat rekreasi. Ada yang terpaksa menggunakan
perkhidmatan keretapi mini pusat rekreasi yang amat popular di kalangan
pengunjung. Hanya perlu membayar wang 1 ringgit, mereka akan dibawa untuk menikmati keindahan
malam dari hujung ke hujung pusat, menyusuri sepanjang pantai!
Bukan itu sahaja,
Teluk Danga juga mempunyai khidmat hiburan untuk kanak-kanak yang menawarkan
pelbagai perkhidmatan rekreasi kepada anak-anak dan dewasa. Boleh menemukan ski
air, kuda tunggangan, serta feri persiaran. Melalui feri persiaran, pengunjung
berpeluang menikmati keindahan pantai dari laut termasuklah menyaksikan Istana
Bukit Serene, Istana Besar, Dataran Bandaraya, Bangunan Kerajaan Bukit
Timbalan, Masjid Sultan Abu Bakar dan banyak lagi.
Pada waktu malam,
kelihatan lampu yang berwarna-warni menghiasi kegelapan pada bangunan dan
sepanjang jalan Skudai. Di Tambak Johor pula, ditemani dengan lampu-lampu yang
menerangi jalan. Di situ, terdapat sebuah bangunan dia tingkat yang merupakan destinasi para pengunjung
untuk menjamah makanan, gerai-gerai berupa “layan diri” pada malam minggu. Keadaan
sangat sesak sehingga ada yang terpaksa menunggu dengan lama untuk mendapatkan
meja kosong dengan makanan di tangan.
Teluk Danga
sememangnya dapat memberi ketenangan di tengah hingar-bingar suara pengunjung.
Dikatakan masalah meletak kenderaan meningkat serius walaupun kawasan ini belum
siap sepenuhnya, lagi-lagi pada hujung minggu. Saya tertanya-tanya, bagaimana
pula nanti apabila ia telah siap sepenuhnya dengan dan Tambak Johor yang akan
dirobohkan dan digantikan dengan jambatan? Sudah semestinya akan semakin sesak!
Saya kira-kira mungkin pihak berkuasa sedang mencari jalan untuk menyelesaikan
pemasalahan ini. Mungkin perkhidmatan feri persiaran perlu dinaik tarafkan lagi
hingga menyeberangi jambatan yang menuju ke Setulang laut atau hingga ke Pasir
Gudang!
|
Tambak Johor yang dikatakan menghubungkan antara Johor dan Singapura |
Insha-Allah, tidak
mustahil pada suatu masa nanti Teluk Danga ini akan dapat menyaingi pusat
rekreasi di Singapura, iaitu Pulau Sentosa. Kini, Teluk Danga ini mula menempah
nama sebagai pusat rekreasi yang terbesar di gerbang Selatan. Gerbang Selatan
dengan Jambatan pengganti Tambak ini memberi sinar harapan kepada Kerajaan
Negeri untuk menarik lebih banyak pengunjung dari pulau-pulau di selatan
gerbang terutamanya Singapura selain dari utara.
Dari pagi ke malam
saya berjalan, namun saya berasa sangat puas! Jika ingin bersiar-siar di dalam
negara, Johor Bahru sememangnya merupakan salah satu destinasi yang perlu
dikunjungi. Boleh ikuti melancong dengan pakej POTO ke Johor Bahru dan
Singapura selama 3 hari 2 malam. Maklumat lanjut boleh disemak di laman
sesawang rasmi di www.pototravel.com.my
atau hubungi di talian 03-9200 6640. Jom melancong!