Countdown

20 January 2014

Hello Odaiba! (Bahagian Kedua)



 bersambung dari bahagian 1...

Palette Town ini pula terdiri daripada beberapa tarikan dengan pusat membeli-belah besar yang dikenali sebagai Venus Fort. Venus Fort telah dibuka pada tahun 1999 dan direka seperti pada zaman Eropah abad ke-17.  Banyak persamaan hiasan yang terdapat pada Venus Fort yang diilhamkan dari  Istana Caesar di Las Vegas.



Venus Port yang terdapat di Palette Town



 
Terletak hanya di bawah kota Venus ini  ialah pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Sun Walk yang menempatkan koleksi kedai-kedai untuk haiwan peliharaan. Bolehlah membawa haiwan kesayangan di sini untuk dandanan rambut serta makeover! Difahamkan, ramai penduduk di sini menyewa anjing untuk dibawa berjalan-jalan. Ia kedengaran agak pelik tetapi ia amat popular di kalangan penduduk tempatan yang mungkin tidak mempunyai sebuah pangsapuri yang besar dan tidak banyak ruang untuk haiwan peliharaan.






Tarikan lain yang membentuk bandar Palette adalah termasuk pameran Teknologi  Toyota Mega Web, yang terletak di pusat membeli-belah bandar Palette di tengah-tengah Tokyo’s waterfront entertainment suburb of Odaiba atau Hiburan pantai Tokyo di pinggir bandar Odaiba, di mana Toyota sendiri mengisytiharkan taman tema kereta. Toyota Mega Web terdiri daripada enam pameran seperti History Garage, Universal Design Showcase, Toyota City Showcase, Ride One dan the Kids Hybrid Ride One.

Pintu masuk Mega Web

Bahagian yang terbesar di Mega web adalah Pameran bandar Toyota. Di sini boleh melihat kesemua produk Toyota yang terkini dan juga yang akan datang serta melawat tarikan gerakan simulator yang dikenali sebagai Mega Theater Teater Mega. Terdapat juga beberapa permainan dan tarikan di Mega Web yang popular iaitu  Ride One.

Ride One membenarkan mana-mana pemandu yang berlesen untuk test drive salah satu kereta Toyota yang terkini  sebanyak 1.3km, dan menjalani kursus ujian sebanyak dua pusingan yang menghubungkan 3 astaka. Apa yang menariknya ialah anda boleh memilih mana-mana kereta yang disukai untuk mendapatkan feel untuk kursus ujian dengan bayaran sebanyak 300 yen. Terdapat juga untuk kanak-kanak, iaitu Kids Hybrid Ride One yang boleh dipandu sekitar litar 150m!

Saya juga ada mengunjungi ke bahagian lain di mega Web iaitu History Garage dan juga pameran  Universal Design. History Garage mempamerkan beberapa koleksi kereta yang digemari di dalam sejarah dari seluruh dunia dari tahun 1950-an hingga 1970-an, manakala pameran Universal Design pula membentangkan kepada kita beberapa kaedah atau cara kereta moden ini direka untuk menyesuaikan dengan kehidupan kita.

History Garage

Pameran Universal Design

Kids Hybrid Ride One. Comel!
Kemudian, singgah di satu kawasan yang sangat popular dan tidak asing lagi di Odaiba, iaitu Decks Tokyo Beach yang merupakan sebuah kompleks perdagangan . ia adalah pusat membeli-belah hiburan yang terbesar serta banyak tarikan lain yang diadakan sepanjang hari.  Boleh bersantai sambil menikmati makanan di luar tidak kira golongan muda mahupun tua.


 
Sangat cantik pada waktu malam!
Terdapat beberapa tempat makanan yang luas dan sangat popular di kalangan pelancong antaranya ialah Muzium Odaiba Tokoyaki! Ia adalah sebuah taman tema makanan yang kebanyakan dihasilkan dalam takoyaki. Bagi yang tidak mengenali apa itu Takoyaki, ia adalah sejenis makanan pastri yang kaya dengan ayam atau sotong yang berbentuk seakan ladu. Dibuka pada 6 November 2010, ia terletak di “Laluan Beli-Belah Daiba Icchome” yang menjual lebih daripada 30 jenis Takoyaki yang lazat! Muzium ini juga ada menjual barangan yang berkaitan dengan Takoyaki.

