[SAMBUNGAN DARIPADA BAHAGIAN 2]
Picadilly Circus |
Shop
until you drop!
Walaupun
saya kurang gemar bershopping ketika
melancong, namun saya telah “terjebak” jua dek tawaran harga murah yang
berlangsung di sini sempena perayaan Krismas. Memang dasyat jualan murah di
London! Barangan seperti pakaian, aksesori diri, makanan, gajet, kelengkapan
rumah dan banyak lagi dijual dengan potongan harga yang besar.
Semua
kedai seperi berlumba-lumba untuk merebut pelanggan masuk ke dalam premis
masing-masing. Ikutkan hati, ingin sahaja menyewa sebuah kapal untuk membawa
pulang barang-barang daripada London ke Malaysia. Namun, saya berjaya mengawal
nafsu berbelanja saya di sini.
Oxford Street |
Oxford Street |
Regent Street |
Oxford
Street, Regent Street dan Harrod’s merupakan tiga destinasi shopping utama di London. Terdapat
pelbagai butik-butik jenama terkenal di Oxford Street dan Regent Street seperti
Primark, H&M, UniQlo, Zara, TopShop, River Island, Ted Baker dan
sebagainya. Jangan lupa untuk meminta borang pampasan Value-Added Tax (VAT) setiap kali membayar supaya anda boleh
mendapatkan kembali kira-kira 12% wang anda semasa di Lapangan Terbang sebelum
pulang.
Bagi
mereka yang mampu untuk berbelanja lebih, pengalaman bershopping di Harrod’s semestinya tidak boleh dilepaskan. Senireka
dalaman di dalam emporium mewah ini amat cantik. Bekas pemilik gedung ini iaitu
Dodi Al-Fayed memberikan sentuhan citarasa Timur Tengah yang eksklusif bagi
menarik perhatian golongan berada untuk bertandang datang ke sini.
Harrod's |
Bahagian dalam Harrod's |
Harrod's sentiasa dipenuhi pengunjung |
Sediakan payung sebelum hujan
Hanya
satu perkara sahaja yang saya kurang gemar tentang London; cuacanya. Cuaca di
sini amat sukar untuk dijangkakan. Dalam masa dua jam sahaja, keadaan boleh
bertukar daripada sejuk kepada panas dan seterusnya hujan lebat bersama angin
kuasa. Cuaca di sini sememangnya agak menggila, terutamanya ketika musim sejuk
(bulan November sehingga Februari tahun seterusnya).
Oleh
itu, amat penting bagi para pelancong yang datang ke sini untuk meneliti
tentang ramalan cuaca daripada TV, akhbar ataupun internet. Persediaan awal
seperti memakai jaket kalis air serta membawa payung pasti tidak akan
menghampakan anda.
Hujan di Wesminster |
Penduduk London sentiasa bersedia dengan keadaan cuaca di sini |
Pengalaman
basah lencun ketika berada di Picadilly Circus amat tidak boleh dilupakan.
Walaupun saya mempunyai payung, namun hujan lebat dengan angin yang kuat tidak
mampu ditampung boleh payung kecil saya. Lebih teruk lagi, air hujan yang turun
amat sejuk seperti baru keluar daripada peti ais. Kejadian lucu dan menyakitkan!
Saya
juga berasa sedikit hampa kerana salji tidak turun semasa saya berada di
London. Berdasarkan tahun-tahun yang lepas, salji biasanya turun di London agak
lewat, iaitu pada bulan Januari dan Februari. Alahai, kempunan saya untuk
bergambar ketika London diselaputi salji. Nasib baik saya sempat merasa bermain
salji ketika berada di Tokyo pada bulan Februari 2013. Sesuatu yang tiada di
tanahair tercinta.
