Countdown

19 July 2013

Kembara Mistika di Disneyland Hong Kong



Disneyland Hong Kong telah dibuka secara rasminya untuk kunjungan orang ramai pada tahun 2005.

Setelah 8 tahun dibuka, kini Disneyland Hong Kong muncul dengan penambahan satu lagi daya tarikan yang terbaru iaitu taman tema Mystic Point.

Mystic Point berkonsepkan sebuah kawasan estet barat pada tahun 1896 dengan sebuah rumah agam besar kepunyaan Lord Henry Mystic. Saudagar kaya ini gemar mengembara ke serata dunia dan membawa pulang barang-barang antik yang pelik dan menakutkan.

Anda berpeluang untuk masuk ke dalam rumah agam beliau yang juga dikenali sebagai Mystic Manor.  Dengan menaiki kereta kabel kecil, anda akan dibawa ke seluruh kawasan rumah tersebut untuk menyelongkar segala misteri di sebalik barangan antik yang terdapat di dalamnya. Jangan melatah pula nanti jika terserempak dengan patung-patung yang bergerak!

Di sekitar kawasan Mystic Manor tidak kurang menariknya juga. Diberi nama Garden of Wonders dan Mystic Point Freight Depot. Kedua-dua tempat ini menyediakan pelbagai skulptur dengan ilusi 3D, tempat yang perfect untuk berseronok sambil mengambil gambar! Anda boleh tengok gambar-gambar di bawah nanti.

Selain Mystic Point, Disneyland Hong Kong mempunyai 6 taman tema lain yang tidak kurang hebatnya: Main Street USA, Adventureland, Tomorrowland, Fantasyland, Toy Story Land dan Grizzly Gulch.

Apa tunggu lagi? Jom terbang ke Disneyland Hong Kong!

Klik di sini untuk ke laman sesawang rasmi Disneyland Hong Kong: http://bit.ly/disneylandHK

Video dan gambar-gambar menarik mengenai Mystic Point:



Kawasan Mystic Point
Lakaran potret Lord Henry Mystic
Di dalam rumah agam Mystic Manor
Di dalam rumah agam Mystic Manor
Antara barangan antik misteri di dalam Mystic Manor
Antara barangan antik misteri di dalam Mystic Manor
Kedai cenderahati di Mystic Point
Garden of Wonders 
Garden of Wonders 
Garden of Wonders 
Garden of Wonders 
Mystic Point Freight Depot
Mystic Point Freight Depot
Mystic Point di waktu malam
Sekiranya anda berminat untuk ke Disneyland Hong Kong, POTO ada menyediakan pakej menarik dengan tawaran harga runtuh:
  1. Pakej Hong Kong-Disneyland-Shenzhen (5H4M) menggunakan penerbangan MAS (Itinerari : http://bit.ly/HK-MH)
  2. Pakej Hong Kong-Disneyland-Shenzhen (5H4M) menggunakan penerbangan Cathay Pacific (Itinerari : http://bit.ly/HK-CX)
Kesemua pakej di atas adalah untuk pelepasan bulan September and Oktober 2013. Jadi, jangan ketinggalan!

Senarai tarikh pelepasan serta maklumat ringkas untuk setiap pakej adalah seperti yang tertera di bawah:


No comments:

Post a Comment