Countdown
29 May 2015
Persediaan Sebelum Melancong
Barangkali ramai sudah mengetahui apakah persediaan awal jika ingin bercuti ke luar negara. Namun, masih lagi tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan agar sesuatu perjalanan itu berjalan dengan lancar. Jom kita semak di bawah!
1. Passport
Paling penting kalau hendak ke mana-mana pun. Passport anda hendaklah dalam keadaan sah tempoh 6 bulan dari tarikh anda pulang semula ke Malaysia. Jika sudah tamat tempoh, segeralah ke imegresen untuk memperbaharui passport anda.
2. Menabung
Mempunyai banyak wang yang mencukupi amat penting di sampaing budget untuk travel plan masing-masing. Kalau bercuti bersama keluarga tentulah budgetnya lebih berbanding cuti jenis backpackers. Ini terpulang pada 'Percutian Ideal' masing-masing. Asingkan duit unutuk bercuti ke dalam tabung khas.
3. Survey / Cari maklumat
Ini juga salah satu kaedah mengurangkan kos perbelanjaan bercuti. Cuba survey ;
*Destinasi
*Harga tiket pengangkutan
*Tiket theme park/event yang dituju
Pada hari minggu, kebanyakan pusat pelancongan akan sesak (peak hour) dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal berbanding hari biasa.
Kebiasaannya di Europe, ada tempat-tempat yang ditutup ketika musim salji / winter.
4. Pakej Promosi
Untuk promosi pelancongan, cuba lihat promosi oleh Negara yang kebetulan mengadakan tahun melawat Negara/Tempat tersebut. Contohnya Tahun Melawat Malaysia 2014 banyak diadakan acara menarik yang disampingnya terdapat promosi pakej pelancongan yang menarik.
5. Agensi Pelancongan
Ada juga pelancong yang suka membuat travel plan sendiri namun bagi memudahkan/menyenangkan rancangan percutian, ada yang memilih untuk menggunakan agensi pelancongan lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ke destinasi. Ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu atau membuang masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi percutian berkumpulan, ini menjimatkan kos perjalanan apabila berkongsi kos contohnya bas/van.
6. Tarikh Sesuai
Memastikan tarikh yang dipilih sesuai dan tidak bertindan dengan aktiviti-aktiviti lain. Sebaiknya tarikh tersebut tiga bulan awal selain menyiapkan tugasan yang patut sebelum bercuti.
7. Tempahan Awal
Tempahan awal tiket perjalanan bagi mengelakkan tiket kehabisan. Biasanya harga tempahan saat-saat akhir adalah mahal berikutan permintaan yang tinggi. Namun jika nasib baik, anda juga mungkin dapat harga yang lebih murah dari harga biasa. Bagi tempahan hotel contohnya pada saat akhir, terdapat website yang menawarkan harga murah. Bagi mereka, lebih baik ada yang menginap daripada tiada langsung. Tapi ini adalah risiko yang mungkin berbaloi.
8. Wang Tunai
Wang tunai penting terutama berbelanja di luar Negara. Bagi yang menggunakan kredit kad, perlu teliti caj yang dikenakan. Pastikan kad debit/kredit anda diaktifkan untuk penggunaan luar Negara.
9. Checklist
Menyediakan checklist untuk barang-barang yang perlu dibawa untuk mengelakkan barang tertinggal terutamanya Dokumen Penting!
10. Dokumen
Dokumen penting perlulah disediakan lebih awal -passport, cek kembara, kad pengenalan, surat doctor (untuk yang mengandung dan yang tidak sihat), tiket kapal terbang.
11. Peta
Ini adalah option, cuma ia sangat membantu. peta destinasi memudahkan anda merancang jenis pengangkutan ke tempat-tempat menarik.
12. Pengangkutan
Bagi yang memilih menggunakan travel agent, masalah pengangkutan mungkin kurang mengganggu percutian. Namun, bagi yang merancang percutian sendiri, mestilah menyelidikan pilihan pengangkutan yang murah dan menyenangkan. Contohnya semasa saya merancang perjalanan dari airport di Paris ke hotel, menggunakan bas adalah lebih lama berbanding keretapi dan lebih mahal.
