Countdown

8 December 2015

Apa Yang Anda Perlu tahu Sebelum Mengembara Atau Melancong ke Turki

Turki sememangnya tidak asing lagi di dalam dunia destinasi pelancongan. Setiap kali, pasti terdapat banyak permintaan untuk melancong ke negara dua benua itu. Malah, ada juga pakej umrah yang menawarkan untuk ke Turki, iaitu Istanbul. Pelbagai tempat sejarah dilawati seperti Blue Mosque, Topkapi Palace dan beberapa tempat menarik yang lain.
Di sini, admin ingin kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum bercuti ke Turki. Jom kita lihat di bawah:

Oh Cappadocia!

Salah satu destinasi yang perlu anda kunjungi jika tidak mahu menyesal. Untuk si pengembara, jangan pernah cuba untuk "skip" trip anda ke sini, kalau tidak, pasti akan menyesal. Jika ingin berjimat, boleh menaiki bas express pada jam 8 malam dari Istanbul. Harga tiket adalah dalam lingkungan 65 Turkish Lira, bersamaan RM 85. Anda akan tiba di sana dalam jam 730 pagi. Tidak perlu mengeluarkan wang untuk menginap di sana.

Pada pagi tu bolehlah berjalan-jalan di sekitar Cappadocia. Melawatlah ke tempat-tempat popular yang disarankan iaitu Open Air Museum, Pasabag sambil menyaksikan matahari terbenam di atas bukit. Keesokan harinya boleh menaiki hot air balloon, atau belon udara panas pada waktu pagi.  Lihatlah sendiri betapa cantiknya pemandangan jika dilihat dari atas. Harga tiket pula bermula dari 75 euro – 150 euro. 
Bagi yang mengikuti POTO Travel, anda akan bermalam selama 2 hari di Cappadocia. Berpeluang menyaksikan persembahan budaya di Cappadocia Night Show dengan harga USD 60 seorang. Selain itu, melawat bandar bawah tanah yang penuh bersejarah, Underground City Of Kaymakli serta Uchisar Village dan Pasabag Valley . Berpeluang membeli permaidani & termbikar buatan tangan di Carpet factory & Pottery di Avanos Village. peminat batu permata, anda berpeluang untuk membelinya di Jewelley Shop, iaitu batu permata yang terkenal di Turki.  Masa anda dapat diluangkan lebih di sini

Tiada Tandas Percuma

Kebanyakan anda akan jumpa tandas yang bebayar, memang tidak jumpa tanda yang free. Harga untuk memasuki tandas pula sebanyak 1 Turkish Lira. Walaupun anda ke masjid, anda tetap perlu membayar jika ingin ke tandas. Namun, tandasnya & tempat mengambil wudhuk terletak di bangunan yang berasingan.

Kalau yang jenis pantang nampak tandas mesti nak singgah, maka perlu sediakan bajet untuk ke tandas. Tandas di sini pula jenis yang duduk dan bidet air, iaitu air yang pancut dari bawah.    

 Peminat Tegar Sos Cili Perlu Membawa Sos Cili Sendiri



Ya, di Turki tiada sos cili, maka bagi sesiapa yang tidak boleh hidup tanpa sos cili jika makan bersama burger ke, kebab ke, bawalah bersama. Botol boleh, dalam pakej kecil pun boleh. Kerana di Turki, , mereka makan kebab, roti ikan dan apa-apa tanpa menggunakan sos. Jika saya, sos cili seperti suatu kemestian jika makan. tak kiralah makanan apapun. Sedapkan?


Burger Ikan!


Cubalah rasa burger ikan ni. Sedap! Rasanya sungguh istimewa kerana ikannya dibakar segar dengan roti yang besar. Nak makan pasti mulut tak muat. Macam biasa, tiada disediakan sos. Maka, kena la guna sos sendiri ya.

Boleh jumpa burger ni ketika dari Istanbul ke Bursa menaiki feri. Di atas tu terdapat kafe yang menjual pelbagai makanan & minuman. Kos makanan adalah sendirian berhad.

Jus oren terbaik

Minuman yang wajib anda rasa, iaitu jus oren yang segar dan pekat. 3 biji oren diperah dengan tangan menggunakan mesin khas. Rasanya memang terbaik.
Jika di Cappadoccia, harga secawan jus oren ini adalah dalam 4 turkish lira. Tapi di Istanbul, harganya berbeza-beza, bermula serendah 2 TL hingga 4 TL, bergantung pada lokasi dan berapa besar cawannya.
Jangan lepaskan peluang untuk minum tau!

Pamukkale

Orang memang lebih mengenali keistimewaan Istanbul dan cappadocia, namun saya ingin kongsikan satu tempat yang wajib anda kunjungi, iaitu Pamukkale. Mempunyai keistimewaanya yang tersendiri sehingga disenaraikan dalam UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

Pamukkale, merupakan bahasa Turki, di mana “Pamuk” adalah kapas dan “Kale” pula bererti benteng yang membawa maksud Cotton Castle atau istana kapas. Ia juga digelar sebagai istana putih. Ia adalah sebuah kolam air panas semula jadi yang terletak di Denizli di barat daya Turki.

Bolehlah berendam kaki di kolam teres putih dengan air hangat yang juga dipanggil sebagai Travertines. baca selanjutnya di sini mengenai Pamukkale !
Sumber kredit: Sayabackpacker

No comments:

Post a Comment