Countdown

20 June 2015

Keindahan Musim Luruh


PEMANDANGAN indah musim luruh sudah tentu mengasyikkan setiap mata yang melihat bukti kebesaran yang maha esa. Malah ia turut menenangkan hati dan sanubari setiap insan yang berpeluang mengembara ke negara-negara yang beriklim peralihan dari musim panas ke musim sejuk itu.

Dengan hawa sederhana dan waktu siang yang pendek, musim luruh merupakan musim di mana kebanyakkan tumbuhan dituai dan pokok-pokok menggugurkan daun-daun pelbagai warna.

Musim tersebut yang bermula sekitar Mac di bahagian Selatan dan September di Utara dengan suhu di antara 15 ke 30 darjah Celsius begitu sesuai untuk pengembara memulakan perjalanan ke destinasi pilihan.

Pada waktu itu, beberapa negara terkenal dengan pemandangan 'daun luruh' turut menawarkan pelbagai pakej pelancongan istimewa buat mereka yang ingin merasai pengalaman menikmati keindahan musim tersebut.

Antara negara yang menawarkan percutian musim luruh ialah Turki yang terkenal dengan kehalusan seni dan proses pembuatan barangan seperti ukiran kayu, karpet dan alat muzik.

Jika berpeluang menjelajah ke Istanbul, anda boleh menikmati pemandangan yang sungguh indah di sepanjang perjalanan selain mengunjungi beberapa tempat menarik peninggalan awal penduduk Islam di negara tersebut.

Turki merupakan satu-satunya bandaraya di dunia yang mengabungkan dua benua iaitu Eropah dan Asia.

Ia turut dikenali melalui sejarah keunikan senibina hasil karya arkitek terkenal seperti Mehmet Alga dan Ibnu Sina.

Antaranya ialah Blue Mosque atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru. Selain itu, tidak ketinggalan Hippodrome yang pernah digunakan gladiator dahulu kala.

Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat tarian Mevlana terkenal iaitu Wherling Derwish yang merupakan satu tarian di mana penarinya mampu berputar untuk satu jangka masa yang panjang.

Istana Topkapi yang menyimpan pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah S.A.W seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki baginda dan sebagainya juga merupakan antara destinasi pilihan pelancong.

Pengunjung juga boleh melawat ke St. Sophia, sebuah bangunan yang pernah dijadikan gereja, masjid dan kini ia dijadikan muzium selain melawat ke Bazar Grand Covered, bazar tertutup terbesar di dunia yang memiliki lebih 4,000 buah kedai.

Kalau berkunjung ke Uzbekistan pula, pengunjung boleh merasai kelazatan makanan tradisi masyarakat tempatan yang dipengaruhi oleh gaya masakan ala Rusia seperti Plov, Lipioshka, Manty, Samsa, Strogan, Shorpa, Shashlyk dan Pirmeni. Ia di tambah dengan keenakkan minuman kebangsaan seperti Shampanski yang merupakan wine tempatan dan sejenis yogurt istimewa diberi nama Kefir sambil menikmati pemandangan musim luruh.

Antara tempat-tempat terkenal di ibu kota Bukhara ialah seperti di Poi Kalyan Ensemble Minaret, Masjid Madrasah Mini Arab, Madrasah Emir Alim Khan, Taqi, Madrasah Kukeldash, Nadir Divanbegi, Magok I Attari dan Lyab I Hauz.

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat keagungan seni bina di Ark Fortress, Komplek Bolo Hauz, Ulug Beg, Madrasah Abdul Aziz, Muzium Chor Minor, Ismael Samani, Chashma Ayub dan pusat beli belah terkenal Gold Market yang turut menyajikan landskap indah musim luruh di kawasan tersebut.

Manakala di kawasan luar bandar pula, terdapat tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti di Bakhauddin Nakhsbandi Ensemble, Masjid Abdul Faiz Khan dan Masjid Muzaffar Khan.

Buat mereka yang berminat dengan kesenian boleh mengunjungi ke sekitar bandar Tashkent yang menyediakan pelbagai barangan seni antaranya di Komplek Zangi Ota, Muzium Sejarah Uzbekistan, Muzium Kesenian Applied, Tashkent Metro dan juga Broadway yang merupakan kawasan pejalan kaki termasyur dipenuhi dengan artis tempatan yang mempamerkan hasil seni, cenderahati, gerai makanan tempatan dan monumen moden.

Di Korea Selatan pula, pasti kita teringat dengan filem 'winter sonata' yang begitu sinonim dengan musim luruh selain perayaan Chuseok atau dikenali dengan nama lain sebagai Hangawi. Perayaan tersebut disambut meriah oleh masyarakat setempat selama tiga hari dengan berkongsi juadah makanan tradisi.

Sepanjang musim luruh di negara tersebut, pengunjung boleh menyaksikan suasana mesra daripada penduduk tempatan sambil mengunjungi tempat-tempat menarik seperti ke Pulau Nami, Everland yang merupakan taman tema tercantik di Korea Selatan dan pasar terkenal Namdaemun yang popular dengan kerongsang untuk wanita.

Selain itu, Istana Kyongbok yang dibina pada 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun juga menyaksikan pelbagai keunikan musim luruh.

Di China, negara tersebut juga menawarkan pakej menarik buat mereka yang ingin menikmati keindahan musim luruh di sana.

Pengunjung boleh meluangkan masa dengan melawat ke Tiananmen Square dan Forbidden City yang terkenal dengan keunikan reka bentuk zaman dahulu kala.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melawat beberapa kawasan manarik untuk menikmati musim luruh seperti di Summer Palace, Fresh Water Pearl Center dan Sunny Gold Street selain mengunjungi salah satu daripada tujuh keajaiban dunia, Tembok Besar China yang merupakan mercu tanda buat negara itu.

Manakala di sebelah Eropah pula, pelbagai festival diadakan untuk merai kedatangan musim luruh dengan meriahnya di sekitar bandar-bandar utama seperti di Frankfurt, German dan juga kota metropolitan terkenal dengan suasana romantik dan khayalan, Paris.

Pengunjung boleh melihat sendiri keindahan suasana musim luruh di Schaffhausen untuk menyaksikan air terjun terbesar di Eropah iaitu The Rhinefalls melalui Black Forest sambil menghayati pemandangan yang indah.

Selain itu, pengunjung boleh melawat ke Gunung Titlis dengan ketinggian 3,020 meter yang mempunyai salji sepanjang tahun dengan menaiki kereta kabel. Di sini anda dapat menyaksikan panorama yang cukup menarik selain berpeluang bermain luncur salji.

Di Paris pula, anda boleh menyaksikan panorama menarik dari Menara Eiffel, Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Lauvre, Champs-Elysees ataupun Cathedral of Notre Dame yang dibuat daripada gelas kaca selain menyusuri Sungai Seine dengan bot di mana anda dapat melihat bangunan yang merupakan peninggalan sejarah Napoleoun Bonarparte berusia 2,000 tahun.

Juga jangan ketinggalan untuk melawat Amsterdam kerana bandaraya itu juga menarik untuk dikunjungi lebih-lebih lagi pada musim luruh.

Dengan menyusuri sungai menaiki Canal Cruise yang merupakan pengangkutan air terkenal di Kota Amsterdam, anda berpeluang menikmati pemandangan menarik sambil menghayati keunikan bangunan dan kesan peninggalan sejarah.

Bagi keterangan lanjut sila hubungi 03 - 9200 6640 atau layari laman web www.pototravel.com.my bagi mendapatkan potongan harga terendah promosi musim luruh ke destinasi pilihan.



No comments:

Post a Comment