Selamat menyambut kedatangan 2014. Masanya sudah tiba. JIka masih banyak tempat-tempat menarik di Malaysia yang belum pernah anda jejaki, inilah masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Mari kita lihat 17 destinasi pilihan terbaik yang boleh anda kunjungi.

1. Bukit Merah Laketown Resort (Kerian, Perak)
Pelbagai tarikan seisi keluarga boleh anda temui di salah satu Taman tema terbaik yang ada di Malaysia. Permainan menarik di taman tema Air seperti boomerang, tube slides dan Perak mining memang mengujakan. Taman Eko juga tidak kurang hebatnya dengan keluasan 3 ekar yang menjadi tempat tinggal spesies pelbagai haiwan dalam kawasan menyerupai habitat semula jadi mereka.

2. Lost World of Tambun (Ipoh, Perak)
Taman tema yang bersatu dengan alam semula jadi. Itu satu kelebihan yang dimiliki Lost World of Tambun yang menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi bukan saja untuk famili, tetapi peminat aktiviti lasak seperti memanjat dinding gua batu kapur yang menakjubkan. Tarikan utama di sini? Semestinya Jungle Wave Pool yang merupakan kolam ombak buatan yang terbesar di Malaysia. Tarikan lain: Taman Air, Taman Permainan, Lost World Petting Zoo dab Tiger Valley.

3. Taman Marin Pulau Redang (Terengganu)
Jika tidak berkesempatan berkunjung ke semua pulau-pulau indah di Terengganu, pastikan sekurang-kurangnya anda berkunjung ke Taman Marin Pulau Redang. Ia merupakan archipelago yang terdiri daripada Pulau Redang, Pulau Pinang, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Lima, Pulau Paku Besar dan Pulau Paku Kecil. Tiada kebenaran untuk menangkap ikan diberikan di kawasan ini. Justeru para pelancong yang datang boleh menikmati keindahan airnya yang bewarna biru kehijauan serta pelbagai spesies ikan boleh ditemui. Aktiviti sesuai: Snorkeling dan selam skuba. Bila nak pergi: April hingga September setiap tahun.

4. Taman Tamadun Islam (Terengganu)
Pulau Wan Man menjadi terkenal dalam sekelip mata dengan kemunculan Taman Tamadun Islam, yang merupakan satu-satunya taman tema berkonsepkan kesenian dan budaya Islam. Ia mempamerkan keunggulan seni bina Islam yang merangkumi binaan replika bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Antara monumen replika yang dapat dilihat seperti Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei, Masjd Al-Aqsa, Palestin, Masjid Xian, China, Taj Mahal, India dan banyak lagi.
Mesti singgah: Masjid Kristal yang merupakan masjid pertama dibina menggunakan bahan daripada kaca dan keluli. Nantikan waktu senja dan rakam foto bangunan masjid kaca ini berlatar-belakang langit berwarna oren kebiruan. Sangat menakjubkan!

MENARIK BULAN INI
Selain mengetahui 13 lagi baki destinasi pilihan Libur untuk 2014, ikuti juga kisah di cameron Highlands, Inapan Berkualiti di Royal Chulan, Keliling Dunia Navigasi Sekitar Ho Chi Minh, Vietnam, Apa Keistimewaan Gold Coast,  10 Destinasi Bulan Madu dan banyak lagi. Semuanya boleh diperoleh menerusi keluaran Januari 2014 yang kini sudah berada di pasaran.