Countdown

10 March 2014

10 Fakta Menarik Mengenai Kota Melbourne

Kota Melbourne yang indah

10 Fakta Menarik Mengenai Kota Melbourne

1. Sebelum dikenali sebagai Melbourne, kota besar Australia ini dikenali sebagai Batmania. Tiada kaitan dengan karakter adiwira Batman, nama tersebut sebenarnya datang daripada nama insan yang membuka bandar tersebut, John Batman.

Tugu peringatan John Batman di Melbourne
2. Filem pertama yang dihasilkan di dunia, Story of the Ned Kelly Gang, menggunakan bandar Melbourne sebagai lokasinya. Filem ini dirakamkan pada tahun 1906.

Poster filem Story of the Ned Kelly Gang
3. Melbourne merupakan satu-satunya bandar di dunia yang mempunyai 5 gelanggang sukan yang melepasi piawaian dunia: Melbourne Cricket Ground, Docklands Stadium, Rod Laver Arena, Hisense Arena and Olympic Park in Melbourne Park.

Olympic Park in Melbourne Park
4. Bahasa Mandarin merupakan bahasa kedua paling dituturkan di bandar Melbourne.

Chinatown di Melbourne
5. Melbourne mempunyai sistem LRT antara yang terbaik di dunia.

Keretapi Metro di Melbourne
6. Bandar Melbourne merupakan bandar yang mempunyai kepadatan bilangan kafe dan restoran per kapita yang tertinggi di dunia.

Sebuah restoran makanan Malaysia di Melbourne yang bernama Mamak
7. Melbourne merupakan bandar pertama di luar benua Eropah dan Amerika yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1956.

Melbourne menjadi tuan rumah sukan Olimpik pada tahun 1956
8. 38% daripada populasi bandar Melbourne adalah penduduk yang datang berhijrah daripada negara lain.

Pesta kebudayaan masyarakat India di Melbourne
9. Melbourne mempunyai markah “taraf hidup” yang tertinggi di dunia. Ini bermakna, majoriti penduduk Melbourne tergolong di dalam kategori kaya.

Carta index quality hidup pada tahun 2013
10. Bandar Melbourne mempunyai bilangan musang per kilometer persegi yang tertinggi di dunia. Oleh itu, Melbourne terkenal dengan jolokan nama “Fox Capital”.

Musang Merah yang sering dijumpai di Melbourne

No comments:

Post a Comment