Countdown

18 January 2014

Hello Odaiba! (Bahagian Pertama)

Jika ditanya mengenai Odaiba, sudah tentunya ia sudah dikenali orang ramai kerana di situlah merupakan tempat tarikan yang popular. Bagi yang masih tidak tahu, di sini saya inginkan kongsikan pengalaman ke Odaiba pula yang pasti membuatkan anda juga turut teruja! 

Odaiba ialah sebuah pulau buatan yang sangat besar di Teluk Tokyo dan dibina pertama kalinya pada  tahun 1850 untuk tujuan pertahanan ketenteraan. Kini, ia telah berkembang menjadi salah satu destinasi atau lokasi untuk membeli-belah, bersiar-siar, serta tempat meluangkan masa bersama. Boleh juga bersantai di sini dengan menggunakan penjalan kaki yang dibina  memandangkan terdapat taman-taman, dan beberapa tempat yang menarik untuk para pengunjung. Nama Odaiba sering membawa maksud seluruh Pusat Bandaraya Sampingan Dermaga Tokyo yang merangkumi daerah-daerah Ariake dan Aomi di Wad Koto dan daerah Higashi-Yashio di Wad Shinagawa.
Untuk pergi ke Odaiba, saya mengambil perkhidmatan Tokyo Water Bus dari Hinode Pier dengan harga bayaran sebanyak 760 yen untuk dewasa. Water bus ini kelihatan seperti mata belalang yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian open air pada tingkat atas serta bahagian pada tingkat bawah yang menempatkan café, juga merupakan bahagian yang tertutup. Perjalanan ke Odaiba ini memakan masa kira-kira 30 minit tidak terasa memandangkan leka menyaksikan pemandangan pinggir Bandar kora Megapolis Tokyo di bahagian tingkat atas water bus ini.

Inilah dia Tokyo Water Bus
Kawasan dalaman Tokyo Water Bus

Sampai di Odaiba, saya berkunjung dan menyaksikan  Rainbow Bridge yang merupakan jambatan gantung yang menghubungkan Odaiba dan Bandar Tokyo. Ia menyeberangi utara Tokyo Bay di antara Shibaura Pier dan pembangunan pantai Odaiba di Minato, Tokyo, Jepun. Jambatan ini mula dibina pada tahun 1987 dan telah siap pada tahun 1993. Mempunyai ketinggian sebanyak 2,618 kaki, ia secara rasmi telah digelar sebagai “Shuto Expressway No 11 Daiba Route - Port of Tokyo Connector Bridge” atau di dalam bahasa melayunya ialah Laluan Daiba No 11 Lebuhraya Shuto – Penyambung jambatan pelabuhan Tokyo di mana nama Rainbow Bridge diambil setelah mendapat persetujuan orang ramai. 

Menara-menara yang menyokong jambatan ini adalah berwarna putih, direka untuk menyelaraskan dengan pusat kaki langit Tokyo yang dilihat dari Odaiba. Terdapat lampu-lampu yang diletakkan pada wayar penyokong jambatan, di mana ia telah diterangi dengan tiga warna yang berbeza iaitu merah, putih dan hijau. Tenaga solar ini digunakan setiap malam yang telah diperolehi di siang hari. Jambatan ini boleh dilalui dengan berjalan kaki dari Stesen Tamachi (JR Timur) atau Stesen Shibaura-futo (Yurikamome) yang terletak di bahagian tanah besar.

Rainbow Bridge pada waktu siang


Sangat cantik pada waktu malam!

Patung Liberty yang terdapat di Odaiba.

Singgah di Daikanransha untuk menyaksikan ferris yang tertinggi di dunia yang dibuka sekitar pada tahun 1999 selepas puas menyaksikan Rainbow Bridge. Mempunyai ketinggian kira-kira 337 kaki terletak di Palette Town, Odaiba, Tokyo, Jepun. Daikanrasha telah hilang statusnya sebagai roda Ferris tertinggi kepada London Eye yang mempunyai ketinggian 443 kaki yang dibuka secara rasmi pada 31 Disember 1999. Namun begitu, ia tidak dapat dibuka kepada orang ramai sehingga Mac 2000 di atas masalah teknikal.

