Countdown

19 March 2014

10 Fakta Menarik Mengenai Seoul & Korea Selatan

Keindahan bandaraya Seoul pada waktu malam

10 Fakta Menarik Mengenai Seoul & Korea Selatan

1. Korea Selatan merupakan satu-satunya negara di dunia di mana 100% penduduknya mempunyai kemudahan internet berkelajuan tinggi, iaitu pada kelajuan 100 Mb.


2. Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai purata IQ rakyat yang tertinggi di dunia.


3. Penduduk Korea Selatan sangat gemar membaca suratkhabar. Negara ini mempunyai 63 judul keluaran suratkhabar setiap hari.

Seorang lelaki yang sedang membaca akhbar di dalam keretapi di Seoul
4. Korea Selatan adalah “syurga” kemajuan teknologi di dunia. Negara ini merupakan tempat lahir 2 jenama barangan teknologi elektronik yang terkenal di dunia, iaitu Samsung dan LG.

Samsung merupakan jenama telefon pintar yang paling popular di Korea Selatan, mengatasi jenama Apple.
5. Masyarakat di Korea Selatan percaya bahawa angka 4 merupakan angka malang dan akan membawa malapetaka kepada mereka.


6. Menulis nama seseorang dengan menggunakan pen dakwat merah adalah satu perbuatan biadap di negara Korea Selatan kerana ianya membawa maksud mengundang kematian kepada nama tersebut.


7. Bandar Seoul “dibelah” oleh sebatang sungai yang diberi nama Sungai Han ataupun Hangang.

Permandangan Sungai Han pada waktu malam.
8. Seoul diisytiharkan sebagai ibu negara Republik Korea Selatan pada 1946.

Bandar Seoul pada suatu ketika dahulu.
9. Ubi keledek merupakan makanan asli yang paling digemari di Seoul dan Korea Selatan.

Penjaja jalanan yang menjual ubi keledek bakar.
10. Bayaran untuk kemudahan pengangkutan awam (bas, keretapi dan teksi) di Seoul adalah antara yang termurah di dunia.

Kemudahan keretapi yang luas dan selesa di Seoul.

No comments:

Post a Comment