Countdown

7 October 2013

[TIPS] 10 Barang Mesti-Ada Di Dalam Beg Anda Semasa Travelling!

Travelling sememangnya menyeronokkan. Berjalan-jalan melihat pemandangan di tempat asing, mencuba makanan yang belum pernah dicuba dan membeli-belah barangan yang tidak terdapat di Malaysia.

Oleh kerana anda berada di tempat asing, anda seharusnya sentiasa di dalam keadaan bersedia untuk apa jua situasi yang bakal terjadi. Barangkali tandas di tempat anda melancong kurang bersih, matahari yang terlalu membakar dan aktiviti berjalan membuatkan anda berpeluh lebih banyak lalu berasa kurang selesa. Situasi-situasi begini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya anda merancang hari anda dengan teliti.

Setiap kali keluar melancong di luar negara, saya sentiasa memastikan barangan di bawah ada di dalam bagpack saya. Saya lebih gemar bersiap sedia supaya pengalaman melancong saya tidak terganggu dek situasi yang tidak menyenangkan.

Berikut adalah 10 barangan mesti-ada di dalam bagpack saya setiap kali saya melancong:

1) Kamera digital kompak

I can't live without this! Sebagai seorang photographer, saya sentiasa membawa kamera DSLR saya ketika saya melancong. Tidak sah kalau melancong sekiranya tidak mengambil gambar.

Namun begitu, saya juga sentiasa membawa satu kamera digital kompak di dalam beg saya sebagai back-up. Manalah tahu, tiba-tiba kamera DLSR saya kehabisan bateri. Saya paling tidak suka sekiranya terlepas peluang untuk merakamkan gambar-gambar yang menarik. Jadi, saya sentiasa membawa satu kamera back-up. Just in case!

Tips: Pastikan kamera kompak anda mempunyai kemampuan paling kurang 14 megapixel. Jenama pilihan saya ialan Canon!


2) Passport holder

The worst nightmare yang mungkin terjadi ketika di luar negara ialah kehilangan dompet, wang ataupun passport! Pastikan anda sentiasa berhati-hati tidak kira di mana sahaja anda berada.

Untuk mengelakkan kehilangan ataupun kecurian, passport holder adalah satu idea yang baik.

Letakkan passport, wang, kad kredit dan lain-lain documen pengenalan diri anda di dalam passport holder anda. Pastikan passport holder anda adalah jenis lilit di pinggang ataupun yang digantung di leher.

Tips: Jangan sesekali letakkan passport holder anda di dalam bagpack anda. Sekiranya anda kehilangan bagpack anda, paling tidak segala dokumen-dokumen penting masih berada pada diri anda.


3) Buku nota kecil

Tidak ramai orang yang membawa buku nota kecil semasa travelling tetapi ianya adalah amat penting!

Buku nota kecil boleh digunakan untuk menulis info-info penting seperti alamat hotel, kadar pertukaran wang asing, nombor pemandu teksi, directions ke tempat-tempat yang ingin dilawati dan sebagainya.

Alternatif kepada buku nota ialah dengan menggunakan aplikasi nota pada smartphone anda. Namun begitu, idea ini sedikit berisiko kerana ada kemungkinan anda akan kehabisan bateri telefon dan anda tidak boleh membuka nota anda di dalamnya.

Tips: Sentiasa juga membawa sebatang pen bersama buku nota kecil anda. It will come handy!


4) Powerbank

Bercakap tentang kehabisan bateri telefon, membawa powerbank boleh mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

Pastikan powerbank anda mempunyai kuasa paling kurang 8000mAh, kerana ini membenarkan anda mengcaj telefon anda sebanyak 2-3 kali sebelum ianya perlu dicaj semula.

Tips: Pilih powerbank yang bersaiz kecil/sederhana, tidak terlalu berat dan senang dibawa.


5) Kacamata hitam

Travel in style! Selain untuk tujuan bergaya, kacamata hitam juga akan melindungi mata anda daripada sinaran UV yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

Pilihan saya ialah kacamata jenis Aviator dari jenama Ray-Ban.

Tips: Bawa kacamata hitam yang praktikal dan tahan lasak. Kacamata hitam plastik mungkin akan mudah patah. Pastikan juga cerminnya mempunyai coating yang "membasmi" sinaran UV.


6) Losyen sunblock

Bukan mata anda sahaja yang perlu dilindungi daripada sinaran UV, seluruh badan anda juga memerlukan perlindungan yang sama.

Gunakan losyen sunblock sebelum anda keluar bersiar-siar. Pastikan losyen tersebut mempunyai perlindungan UV paling kurang SPF 50.

Tips: Pastikan juga anda memilih losyen sunblock yang water-proof, sweat-proof, dan tidak berminyak. Jenama pilihan saya ialah Neutrogena.

Anda juga perlu mengusap losyen sunblock anda setiap 3-4 jam untuk perlindungan yang berpanjangan.


7) Tisu basah

Tisu basah boleh digunakan untuk mengelap peluh, muka yang berminyak, mengelap tangan selepas makan, mangkuk tandas di tandas awam yang kurang bersih dan sebagainya.

Saya sentiasa memastikan bagpack saya berisi satu pek tisu basah pada setiap masa. Suatu kemestian!

Walaupun sibuk melancong, kebersihan juga tetap perlu dijaga supaya anda tidak dijangkiti kuman lalu jatuh sakit.

Tips: Pastikan tisu basah anda bebas alcohol kerana mengelap muka anda dengan tisu basah yang mempunyai alkohol akan menyebabkan muka anda menjadi terlalu kering dan merekah. Jenama pilihan saya ialah Simple.


8) Hand sanitizer

Lagi tentang kebersihan! Sentiasa bawa sebotol kecil hand sanitizer.

Kadang-kala mencuci tangan dengan sabun sahaja tidak memadai. Hand sanitizer akan memastikan segala kuman pada tangan anda akan dibasmikan.

Tips: Picit cecair hand sanitizer sebesar duit 50sen ke atas tapak tangan anda dan ratakan ke seluruh bahagian tangan. Jenama pilihan saya ialah Dettol.


9) Pain killer

Kadang-kala berjalan seharian akan membuat kepala anda pening dan bahu serta belakang anda lenguh.

Mengambil pil pain killer seperti Panadol pastinya dapat membantu anda.

Jangan biarkan sakit kepala menghalang anda untuk enjoy ketika melancong!


10) Wangian/perfume/cologne

Smelling good makes you feel good!

Peluh akan membuatkan badan anda berbau. Selain deodorant, wangian juga dapat memastikan kesegaran bau badan anda sepanjang hari.

Jenama pilihan saya ialah wangian Clean kerana baunya yang segar dan tidak terlalu menusuk hidung.

Tips: Pastikan anda menyimpan botol wangian anda di dalam bagpack pada bahagian yang tidak terkena cahaya matahari. Sinaran UV juga boleh merosakkan wangian anda.


Saya harapkan tips ini amat berguna kepada anda.

Selamat melancong!

1 comment:

  1. trm ksh, sbb tips tips anda memang berguna untuk sy.sy bersedia untuk melancong ke bali indonesia

    ReplyDelete