13. Rancang
Bagi menjimatkan perbelanjaan, tenaga dan masa, itinerary perlulah disediakan. Ini mengelakkan daripada sesat dan memanfaatkan masa yang terhad. Di anjurkan untuk mengunjungi tempat menarik yang berhampiran dahulu. Daripada perancangan, perkara tersebut boleh diatur ;
1. Jenis pengangkutan lokasi pilihan
2. Bayaran tambang
3. Tempat makan bila berhenti rehat
4. Fasiliti terdekat untuk uruskan anak-anak
14. Kongsi Barang
Berkongsi barang boleh dijadikan option bagi yang travel berkumpulan.
15. Kurangkan Pakaian
Pakaian yang dibawa jangan terlalu banyak. Bagi backpackers, kurang berat beg memudahkan perjananan. Pakaian yang dibawa hendaklah sesuai dengan destinasi yang dituju. Membawa beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor untuk diasingkan dari yang bersih selain mengasingkan pakaian basah dari yang kering.
16. Beg Pakaian
Beg pakaian mestilah yang sesuai dibawa dan sesuai dengan perancangan. Maksud saya, jika merancang untuk tidak membayar caj bagasi / 'luggage fee', berat beg dan isi kandungan hendaklah kurang dari had yang ditetapkan.
Untuk keselamatan, beg digantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon. Beg juga hendaklah dikunci dengan mangga atau 'padlock' untuk mengelakkan dibuka orang yang tidak bertanggung jawab.
Saya biasanya mengikat riben atau tali yang unik yang sama untuk setiap beg bagi memudahkan kita mengenalpasti beg dan mengelakkan kekeliruan semasa mengambil beg setiba di airport.
17. Makanan
Pastikan tempat makanan yang dipilih bersih dan halal (bagi yang muslim). Melancong ke luar negara mungkin sukar mendapatkan makanan halal. Jadi, boleh bawa makanan segera seperti mee maggi, makanan dalam tin, biskut, air minuman dan lain-lain. Hendaklah di ingat terdapat makanan yang tidak dibenarkan dibawa melalui airport.
18. Cenderahati / Shopping
Dapatkan maklumat dimana kawasan yang murah menjual cenderahati. Membeli cenderahati berlebihan antara sebab beg berat, jadi pilih-pilih lah cenderahati yang sesuai. Biasanya orang akan membeli 'fridge magnet', keychain, dan produk unik yang melambangkan tempat tersebut.
19. Kamus
Membawa buku kamus sudah tidak praktikal sekarang dengan adanya teknologi. Install Smartphone anda dengan aplikasi kamus atau aplikasi bahasa negara ditujui memudahkan.
20. Dana Kecemasan
Terdapat saranan untuk memperuntukkan 20 peratus dari anggaran perbelanjaan untuk dana kecemasan. Boleh digunakan jika berlakunya insiden yang tidak dijangka seperti sakit, kerosakan kenderaan, dan menampung perbelanjaan yang tidak terfikir dalam perancangan.
21. Keselamatan
Perkara utama yang perlu diambil perhatian ketika merancang percutian ialah keselamatan. Pencuri / penyeluk saku sentiasa ada dimana-mana di destinasi dunia ini. Malah ada yang digelar profesional. Jangan mudah ditipu ketika berada di luar negara. Pelbagai jenis 'scam' terdapat di luar sana. Lokasi penginapan juga perlu diambil kira.
Semoga percutian anda sesuatu yang bakal dikenang sepanjang hayat..
Artikel asal: KLIK
18 May 2015
Tourism Fair, Menara TM, Bangsar
Dapatkan harga istimewa untuk kesemua pakej sempena Bonanza 7. Jumpa anda di sana!
14 May 2015
Musim Luruh Yang Indah di Balkan
Mostar |
Mostar |
Mostar |
Mostar |
Vlero Bosne |
Vlero Bosne |
Vlero Bosne |
Vlero Bosne |
Vlero Bosne |
12 May 2015
JAWAB & MENANG PAKEJ PERCUTIAN SEMPENA BONANZA 7
Penghantaran "booklet" BONANZA 7 di dalam proses untuk dihantar ke rumah anda! Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik. Mudah sahaja!
Hanya jawab soalan berserta maklumat diperlukan yang terdapat di halaman belakang "booklet".
