[SAMBUNGAN DARIPADA BAHAGIAN 1]
|
London Eye, antara tarikan terulung di kota ini |
Keriangan musim salji di London!
Setiap
kali menjelang bulan Disember, seisi kota London seakan berpesta bagi menyambut
kehadiran perayaan Krismas dan juga kedatangan tahun baru. Masa ini merupakan perfect timing untuk para pelancong
melawat kota yang penuh dengan budaya dan sejarah ini.
Salah
satu tarikan utama di London yang hanya terdapat pada bulan Disember adalah Winter Wonderland di Hyde Park.
|
Winter Wonderland di Hyde Park |
|
Gerai-gerai permainan yang terdapat di Winter Wonderland |
Pada
bulan-bulan yang lain, Hyde Park merupakan sebuah taman awam di tengah-tengah
kesibukan kota London. Persis Central Park di New York City, taman ini dipenuhi
dengan pokok-pokok yang merimbun serta padang rumput yang seakan baldu hijau. Orang
ramai sering menggunakan taman ini sebagai lokasi untuk mereka bersenam,
beriadah dan merehatkan diri sambil mendengar lagu atau membaca buku.
Lokasi
Hyde Park begitu strategik sekali. Ianya berdekatan dengan Oxford Street yang
merupakan lubuk membeli-belah di London. Sekali itu, ianya juga berdekatan
dengan Marble Arch (sebuah pintu gerbang yang bersejarah), pasaraya eksklusif
Harrod’s dan juga taman Diraja bernama Kensington Park.
Namun
begitu, tibanya bulan Disember, Hyde Park berubah wajah menjadi sebuah alam
fantasi yang bergemerlapan dengan adanya Winter
Winterland. Karvinal atau fun fair
ini dibuka kepada orang ramai secara percuma. Ini merupakan acara tahunan yang
ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh penduduk London, malahan keseluruhan negara
England.
|
Kemeriahan di Hyde Park setiap kali bulan Disember menjelang |
|
Pelbagai snek yang lazat dijual di Winter Wonderland, Hyde Park |
|
Orang ramai yang mengambil peluang untuk bermain luncur ais di Hyde Park |
Antara
tarikan-tarikan menarik yang ada di Hyde
Park’s Winter Wonderland adalah gelanggang meluncur ais, istana ais,
menaiki ferris wheel, menaiki mini roller coaster, pertunjukan
akrobatik dan sarkis, gerai-gerai permainan, gerai-gerai makanan, gerai-gerai
kraftangan dan banyak lagi.
Ketika
berada di Winter Wonderland tersebut, saya berasa sangat teruja. Saya singgah
di gerai yang menjual pretzel dan kopi panas. Selepas mengalas perut, saya
sambung berjalan sambil melihat wajah-wajah ceria yang bertebaran di sekitar
kawasan. Lampu-lampu terang yang berwarna-warni bersama dengan musik riang yang
dimainkan membuatkan suasana terasa cukup meriah sekali. Saya gembira kerana
dapat mengambil banyak gambar-gambar menarik sebagai tanda kenangan saya di
sini.
Bandar unik dan majestik
Saya
amat gemarkan kota London. Unik dan majestik! Bukan sahaja ianya bersih, bahkan
ianya begitu selamat untuk dilawati. Pelancong asing tidak perlu risau tentang
keselamatan diri ketika berada di London. Walaupun begitu, langkah-langkah
keselamatan asas sentiasa perlu diambil bagi mengelakkan perkara-perkara yang
tidak diingini berlaku. Barang-barang yang berharga seperti wang, dompet,
passport dan kamera perlulah disimpan di dalam beg yang bersesuaian dan
sentiasa diletakkan berhampiran dengan anda.
Bandar
London mula terbina sebelum sistem perancangan bandar yang rasmi diwujudkan.
Oleh itu, di benua Eropah, ianya dianggap tidaklah begitu tersusun jika
dibandingkan dengan bandaraya-bandaraya Eropah yang lebih baru seperti Paris.
Namun begitu, pengurusan dan perancangan yang baik sejak hampir seabad yang
lalu membuatkan jalanraya dan sistem pengangkutan di London menjadi begitu
sistematik dan memudahkan penduduk.
|
Saint Paul Cathedral, London |
|
Millenium Bridge |
Pemandangan
kota London persis hubungan simbiotik harmoni di antara yang lama dan yang
baru. Bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi dijaga
rapi oleh pihak majlis perbandaran agar mereka kekal untuk generasi yang akan
datang. Manakala itu, bangunan-bangunan yang baru pula dipantau ketat dari aspek
reka bentuk, ketinggian dan lokasinya agar tidak menjejaskan keindahan unik dan
majestik yang menjadi imej kepada kota London.
Antara
ikon-ikon bersejarah yang wajib dilawati ketika berada di London adalah Tower
Bridge, London Bridge, Buckingham Palace, Palace of Westminster, Big Ben, Westminster
Abbey Church dan sebagainya.
Sebahagian
mercu tanda moden yang tidak kurang menariknya di London adalah seperti London
Eye, The Shard, Wembley Stadium, The O2 Arena, 30 St Mary Axe, dan Tate Modern.
|
Tower Bridge, London |
|
Westminster Abbey Church |
|
Big Ben |
|
Bas double-decker dan teksi klasik yang merupakan ikon kepada kota London |
Jangan
risau tentang bagaimana untuk melawat ke semua tempat-tempat di atas jika anda hanya
mempunyai beberapa hari sahaja di London. Anda boleh membeli 2-day Hop-On Hop-Off London Tour Package
yang akan memudahkan anda untuk pusing-pusing di sekitar London menaiki bas double-decker tanpa bumbung. Anda boleh makan angin tanpa perlu
memeningkan kepala anda tentang melihat peta dan mengkaji maklumat. Tambahan
pula, kebanyakan tempat-tempat tersebut adalah berdekatan di antara satu sama
lain. Jadi, anda boleh menjimatkan masa anda.
|
London Eye |
|
The Shard |
|
Pemandangan bahagian City of London |
[BERSAMBUNG]
Niceeeee...love the 1st image
ReplyDelete