Pages

24 April 2012

Tip Ketika Melancong Ke Luar Negara

Barangkali sudah menjadi tanggungjawab agensi pelancongan untuk sama-sama memberi tip-tip keselamatan bagi tetamu yang ingin ke luar negara. Di pihak kami, keselamatan para tetamu sentiasa kami pastikan namun kadangkala ia berlaku juga kerana kelalaian para tetamu sendiri.

Jadi di sini POTO cuba membantu berdasarkan pengalaman yang ada untuk sama-sama kita selamat pergi dan pulang.

Bercuti bersama bintang ABP Berita Harian & POTO di Langkawi 2011

Ikut Kami Melancong: Eropah-London (Bahagian 1)

Perhatian: Untuk segala pertanyaan, sila ajukan melalui email kepada info@pototravel.com.my. Terima kasih

Melawat 6 negara utama Eropah dalam masa 10 malam bersama POTO Travel pastinya satu peluang terbaik yang tidak patut dilepaskan. Setiap negara yang dilawati; Jerman, Switzerland, Perancis, Belanda, Belgium dan England diketahui mempunyai tarikan, sejarah dan keunikannya yang tersendiri.

Di Jerman contohnya setiba di kotaraya kewangan Frankfurt, bangunan Gothic kurun ke-14 yang dikenali sebagai Romer sedia menanti para pelawat. Bangunan-bangunan ini asalnya merupakan rumah orang-orang kaya Rom yang tingal berdagang pada zaman Holy Roman Empire sebelum dijadikan dewan bandaraya pada kurun ke-15. Perkara menarik tentang salah satu bangunan di Romer yang dikenali sebagai Zum Romer ialah dewan ini menjadi saksi pertabalan beberapa raja Jerman pada zaman dahulu termasuklah Frederick Barbarossa yang terkenal.

Bangunan Zum Romer

23 April 2012

Jom Roller-Coaster Bersama POTO

Anda suka menaiki roller-coaster? Ingin mencabar keberanian diri anda bersama kami? Jom ke Korea Selatan atau Singapura.. Video di bawah ini diambil dari tempat duduk pertama T-Express, Everland dan Battlestar Galcatica: Human vs Cylon, USS. Enjoy!!

"T-Express, Everland, Korea Selatan"

"Battlestar Galactica: Human vs Cylon, Universal Studios Singapore"


Admin: Ada insan POTO lepas naik T-Express muntah.. Alahmakk.. Ngeri..


17 April 2012

Bercuti Bersama Bintang ABPBH2011 & POTO: The Report


Jika sebelum ini pihak POTO Travel & Tours sebagai penaja bersama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) memberi peluang kepada para peminat untuk bercuti bersama Raja Azura dan Que Haidar ke Jakarta-Bandung, Linda Onn, Mawi dan Diana Danielle ke Singapura, Fara Fauzana, Saiful Apek dan Dafi ke Bali dan Shaheizy Sam, Faizal Ismail dan Lisa Surihani ke Langkawi, kini POTO Travel sekali lagi membawa para peminat bercuti bersama 3 bintang ABPBH 2011; Fasha Sandha, Nabil dan Black ke Jakarta-Bandung.

Peraduan Camera, Lights, Action!! Anjuran POTO

POTO Travel telah melancarkan peraduan Camera, Lights, Action!! di mana anda hanya perlu menghantar video percutian anda berdurasi maksima 3 minit (tidak kira ke mana sahaja destinasi anda). Peraduan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berlangsung dari 1 April sehingga 31 Mei 2012.


Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga adalah lumayan. Syarat-syarat penyertaan boleh rujuk poster di bawah. Paling penting sekali tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2012 dan borang penyertaan beserta video hendaklah sampai kepada POTO sebelum 6 Jun 2012.

Untuk mendapatkan borang penyertaan boleh klik sini.


16 April 2012

Bingkisan MATTA Fair Mac 2012



Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya perancangan POTO Travel dalam MATTA Fair yang berlangsung di PWTC pada 16-18 Mac 2012 baru-baru ini berjalan lancar dan jayanya.

Dengan rekabentuk visual wajah baru, POTO Travel menyediakan 10 booth di Dewan 1, 2, 3 dan Linkway bagi memudahkan para pelanggan membuat pertanyaan dan tempahan. Biarpun kepenatan bertugas seharian, namun krew-krew yang bertugas tetap ceria memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.