Countdown

17 June 2015

Ramadhan Datang Lagi!


POTO Travel & Tours ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada bulan yang mulia ini. Semoga amalan bertambah baik, kesihatan yang baik serta rezeki yang bertambah, Insha Allah.. Ramadhan mengajar serta melatih kita untuk terus bersabar dan berdisiplin dalam menjadi seorang hamba Allah yang taat kepadanya. Jangan kita sia-siakan peluang yang ada kerana tidak semua orang berpeluang untuk bertemu pada Ramadhan.

Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang esok hari, pejabat kami akan beroperasi pada Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi - 5 petang (1-15 Ramadhan), 9pagi - 430 petang (16-29 Ramadhan) & Sabtu jam 9 pagi - 5 petang. 

Kami akan mengadakan aktiviti seperti tadarus al-quran dan juga tazkirah dari jam 1 - 2 petang pada setiap hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat selain dari waktu itu.

Pejabat akan ditutup pada hari Ahad dan cuti am.

Huhungi 039200 6640 untuk info lanjut. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment