Nota: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan.
Uruguay
Uruguay
Yes! Montevideo! Bola! Luis Suarez! Mujica! Shopping lagi!
Ini satu lagi pengalaman yang sangat berbeza. Motevideo sebuah bandar yang sangat cool, hijau, tersusun dan unik.
Perjalanan ke Uruguay dari hotel penginapan bermula pada pukul 7.30 pagi, kemudian naik feri di Buenos Aires pukul 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam merentasi muara Sungai La Plata selebar 60 kilometer. Turun di Colonia del Sacramento, kemudian melawat tinggalan kapal Graf Spee (kapal perang Jerman yang pernah berlabuh di situ semasa perang Dunia Kedua). Di situ kita boleh lihat sauh dan meriam tentera Nazi, serta barang-barang lain.
Mujica tinggal di rumah lamanya di sebuah kawasan ladang, menggunakan kereta Volkswagen Beetle buruk dan berpakaian seperti petani. Pada zaman mudanya, Mujica adalah pemimpin gerila, enam kali ditembak polis dan dipenjara selama 14 tahun. Pada Mac 2010, beliau menjadi Presiden.
Tempat lain yang menarik ialah Dewan Bandar Lama Motevideo, Solis Theatre, Barrio del Prado dan banyak lagi.
[Bersambung]
No comments:
Post a Comment