Countdown

20 June 2012

Rilisan Berita: Pakej Melancong Bonanza! POTO Travel

Anda Tidak Percaya? Percayalah. Melancong dengan harga yang murah giler, ke pelbagai destinasi menarik dunia dengan perkhidmatan yang berkualiti bertemakan musim luruh yang indah.

Anda tidak percaya? Percayalah!
Kuala Lumpur, Mei 22, 2012: Itulah "tagline" POTO Travel dalam Melancarkan Pakej Melancong Bonanza POTO 2012. Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki oleh Bumiputera dan telah beroperasi selama hampir 10 tahun, POTO Travel yakin bahawa inilah cara terbaik untuk menghargai para pelanggan yang selama ini begitu setia menyokongnya.  

8 June 2012

Ikut Kami Melancong: Turki (Bahagian 1)

Republik Turki. Terkenal dengan sejarah keagungan empayar Islam Uthmaniyyah yang bermula pada abad ke-13 (1299) oleh Sultan Uthman 1 dari keturunan Oghuz Turks sehinggalah Sultan Abdul Mejid pada pertengahan abad ke-19 (1922). Besarnya empayar khalifah Islam terakhir ini bermula dari Hungary hingga ke Somalia dan dari Algeria ke negara Iran. Kejayaan terbesar empayar ini adalah ketika menakluk kota Constantinople pada tahun 1453 oleh Sultan Mehmed II yang ketika itu hanya berusia 21 tahun dan lantas nama kota ini ditukar kepada Istanbul sehingga ke hari ini. Selain itu, kesan-kesan sejarah empayar kerajaan Byzantine (Empayar Rom Timur atau Rom Baru selepas kejatuhan Empayar Rom Barat), Hittite, Assyria dan juga kerajaan Troy di mana kisah kejelitaan Helen yang dilarikan Putera Paris menjadi punca Peperangan Trojan dengan kerajaan Sparta (Archaens) seperti yang diceritakan oleh Homer dalam karyanya Iliad juga terdapat di serata Turki. Menariknya negara ini juga pernah menjadi sebahagian jajahan takluk Iskandar Zulkarnain dari empayar Macedon.

Pemandangan indah kota Istanbul dan Lautan Marmara

7 June 2012

Santai POTO: Video Lucu Staff KL

Ruangan baru ini diwujudkan bagi memenuhi waktu-waktu santai dengan aksi-aksi lucu daripada POTO Travel samada staffnya atau tour leadernya atau tour guidenya atau pun para tetamu yang mengikuti rombongan sendiri. Sekiranya ada sesiapa yang sudi share kepada kami aksi-aksi lucu dalam bentuk gambar atau video boleh email kepada saya di fie@pototravel.com.my.

Untuk kali ini adalah video-video yang dihasilkan oleh tenaga kerja POTO Travel bagi pembentangan kursus tour leader pada tahun lepas. Sama-sama kita enjoice aksi-aksi mereka yang biasa anda lihat bersopan di pejabat, terutamanya Director.. Ehemm.. Operation.. Ehemm..

Amaran: Sila jangan tengok berseorangan dalam gelap takut nanti mengigau.



6 June 2012

Pakej Bonanza POTO: Anda tidak percaya?

Tanggal 22 Mei bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur menjadi satu tarikh bersejarah buat pelanggan-pelanggan baru dan lama POTO Travel kerana buat pertama kalinya POTO memperkenalkan Pakej Melancong Bonanza. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Program Radio RTM dan turut dihadiri oleh wakil-wakil badan pelancongan, syarikat penerbangan, hotel dan media tempatan seperti Korea Tourism Board, Egypt Airlines, Qatar Airways, Kagum Hotel Indonesia, Vietnam Airlines, Utusan Karya, Kumpulan Karangkraf dan lain-lain lagi.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah Program Radio RTM