Countdown

23 July 2013

Berkelana ke perkampungan Hobbit di New Zealand



Filem trilogi Lord of the Rings dan yang terbaru filem The Hobbits telah menjadikan nama masyarakat kerdil fantasi ini disayangi di serata dunia. Paling popular ialah Frodo dan Sam. Badan yang kecil, berambut kerinting, tapak kaki besar dan yang utamanya semangat perjuangan yang kental, adalah ciri-ciri istimewa makhluk Hobbit.

Di Matamata, kawasan yang terletak nun di Kepulauan Utara New Zealand, terbinanya perkampungan fiksyen masyarakat Hobbit yang dipanggil Hobbiton. Tempat yang pada asalnya menjadi lokasi perfileman, kini dikekalkan dan dipromosikan menjadi salah satu daya tarikan pelancongan utama di negara burung Kiwi ini.

Setibanya di kawasan Hobbiton ini, pancaindera anda akan disambut dengan permandangan kawasan padang menghijau dan beralun yang begitu mendamaikan. Tersergam indah beberapa rumah kecil mirip rumah tradisional Inggeris, didiami oleh masyarakat Hobbit ini. Setiap rumah dilengkapi dengan perabot-perabot kayu yang sangat unik rekabentuk ukirannya. 


Frodo and Sam, makhluk Hobbit paling terkenal daripada filem Lord of the Rings
(Sumber: www.planetminecraft.com)
Rumah-rumah ala Inggeris di Hobbiton (Sumber: www.hobbitontours.com)
Permandangan menghijau yang damai di Hobbiton (Sumber: www.hobbitontours.com)
Hiasan dalaman yang cantik di dalam sebuah rumah Hobbit (Sumber: www.hobbitontours.com)
Petang di Hobbiton (Sumber: www.hobbitontours.com)
Kelihatan juga rumah-rumah istimewa persis busut-busut besar yang berpintu. Rumah-rumah busut ini sangat ikonik bagi mereka yang fanatik tentang filem ini. Pintunya kayu berbentuk bulat dan keseluruhan rumah-rumah ini diselaputi rumput hijau dan bunga berwarna-warni. Untuk masuk dan berjalan-jalan di dalam rumah ini, anda perlu membongkok kerana ianya begitu rendah, sesuai dengan ketinggian makhluk Hobbit.

Senja di Hobbiton (Sumber: www.hobbitontours.com)
Rumah "busut" di Hobbiton (Sumber: www.hobbitontours.com)
Jangan lupa bergambar dengan orang-orang Hobbit di Hobbiton (Sumber: www.hobbitontours.com)
Bagi pelancong yang gemar mengambil gambar, perkampungan Hobbiton ini akan menjanjikan kepuasan lensa anda. Pastikan bateri kamera dicaj sepenuhnya kerana terlalu banyak perfect spot untuk anda merakam kenangan berada di sana. Jangan lepaskan juga peluang untuk bergambar dengan orang-orang Hobbit yang "berkeliaran" dengan girang di Hobbiton.

Seharian berada di Hobbiton, terasa seperti tersesat di alam bunia yang mengasyikkan. Alangkah enaknya kalau setiap pagi bisa bangun tidur dan melihat senario seindah ini daripada jendela. Kampung kelahiran Frodo ini sudah tentu akan menambat hati pencinta alam sekitar dan flora fauna. Mesti pergi!

Permandangan tasik yang indah di Hobbiton (Sumber: www.hobbitontours.com)
Sekumpulan kambing biri-biri di Hobbiton (Sumber: www.hobbitontours.com)
Hobbiton penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga berwarna-warni (Sumber: www.hobbitontours.com)

No comments:

Post a Comment