Selepas hujan |
Komuniti perantau
Hari
kedua saya di London merupakan hari Jumaat. Kesempatan ini saya ambil untuk
berkunjung ke Malaysia Hall yang terletak di kawasan Bayswater bagi mendirikan
solat Jumaat di sini. Kebetulan, pada hari tersebut adalah hari pertama
pembukaan semula bangunan ini selepas ianya ditutup selama 3 bulan bagi proses
kerja-kerja pengubahsuaian. Ketika berada di dalam Malaysia Hall, semuanya
kelihatan baru dan cantik.
Semakin
hampir tiba waktu Zohor, saya lihat semakin ramai rakyat Malaysia tiba di sini.
Sempat juga saya berbual pendek dengan beberapa rakyat Malaysia yang sedang
belajar dan bekerja di London. Mereka kelihatan kagum apabila saya memberitahu
mereka bahawa saya adalah seorang penulis dan jurugambar dari sebuah syarikat
pelancongan dari Malaysia. Mungkin kerja saya adalah suatu kerja yang jarang
didengari oleh mereka barangkali.
Bersolat Jumaat di Malaysia Hall London |
Malaysia Hall London di Bayswater |
Ketika
sedang duduk menunggu khatib mula membaca khutbah, tiba-tiba terimbau kenangan lampau
semasa saya belajar di Amerika Syarikat dahulu. Oleh kerana berada jauh
daripada keluarga, kenalan-kenalan senegara menjadi “keluarga angkat” saya.
Kami mengambil berat hal-ehwal masing-masing. Jelas kelihatan juga keakraban
sesama rakyat Malaysia yang bermastautin di London. Walaupun jauh terpisah
darat dan lautan dari Malaysia, namun mereka masih kelihatan bangga menjadi
rakyat Malaysia. Hati saya berasa begitu gembira melihat senario ini.
Sesudah
solat Jumaat, saya pergi menikmati juadah makanan Malaysia yang halal di
Holiday Villa Hotel. Restoran ini terletak kira-kira 5 minit dengan berjalan
kaki dari Malaysia Hall. Setelah beberapa hari berjauhan daripada makanan
tempatan, saya dapat menjamu selera dengan sepinggan nasi goreng bersama satay
ayam. Memang sedap!
Holiday Villa Hotel, London |
Sebenarnya,
terdapat beberapa restoran masakan Malaysia di kota London ini dan majoritinya
berlokasi di Bayswater. Selain itu, terdapat juga ratusan lagi restoran makanan
halal di seluruh pelusuk London, rata-ratanya diusahakan oleh rakyat London
yang berketurunan Pakistan, Morocco dan negara-negara Timur Tengah yang lain.
Kedutaan Malaysia di London |
Secebis hati tertinggal di London
Suatu
malam di London ketika saya sedang berehat di dalam bilik hotel, saya
berfantasi tentang bermastautin di London. Oleh kerana komuniti rakyat Malaysia
di sini yang besar dan akrab, mungkin saya tidak akan berasa terlalu rindu
terhadap tanahair saya. London juga adalah sebuah kota yang sangat sesuai bagi
penulis dan jurugambar seperti saya. Kota ini menyimpan banyak ilham dan
inspirasi untuk saya berkarya.
Namun
itu hanyalah angan-angan saya sahaja. Lamunan saya terhenti dan saya kembali
kepada realiti. Yang pasti, hati saya amat berat untuk meninggalkan kota
London. Jiwa seni saya berkembang mekar ketika berada di sini. Foto-foto yang
saya ambil ketika di London akan saya bawa pulang sebagai tanda kenangan
kunjungan singkat saya ke sini.
Sebagai
ucapan terima kasih saya kepada kota hebat ini, saya tinggalkan secebis hati
saya di sini. In Sha Allah, saya akan kembali untuk menuntut semula cebisan
hati tersebut…
London, kaulah yang satu!
London, kaulah yang satu!
London yang penuh energi! |
London sarat dengan bangunan-bangunan bersejarah yang indah |
Kawasan Picadilly Circus yang cukup indah! |
No comments:
Post a Comment