Pages

16 April 2012

Bingkisan MATTA Fair Mac 2012



Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya perancangan POTO Travel dalam MATTA Fair yang berlangsung di PWTC pada 16-18 Mac 2012 baru-baru ini berjalan lancar dan jayanya.

Dengan rekabentuk visual wajah baru, POTO Travel menyediakan 10 booth di Dewan 1, 2, 3 dan Linkway bagi memudahkan para pelanggan membuat pertanyaan dan tempahan. Biarpun kepenatan bertugas seharian, namun krew-krew yang bertugas tetap ceria memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.



Antara pakej-pakej promosi hebat pada kali ini ialah 5H3M Hong Kong-Disney-Shenzen (CX) RM2,292 seorang, 8H6M Delhi-Kashmir (MH) RM 4,098 seorang, 7H6M Beijing-Shanghai (CX) RM3,249 seorang, 10H7M Turki (MH) RM6,269 seorang, 13H10M Eastern Europe (EY) RM9,288 seorang dan banyak lagi.



Buat pertama kalinya, pihak POTO memperkenalkan Baucer Pelancongan bagi setiap seorang yang berdaftar ketika acara ini, selain sebanyak 55 cabutan telah dilakukan untuk hadiah pelanggan bertuah. Selain bertujuan sebagai tanda terima kasih pihak kami kepada mereka yang berdaftar, ia juga dapat membantu pelanggan-pelanggan mendapat diskaun bagi mengikuti rombongan POTO. Insya-Allah baucer sebegini akan diteruskan di masa hadapan lagi dan jangan lupa dapatkannya sekiranya anda terlepas pada kali ini.

Jumpa lagi krew-krew POTO Travel pada MATTA Fair KL September nanti!!







No comments:

Post a Comment