Countdown

23 October 2013

[ARTIKEL] Terowong Sarajevo: Saksi Derita dan Kebangkitan Bosnia

Peta Bandar Sarajevo Ketika Perang 1992 - 1995

Antara Mei 1992 dan November 1995, Bosnia dan Herzegovina menjadi tumpuan dunia dengan berita peperangan yang terjadi di negara tersebut. Peperangan yang mengorbankan ratusan ribu nyawa ini melibatkan pertelagahan 3 etnik utama di Bosnia iaitu etnik Serbia, etnik Kroat dan etnik Islam.

Sepanjang peperangan berlangsung di Bosnia, satu laluan rahsia yang diberi nama Terowong Sarajevo telah dibina oleh tentera Bosnia untuk menghubungkan bandar Sarajevo yang ditakluk sepenuhnya oleh tentera Serbia, dengan bahagian Lapangan Terbang Sarajevo yang dikawal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Keadaan di dalam Terowong Sarajevo

Terowong ini mempunyai laluan dari wilayah Butmir dan Dobrinja di Sarajevo ke kawasan Lapangan Terbang Sarajevo. Dua kawasan ini merupakan kawasan-kawasan di Sarajevo yang berada di dalam kepungan barisan tentera Serbia.

Pintu masuk di wilayah Dobrinja itu adalah merupakan garaj di sebuah bangunan apartmen. Pintu masuk di wilayah Butmir pula adalah sebuah rumah kepunyaan sebuah keluarga bernama Kolar.

Pintu keluar Terowong Sarajevo berdekatan dengan Lapangan Terbang Sarajevo
Pintu masuk terowong di wilayah Butmir

Pada mulanya terowong ini adalah hanya sebuah laluan yang sempit, berlumpur dan gelap kerana tiada bekalan elektrik. Setahun selepas ianya siap dibina, landasan kereta api yang kecil telah diletakkan di sepanjang laluan dan kereta sorong kecil dibina untuk mengangkut bekalan makanan dan perubatan daripada PBB melalui terowong tersebut. Tidak lama kemudian, terowong ini dilengkapi dengan kabel voltan 12 megawatt, pam untuk mengepam air bawah tanah, paip minyak dan lampu kekal.

Terdapat dua masalah utama mengenai terowong ini. Masalah pertama ialah kerap berlakunya banjir oleh air daripada bawah tanah yang boleh meningkat sehingga ke paras pinggang. Yang kedua adalah kualiti udara di dalam terowong tersebut. Terowong ini tidak mempunyai lubang pengudaraan dan akibatnya, semua orang yang memasuki terowong terpaksa memakai topeng bagi mengelakkan kesesakan nafas oleh debu dan kotoran.

Keadaan Bosnia ketika waktu peperangan

Kedua-dua pintu masuk Terowong Sarajevo, di Butmir dan Dobrinja, dikawal dengan ketat oleh tentera bersenjata Bosnia. Ada laporan yang mengatakan orang-orang Islam di Sarajevo terpaksa membayar “upah” sehingga USD120 seorang kepada tentera Bosnia untuk menggunakan laluan ini ke Lapangan Terbang Sarajevo bagi menyelamatkan diri dan keluarga mereka daripada menjadi mangsa pembunuhan.

Selepas peperangan tamat, rumah milik keluarga Kolar yang menjadi salah satu pintu masuk Terowong Sarajevo ini ditukar fungsinya sebagai sebuah muzium peringatan perang. Muzium ini mempamerkan bahan-bahan arkib termasuklah tayangan filem pendek tentang Perang Bosnia, gambar-gambar perang, peralatan ketenteraan, bendera, pakaian seragam tentera dan banyak lagi.

Antara pameran yang terdapat di Muzium Terowong Sarajevo

Setelah beroperasi selama 15 tahun tanpa menerima apa-apa bantuan kewangan daripada pihak kerajaan, muzium ini kini menjadi salah satu daya tarikan utama pelancongan di Bosnia. Muzium ini menerima ratusan kunjungan oleh pelancong asing setiap hari.

Bagi mereka yang berminat untuk meneroka negara Bosnia sambil mempelajari sejarah peperangan di sana, pakej Balkan POTO pada 27 Februari dan 20 Mac adalah pilihan yang tepat.

Kepada yang berminat, sila layari laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau telefon di 03-9200 6640 untuk keterangan lanjut.

Muzium Terowong Sarajevo

Bandar Sarajevo

No comments:

Post a Comment