Seterusnya ialah Tsukiji Tama Sushi yang terletak di cawangan Daiba.  Wujud sejak tahun 1924, ia  menawarkan makanan sushi yang enak-enak belaka. Boleh menikmati pelbagai jenis makanan antaranya ialah tuna, salmon, telur dan banyak lagi sehingga puas. Tidak perlu risau kerana menu ini boleh diperolehi dalam bahasa Inggeris selain Cina dan Korea. Tempat makanan lain yang digemari ialah sebuah Restoran India yang telah didirikan selama 30 tahun yang menawarkan pelbagai jenis masakan asli India , iaitu Restoran Khazana. Boleh dimakan tanpa rasa ragu-ragu kerana kesemua hidangannya  mengikut dan menepati kaedah pemakanan Islam.

Sambil menjamah dan menikmati makanan, saya bersantai di Daiba Memorial Tree dengan melihat sekitar pemandangan pokok hidup yang dihiasi dan merupakan pokok yang tertinggi di Tokyo kira-kira 20 meter. Terdapat sebanyak 120 ribu lampu LED dan bertukar warna setiap 15 minit ketika muzik dipasangkan. Difahamkan ianya berlampu sehingga 16 Mac 2014 sahaja, memaparkan keindahan Rainbow Bridge, Tokyo Tower dan Tokyo Sky Tree.

Odaiba Takoyaki Museum. Nyummy!




Semua barangan berupa Takoyaki!


Tsukiji Tama Sushi




 
Restoran Khazana



 
Antara makanan yang terdapat di Restoran Khazana
 
Daiba Memorial Tree


Sebelum menamatkan perjalanan ke Odaiba, lawatan terakhir yang dikunjungi ialah Ooedo Onsen Monogatari yang dibuka sekitar tahun 2003 sebagai taman tema air panas yang pertama dan hanya terdapat di Tokyo. Dikenali sebagai Onsen, ia dibina ala-ala gaya tradisional Jepun yang menempatkan 14 jenis tempat mandi termasuklah indoor baths yang menggunakan air dari mata air semulajadi panas yang dipam dari sumber bawah tanah kira-kira 1,400 meter.

Monogatari pula memiliki makna cerita dongeng  yang sesuai dengan namanya itu.  Suasana didalam Onsen ini ditubuhkan semirip pada zaman Edo, iaitu era Tokyo pada ratusan tahun silam. Berendam di Onsen ini sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat tempatan sejak turun-temurun. Ia berdekatan dan tidak jauh dari Stesen Telekom center Saya menghabiskan masa santai di situ dengan merendam kaki di open baths dan memakai Yukata, iaitu jubah kasual dari tempat membeli-belah  Hirokoji dan Yaoyacho.

Pelbagai kemudahan hiburan lain yang disediakan di Ooedo Onsen Monogatari seperti makanan, tempat rekreasi serta  layanan perkhidmatan seperti urut. Tempat ini  sesuai untuk seisi keluarga yang ingin menikmati suasana tradisional dan bermandi di kolam mandian air panas ala-ala Jepun. Onsen ini telah dilengkapi dengan panduan mengenai prosedur disini yang dilengkapi dengan bahasa Inggeris dan Jepun


Jubah yang dipanggil sebagai Yukata



Berendam kaki di Open Baths
Bagi saya, seharian berada di Odaiba ini tidak cukup untuk ke tempat-tempat menarik lain memandangkan ia merupakan pusat bandar yang sangat besar. Namun, saya sangat berpuas hati dan gembira kerana ia merupakan pengalaman yang baru kepada saya. Semoga bertemu lagi di sini di lain masa! Jom ke Odaiba dengan mengikuti pakej ke Tokyo dengan harga RM 5,199 selama 6 hari dan 4 malam. Diskaun yang istimewa diberikan kepada warga emas dan juga kanak-kanak. Banyak tempat menarik yang lain yang akan kunjungi selain ke Odaiba! Untuk mengetahui info lanjut mengenai perlepasan bulan April-Jun, sila layari laman sesawang rasmi POTO di www.pototravel.com.my atau hubungi kami di talian 03-9200 6640.

No comments:

Post a Comment