Countdown

6 March 2014

10 Fakta Menarik Mengenai Kota Sydney

Sydney nan indah

10 Fakta Menarik Mengenai Kota Sydney

1. Sydney bukanlah ibu negara negara Australia sepertimana yang dianggap oleh kebanyakan pelancong. Ibu negara Australia ialah Canberra, yang terletak lebih kurang 300 km daripada Sydney.

Kota Sydney
Bandar Canberra
2. Sydney telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar secara rasminya pada tahun 1842.

Bandar Sydney pada tahun 1842
3. Sydney Opera House telah menelan belanja sebanyak AUD 102 juta untuk disiapkan walaupun peruntukan asalnya adalah hanya sebanyak AUD 7 juta.

Bahagian dalam Sydney Opera House yang amat cantik
Bangunan Sydney Opera House
4. Sydney Harbour Bridge merupakan jambatan besi yang paling lebar di dunia. Rekod tersebut telah dicatatkan di dalam Guinness World Records.

Sydney Harbour Bridge
5. 1 per 8 daripada penduduk kota Sydney adalah warga emas yang berumur 65 tahun ke atas. Jumlah ini adalah antara yang tertinggi di dunia.


6. Aktiviti merokok dalam sama sekali dilarang di Bondi Beach, Sydney.

Bondi Beach, Sydney
7. Sydney Fish Market merupakan pasar ikan ke-3 terbesar di dunia.

Sydney Fish Market, Sydney
8. George Street di Sydney merupakan jalan raya tertua di Australia.

George Street di Sydney
George Street pada suatu ketika dahulu

9. Kriket merupakan sukan paling popular di Sydney, terutamanya pada musim panas.

Salah satu stadium kriket di Sydney
10. Walaupun dipanggil beruang Koala, haiwan tersebut sebenarnya tergolong di dalam keluarga marsupial, bukannya keluarga beruang.


Nota:

Jom melancong ke Sydney & Melbourne selama 6 Hari 4 Malam bersama dengan POTO Travel & Tours pada 26 April & 24 Mei 2014. Alami percutian tiada tandingan dengan melawati tempat-tempat menarik seperti Sydney Opera House, Captain Cook Cruises, Sovereign Hill dan Blue Mountain. Pakej ini adalah termasuk tiket penerbangan, penginapan hotel 4-5 bintang, pengangkutan yang selesa dan santapan harian. Harga runtuh bermula daripada RM6,088 untuk seorang dewasa. Diskaun hebat akan diberikan kepada warga emas dan juga kanak-kanak. Ayuh, cepat mendaftar segera sementara tempat masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada link ini: http://poto.travel/matta/pdf/SydneyMelbourne.pdf

No comments:

Post a Comment