Perhatian: Untuk segala pertanyaan, sila ajukan melalui email kepada info@pototravel.com.my. Terima kasih
Melawat 6 negara utama Eropah dalam masa 10 malam bersama POTO Travel pastinya satu peluang terbaik yang tidak patut dilepaskan. Setiap negara yang dilawati; Jerman, Switzerland, Perancis, Belanda, Belgium dan England diketahui mempunyai tarikan, sejarah dan keunikannya yang tersendiri.
Di Jerman contohnya setiba di kotaraya kewangan
Frankfurt, bangunan Gothic kurun ke-14 yang dikenali sebagai
Romer sedia menanti para pelawat. Bangunan-bangunan ini asalnya merupakan rumah orang-orang kaya Rom yang tingal berdagang pada zaman Holy Roman Empire sebelum dijadikan dewan bandaraya pada kurun ke-15. Perkara menarik tentang salah satu bangunan di Romer yang dikenali sebagai Zum Romer ialah dewan ini menjadi saksi pertabalan beberapa raja Jerman pada zaman dahulu termasuklah
Frederick Barbarossa yang terkenal.
|
Bangunan Zum Romer
|