Countdown

25 March 2014

10 Fakta Menarik Tentang Hanoi & Vietnam

Bandar Hanoi yang indah.
10 Fakta Menarik Tentang Hanoi & Vietnam

1. Internet di Vietnam adalah ditapis dan kelajuan perlahan. Anda tidak boleh log masuk ke laman web seperti Facebook.com dan sebaliknya perlu melalui pelayan proksi.

Sebuah kafe internet di bandar Hanoi.
2.  Hanoi bermaksud "bandar di dalam sungai-sungai". Nama kedua Hanoi, Thang Long, mempunyai makna yang lebih “ganas”, Naga Melayang.

3.  Rumah-rumah di Hanoi adalah “kurus” dan sempit kerana cukai pintu di sana adalah berdasarkan lebar bangunan.

Bangunan-bangunan yang terdapat di bandar Hanoi.
4.  Kebanyakan kedai dan pejabat di Hanoi ditutup untuk makan tengah hari, biasanya daripada pukul 11 pagi sehingga 1 tengahari. Orang Hanoi bangun awal untuk mengambil kesempatan daripada cuaca sejuk pada musim panas. Kebanyakan pejabat ditutup pada pukul 5 petang dan ditutup pada hari Ahad.

5.  Nama keluarga yang paling biasa di Vietnam ialah Nguyen.

6.  Walaupun Vietnam adalah sebuah negara dunia ketiga, ianya mempunyai kadar celik huruf sebanyak 94%.

Kanak-kanak di Vietnam memang gemar meluangkan waktu dengan membaca.
7.  Vietnam adalah pengeksport terbesar biji gajus di dunia, dan pengeksport beras kedua terbesar.

8.  Hanoi adalah salah satu destinasi bulan madu paling popular di Vietnam.

Hanoi seringkali dipilih menjadi destinasi penggambaran untuk pasangan-pasangan yang bakal berkahwin.
9.  Jambatan Long Bien di bandar ini, yang sebelum ini merupakan salah satu jambatan terpanjang di Asia, telah direka oleh arkitek Perancis bernama Alexandre-Gustave Eiffel. Beliau juga adalah jurureka beberapa monumen terkenal yang lain seperti Menara Eiffel dan Patung Liberty.

Jambatan Long Bien di Hanoi.
10. Dianggarkan lebih 10 juta motosikal dipandu di Vietnam setiap hari.

Motosikal merupakan bentuk pengangkutan yang paling popular di Vietnam

No comments:

Post a Comment