Sila hantarkan jawapan adan ke alamat ibu pejabat POTO Travel & Tours sebelum 15 Jun 2015. Tertakluk pada terma dan syarat.
Sesiapa yang inginkan "booklet" sila berikan nama, no telefon, emel serta alamat di inbox POTO Travel.
Hubungi 039200 6640 untuk pertanyaan lanjut atau layari www.pototravel.com.my!
11 May 2015
BONANZA 7 - SIRI 2
Hayati keindahan Balkan selama 14 hari bermula dari Greece ke Macedonia, Albania,
Montenegro, Bosnia dan berakhir di Croatia. Aturcara perjalanan ini
merangkumi hampir separuh semenanjung Balkan! Saksikan keunikan senibina serta
peninggalan sejarah di sana. Selain itu, anda disajikan dengan pantai yang
menawan, tasik yang membiru serta gunung yang menghijau. Amat mengasyikkan! Nikmati
pemandangan yang indah di Dubrovnik, iaitu sebuah tapak warisan UNESCO. Anda
akan dibawa untuk makan tengahari di lokasi menarik tepi sungai dan air terjun
di Buna River Spring, Blagaj. Melihat dan menghayati kesan tinggalan perang di
Bosnia serta melawat ke beberapa Masjid bersejarah seperti di Mosque of Ehthem Bey, Karadjoz Bey Mosque
dan juga Gazi Husref Bey Mosque.
Pakej paling popular dan terlaris, tidak lain tidak bukan, pakej Turki! Lawatan ini merangkumi Istanbul,
Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia, Ankara, Bolu.
Pakej ini menawarkan hotel bertaraf 4 bintang serta lokasi yang
terpilih. Berpeluang untuk menginap
selama 2 malam di Taksim Gonen Hotel, Istanbul yang berada di lokasi tumpuan
beli-belah. Kemudahan perkhidmatan angkat beg di hotel secara percuma serta
dibekalkan air mineral setiap hari. Kami memililh pemandu pelancong yang berprofessional serta ketua kumpulan
yang terlatih dan pemandu bas yang berpengalaman. Bas lawatan yang digunakan
pula adalah tidak melebihi usia 2 tahun yang dilengkapi kemudahan wifi.
Terdapat pilihan lawatan tambahan yang sememangnya dinanti-nantikan, iaitu menaiki
belon udara panas sambil menyaksikan keindahan Cappadocia!
Untuk maklumat
lanjut mengenai pakej Bonanza percutian musim luruh, sila layari laman sesawang
rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau hubungi Khidmat
Pelanggan di 03 – 9200 6640. Tempahan pakej percutian atau sebarang pertanyaan
juga boleh dilakukan melalui cawangan-cawangan POTO Travel & Tours yang
terdekat! Jom ikut kami melancong!
Mencari Makanan Halal Ketika Melancong ke Luar Negara? Jangan gusar!
Risau? Tidak yakin? Bagaimana hendak makan jika melancong ke
negara bukan Islam?
Tidak perlu khuatir kerana Allah menjaga kita dengan
larangan-larangan namun tidak menyeksa
kita berlapar ketika mengembara.
Biasanya kita lihat atau dengar-dengar bahawa jika melancong ke
negara lain pastinya akan membawa bekalan dari Malaysia.
Kita diberi pelbagai pilihan makanan untuk dinikmati jika tidak
bawa atau terlupa membawa bekalan/habis.
Kita masih boleh memilih untuk makan roti, telur, sayur-sayuran,
susu & pastinya nasi. Makanan vegetarian boleh dimakan selagi ianya tidak
bercampur dengan alkohol.
Tidak perlu menyekat diri untuk makan jika tidak menjumpai logo
Halal JAKIM pada paket makanan di luar negara. Insha Allah, ianya halal untuk
dimakan asalkan terdapat logo Halal tidak kira di dalam bentuk huruf yang macam
mana sekali pun. Terdapat negara yang status halalnya dijaga begitu ketat oleh
kerana standard integriti yang tinggi bagi sesebuah negara itu seperti
Australia dan Singapura.
PALING PENTING:
Bacalah Bismillahillazi layadhurru ma'asmihi syai-un fil ardhi
wala fissama-i wahuwassami'ul Alim setiap kali sebelum makan, Insha Allah kita
akan dilindungi daripada sebarang mudarat yang berpunca dari makanan.
