Countdown

18 July 2013

Beijing: Tak Kenal Maka Tak Chinta!

Sebut sahaja tentang negara China, pasti ramai yang terfikir tentang label ‘Made in China’ yang tertera pada kebanyakan barang harian yang dipakai dan diguna oleh kita semua. Namun begitu, tak ramai yang tahu China juga kaya dengan sejarah, budaya dan panorama yang menarik. Meskipun pantas membangun menuju puncak era industrialisma mereka, rakyat China tetap terus berusaha untuk mengekalkan tradisi lama yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.

Beijing merupakan salah satu kota metropolitan paling terkenal di China dan seringkali menjadi destinasi utama para pelacong yang berkunjung ke negara ke-2 terbesar di dunia ini. Kota ini menyimpan banyak sejarah dan budaya. Seperti Ying-Yang, tradisi dan pemodenan di Beijing berdiri seiringan.

Anda tahu banyak tentang Beijing?

Mari “berkenalan” dengan Beijing melalui senarai 'Top 5' Perkara Paling Menarik mengenai bandaraya ini:

Paling Menarik #5: Sejarah Dinasti Maharaja-Maharaja China

Kalau dulu di Tanah Melayu ada Sultan-Sultannya, di China ada pula Maharaja-Maharajanya. Tidak sah makan angin di China kalau tidak singgah di Forbidden City. Kota lama ini menjadi kompleks istana dan pentadbiran kepada maharaja-maharaja China selama kira-kira 500 tahun (Dinasti Ming – Dinasti Qing).

Sedikit sejarah tentang Forbidden City:


Bersebelahan dengan Forbidden City, terletak pula Tian an Men Square.  Dataran "berdarah" ini sungguh ikonik sekali dalam sejarah demokrasi dunia kerana di sinilah tempat protes pro-demokrasi rakyat China berlangsung pada tahun 1989. Ramai pelancong singgah untuk melihat sendiri dataran tersebut. Pasti anda pernah melihat gambar bersejarah ini bukan? :

Protes oleh gerakan Pro-Demokrasi di Tian An Men Square pada 1989 (Sumber : Google Image)

Paling Menarik #4: Kenangan Temasya Sukan Olimpik

Beijing sangat bertuah kerana diberi penghormatan untuk menjadi hos temasya Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 2008. Mengambil peluang keemasan ini, kerajaan China telah membina beberapa buah bangunan unik sebagai tempat-tempat untuk berlangsungnya acara sukan tersebut.

2 bangunan yang paling menarik perhatian dunia kerana keistimewaan senibina mereka adalah Bird Nest Stadium dan pusat akuatik yang dipanggil Water Cube.

Temasya sukan ini telah memacu pendapatan industri pelancongan di China walaupun ianya menelan belanja sebanyak lebih USD44billion! Sukan Olimpik paling mahal dalam sejarah.

Pasti anda terkesima sekiranya berada di sana, mengamati 2 bangunan ini di depan mata anda.

Bird Nest Stadium (Sumber: http://www.mondoarc.com/)
Water Cube (Sumber: http://www.chinaodysseytours.com/)

Paling Menarik #3: Sutera-maya

Dalam banyak-banyak kain, kain suteralah yang paling berharga. Kerana itulah banyak lagu dan pantun lama ada menyebut tentang sutera.

Sutera cina memang popular. Halus, teliti dan selesa dipakai. Malah dalam sejarah pun, Puteri Hang Li Po dikatanya mempunyai banyak persiapan sutera yang amat indah.

Beijing memanglah “syurga” untuk membeli kain-kain sutera. Ada yang murah, ada juga yang mahal. Terdapat banyak kedai yang menjual kain sutera di Beijing, tapi mesti tahu tawar-menawar! Barulah nanti beroleh harga yang berpatutan.

Kain-kain sutera cina di Beijing (Sumber: www.travelmuse.com)

Paling Menarik #2: Panda, si beruang yang comel!

Kalau Malaysia ada Orangutan sebagai maskot, China ada Panda!

Siapa yang tidak jatuh cinta dengan kecomelan beruang panda China, bukan? Warna hitam-putih, bentuk badan yang bulat serta tabiat mengunyah batang buluh memang amat mencuit hati. Seronok memerhatikan keleteh beruang-beruang panda ini, terutamanya di Panda Zoo, Beijing.

Lihat gelagat panda yang comel ini:


Paling Menarik #1: Keagungan Tembok Besar China (Great Wall of China)

Siapa yang tidak tahu tentang Great Wall of China? Semua orang tahu!

Inilah satu-satunya struktur buatan manusia yang boleh dilihat dari permukaan bulan dan angkasa lepas.

Bagi setiap insan yang gemarkan traveling, peluang menjejakkan kaki di tembok besar ini memanglah seperti impian menjadi kenyataan. Bagi mereka yang berstamina tinggi, boleh lah berjalan kaki menusuri laluan di situ sambil menghayati permandangan gunung-ganang yang mendamaikan.

Nak tahu panjangnya Tembok Besar China ini? 21,196 km! Jauh perjalanannya itu!

Sedikit sejarah pembinaan Tembok Besar China:


Jadi, berminat untuk ke Beijing? Pasti seronok kalau dapat terbang melancong ke sana, bukan?

Jom ke sana pada September dan Oktober ini!

Mahu pakej murah? Kami ada!

POTO Travel & Tours telah melancarkan promosi POTOngan Harga Runtuh untuk 2 pakej pelancongan ke Beijing:
  1. Pakej Beijing (7H5M) menggunakan penerbangan MAS ( Itinerari : http://bit.ly/beijingMH )
  2. Pakej Beijing (7H6M) menggunakan penerbangan Cathay Pacific ( Itinerari : http://bit.ly/beijingCX )


Hubungi wakil jualan kami sekarang atau klik di sini untuk maklumat lanjut : http://bit.ly/poto-main

Bak kata orang, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China! Melancong juga adalah bentuk aktiviti yang boleh menambah ilmu pengetahuan. Tak begitu? :-)

Jumpa di China!

No comments:

Post a Comment