Daikanransha menjadi roda ferris yang ketiga tertinggi  sejak penutupan Sky Dream Fukukoka pada September 2009 dengan ketinggian kira-kira 394 kaki, iaitu roda ferris kedua tertinggi yang masih beroperasi, selepas Diamond dan Flower Ferris Wheel yang mempunyai ketinggian sebanyak 384 kaki. Ia juga dikategorikan di dalam roda Ferris yang ke- 10 yang tertinggi di dalam Asia dan juga yang ke-12 tertinggi di dalam Dunia yang pernah dibina. 

Daikanransha boleh dilihat dari kawasan bandar tengah Tokyo, dan para pengunjung boleh melihat Menara Tokyo, twin-deck  Rainbow Bridge, dan Lapangan Terbang Haneda, serta pusat bandar Tokyo, semasa di dalam perjalanan mereka selama 16 minit.  Semenanjung Boso dan Gunung Fuji, gunung  yang tertinggi di Jepun, juga boleh dilihat pada waktu siang,  dan pada waktu malam roda ferris ini diterangi oleh sebanyak 120,000 tiub neon yang diprogramkan untuk memaparkan pelbagai corak dalam lebih 100 warna!







London Eye, England
Bagi peminat Gundam pula ,  destinasi yang pertama yang perlu dikunjungi sebaik sahaja tiba di stesen Tokyo Teleport semestinya melawat Gundam Front Tokyo atau  Gundam gergasi yang terletak di hadapan bangunan Tokyo Diver City atau (TDC). Terdapat patung gundam gergasi yang mempunyai ketinggian kira-kira 18 meter! Dikatakan ia adalah merujuk kepada saiz Gundam yang sebenar. Patung gundam ini juga boleh bergerak serta mengeluarkan bunyi. Sungguh menakjubkan! Saya turut teruja walaupun bukanlah peminat setia gundam. Saya melihat sebahagian besar pengunjung yang datang dan bergambar ke sini kebanyakan mereka yang berjantina lelaki dan wanita yang berumur lebih suku abad memandangkan Gundam ini telah wujud lebih 30 tahun. Mungkin mereka berasa sangat teruja mengenangkan zaman-zaman dahulu meminati Gundam.

Di dalam bangunan Tokyo Diver City ini terdapat pelbagai butik untuk membeli-belah. Saya “tersangkut” lebih kurang sejam lebih  dalam mencari barang-barang yang ingin dibeli. Rambang mata, tambahan pula diadakan jualan untuk tahun baru!



Tokyo Diver City dari jarak jauh




Seterusnya saya dikejutkan pula dengan pelbagai program  TV Fuji yang sedang disiarkan dari monitor-monitor yang disediakan apabila tiba di bangunan Fuji Televisyen! Ia  adalah sebuah stesen televisyen Jepun yang terletak di Daiba, Minato, Tokyo, Jepun, di mana juga dikenali sebagai Fuji TV Atau CX, berdasarkan stesen call sign "JOCX-DTV"  yang  merupakan stesen perdana News Network Fuji (FNN) dan Sistem Rangkaian Fuji.

Dimiliki oleh syarikat induk Kumpulan Komunikasi Fujisankei, Fuji Media Holdings, tiga stesen televisyen premium dikendalikan iaitu Fuji Tv One untuk sukan dan pelbagai, Fuji TV Two untuk rancangan drama atau anime dan Fuji TV Next untuk siaran langsung rancangan premium yang boleh didapati dalam High-Definition. Boleh mengambil gambar sebagai kenang-kenangan di bahagian lain bangunan Fuji TV yang dibuka kepada umum pada beberapa tingkat  untuk menikmati kehebatan teknologi di stesen TV yang paling tersohor di Jepun.



kawasan dalaman bangunan Fuji TV



bersambung...
 

No comments:

Post a Comment