Rujukan artikel daripada: Nota Perempuan Backpacker
BONANZA 7 - SIRI 1
Nikmati syurga alam
semulajadi di Switzerland. Destinasi lawatan
menarik seperti Zurich,
Interlaken, Lugano, Zermatt, Gstaad, Montreux, Lausanne, Geneva. Pakej ini adalah
pakej baru yang ditawarkan setelah lawatan tinjau dilakukan sendiri oleh POTO
Travel. Aturcara telah disusun rapi serta bersesuaian dengan kehendak
pelanggan. Sesuai dengan jolokan ‘Get
Natural’ yang amat terkenal dengan keindahan elemen alam semulajadinya,
iaitu gunung-ganang, tasik serta pohonan alpine di tanah tinggi. Lawatan ke
masjid tempatan pula pastinya memberikan elemen Islamik dalam perjalanan ini.
Temui komuniti Islam di Zurich, Lausanne dan juga Geneva. Sukakan “shopping”? Rasai keseronokan
membeli-belah secara eksklusif di perkampungan mewah Gstaad, Bahnhofstrasse dan
Fox Town Factory Outlet. Jangan lepaskan peluang menaiki kereta api ekspress
paling perlahan di dunia dari Andermatt ke Zermatt untuk menikmati keindahan
semula jadi Pergunungan Alps serta mengembara ke puncak ‘Top of Europe’ di
Jungfraujoch di mana terletaknya stesen kereta api yang tertinggi di dunia!
Kenali bumi Turkmenistan
selama 6 hari 5 malam serta kunjungi tempat menarik seperti Ashgabat, Nissa
Fortress, Gokdepe dan Mary. Pakej baru ini akan membawa anda mengenali negara
bekas jajahan Soviet yang sedang pesat membangun. Ashgabat, ibu negara
Turkmenistan ini telah dinobatkan sebagai ‘Kota Batu Marmar Putih Dunia’ oleh Guiness
World of Records’. Selami kecantikan seni bina Istana Ruhyyet, Wedding Palace, Modern “Yyldz Hotel dan Arch of Neutrality yang dibina
menggunakan batu marmar sebagai bahan asas. Terokai sejarah tapak peninggalan Nisa Fortress yang telah diiktiraf
sebagai Tapak Warisan UNESCO. Bukan itu sahaja, anda dibawa ke kota purba Merv
yang merupakan bandar terbesar di dunia pada abad ke-12 serta menziarahi Masjid
yang pertama di bina di Asia Tengah iaitu Beni
Makhan Mosque. Berpeluang menunaikan ibadah di masjid terbesar Asia Tengah, Ruhy Mosque of Saparmyrat
Hajy serta menunggang kuda kelahiran Turkmenistan yang terdiri
daripada lebih 253 jenis kuda!
Jelajahi Benua Eropah
Barat: Frankfurt, Lucerne,Paris dan Amsterdam
yang juga merupakan antara pakej baru yang ditawarkan. Masa yang cukup untuk berseronok dan menikmati suasana di setiap tempat
lawatan. Lawatan ini dikendalikan oleh pemandu yg berpengalaman serta dibantu Tour coordinator muslim yang beroperasi
24 jam dan akan membantu mengemaskini penyusunan pemandu pelancong dan
lain-lain dari masa ke semasa. Nikmati keunikan senibina lama di Amsterdam
dengan menaiki Canal Cruise & juga pemandangan kota Paris dari pelbagai
sudut yang berbeza dengan menaiki Seine Cruise! Lihatlah sendiri keunikan
budaya dan pemandangan indah kawasan pedalaman German di Titisee dengan melalui
Black Forest. Aturcara lawatan tambahan adalah menaiki kereta kabel
di Gunung Titlis, Switzerland.
Untuk maklumat
lanjut mengenai pakej Bonanza percutian musim luruh, sila layari laman sesawang
rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau hubungi Khidmat
Pelanggan di 03 – 9200 6640. Tempahan pakej percutian atau sebarang pertanyaan
juga boleh dilakukan melalui cawangan-cawangan POTO Travel & Tours yang
terdekat! Jom ikut kami melancong!
Subscribe to:
Posts (Atom)